------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tempat Makan Best Di Langkawi

Senarai dan Listing Tempat Makan Best Di Pulau Langkawi. Aku tahu Langkawi adalah lokasi wajib pergi bercuti untuk orang Malaysia. Setakat ini aku belum ada peluang untuk bercuti di Pulau Langkawi bersama kawan. Next time aku nak pergi bersama kawan. Sebelum aku terjah Pulau Langkawi kali ke 3. Apa kata aku senaraikan tempat makan best dan menarik di Pulau Langkawi. Tak kisahlah waktu pagi kah, petang kah ataupun waktu malam. Makanan di Langkawi ini memang sedap baq hang. Campuran makanan dari Penang dan Kedah jugak.  Boleh juga baca Tempat Wajib Pergi di Langkawi dan Trip Bajet Ke Pulau Langkawi
Restoran Seashell Langkawi
Restoren ini aku pernah lalu je time aku melawat langkawi hari itu. Tak tahu pulak tempat ini restraurant. Memang cantik sebab makan di Sawah Padi.

Kak Yan Nasi Campur Langkawi   
Salah satu kedai makan tengahari yang besti di Langkawi ini ialah Kak Yan Nasi Campur. Makan lunch buffert dengan pelbagai aneka lauk pauk dan seafood. 

Jom Ikan Bakar, Padang Mat Sirat Langkawi  
Lokasi restoren ini sangat hampir dengan airport. Tepi Jalan. Bertentangan dengan medan selera. Ada menyajikan ayam bakar, ikan bakar, sotong bakar. 

Restoran Wan Thai Pekan Kuah Langkawi 
Makanan ala-ala thai. Tak jauh dari Bahagia Hotel. Tapi harganya boleh tahan mahal. Jadi, ready je bawa duit banyak-banyak.

Gerai Laksa Pulau di tepi Lapangan Terbang Langkawi
Tepi Lapangan Terbang tu banyak stall dan gerai kecil. Boleh cuba makanan di sana. Saya selalu pergi. Selalu cuba makan pasembok dia . Memang sedap. Gerai-gerai tepi pantai ni best, sambil layan udara nyaman and tengok ombak tepi pantai, sambil tu makan persembok dengan abc pergh. Jadi tempat sini adalah tempat makan best di Pulau Langkawi yang wajib anda terjah. Sampai-sampai je Langkawi terus pergi sini ok? Rasanya malam tak bukak kot. Sampai petang je. 


Restoren Haji Ali, Pekan Kuah Langkawi  
Dekat sini hidangan Nasi Kandar dia memang mantap. Kalau pergi waktu pagi tak ramai sangat orang. Banyak pilihan. Nasi boleh pilih nasi biasa atau nasi kandar. 


Kedai Makan Kak Timah Nasi Campur Langkawi 
Kalau nak makan nasi campur yang banyak lauk pauk, sedap dan murah. Anda bolehlah datang disini. Harga memang berpatutan. Pekerja mereka juga peramah. Banyak orang datang sini datang untuk bungkus. Ada juga tempat duduk disediakan kepada pelanggan. Jangan risau. 


Restoren Rasa Sayang Langkawi . 
Restoren ni beroperasi pada waktu malam. Hidangan seafood Dan goreng-goreng semuanya ada di sini.Harga pun berpatutan

Nasi Dagang Pak Malau,Langkawi  
Jalan menuju ke Makam Mahsuri. Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara menu makanan yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi. Kalau nak breakfast, anda boleh ke sini bagi menikmati keenakan rasa Nasi Dagang.

Jadi, itulah sahaja tempat makan best di Pulau Langkawi yang saya dapat listkan. Banyak lagi sebenarnya. :D 

Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tempat Makan Best Di Langkawi "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top