------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

The Great Wall 2017 (Bahasa Melayu)

Hari ini aku nak tulis review sikit  movie yang aku baru-baru tonton. Baru ada kelapangan masa untuk menulis tentang movie ini. Aku tengok movie The Great Wall in dalam Malay Subtitle atau sarikata melayu. 


Movie ini ialah tentang kerajaan china lama yang telah membina tembok besar china yang menjadi wonder of the world. Nak dijadikan cerita, terdapat satu misteri mengapa mereka membina tembok tersebut. Aku tak tahu mitos ataupun lagenda orang lama cina. 

Cerita ini mengisahkan 2 orang dari barat pergi menjelajah tanah asia untuk mencari serbuk hitam (boleh meletup jika dikena api). Waktu perjalanan ke timur mereka diserangi hendap oleh binatang buas yang tidak diketaui binatang apa.  Mereka berlawan dengan haiwan tersebut dan salah seorang dari mereka telah menetak tangan haiwan tersebut. Keesokan nya mereka meneruskan perjalanan sambil membawa tangan haiwan tersebut. 

Suka pergi MBO sebab nak collect point.

Dalam perjalanan mereka dikejar oleh sekumpulan askar (lanun berkuda) dan mereka akhirnya sampai ke tembok besar china.  Mereka ditangkap oleh askar temboh besar china. Dan disinilah bermula nya misteri menceritakan kenapa tembok besar china itu dibuat. 

Aku tak nak jadi spoiler. Jadi aku buat sinopsis je k.  Cerita ini memang best. Cerita ini adalah antara cerita yang memakan kos yang besar. Movie ini adalah keluaran negara China.  Set pengambaran dilakukan di China dan juga di New Zealand. 

Barisan Pelakon The Great Wall
Matt Damon sebagai William Garin
Jing Tian sebagai Commander Lin Mei
Lu Han sebagai Han Lu
Numan Acar sebagai Najid
Andy Lau sebagai Strategist Wang

Review 
Cerita ini memang best. Kalau siapa yang suka tengok perang orang zaman dahulu boleh tengok. Kita boleh tengok bertapa disiplin nya askar-askar China. Cara unik mereka membahagikan tugas-tugas mereka. Semua askar memainkan peranan penting ketika perang. Memang sistematik dan tersusun. Rasa macam nak pergi melancong ke tembok besar china je aku ni. Aku suka part mereka berperang je. Tak suka sangat ending. Macam nak lagi dan lagi.  Jadi, korang boleh tengok cerita ini. Memang tak bosan, tak banyak cakap, and banyak babak aksi.  

Redeem Point. Thanks Ija. 

Aku curious, kenapa perlu ada watak orang putih dalam cerita ini? Yang telah membuatkan orang putih itu penting untuk perang tersebut. Padahal mereka boleh je guna semua pelakon cina. Mungkin nak internationalkan cerita ini. Kalau tiada orang putih tu, memang cincangcincong lah sepanjang movie. Nasib baik bahasa mandarin digunakan mereka, kalau bahasa Cantonese terpaksa jugak aku membaca substitle kat bawah.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "The Great Wall 2017 (Bahasa Melayu)"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top