------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Senarai Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu Sabah

Listing Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu, Sabah. Bulan 5 ini aku plan nak pergi ke Kota Kinabalu Sabah. Jadi aku nak listkan tempat makan best di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Tak kisah lah mahal mahupun murah. Asal sedap dan berbaloi. Senarai tempat makan ini aku geledah di google dan satukan semua disini. Tak banyak lah. Sebab aku takut aku tak sempat nak terjah semua restaurant ini. 


Kak Nong Restaurant
Tempat makan yang agak famous di Kota Kinabalu. Ramai yang tahu kewujudan restaurant ini. Apa yang special? Restoran Kak Nong ini terletak di Harbour City, Kota Kinabalu, Sabah.  Nasi Ayam Kak Nong adalah salah satu hidangan istimewa yang harus dicuba dan hidangan ini agak klasik bagi penduduk tempatan sekitar bandar Kota Kinablu. Ada Mee Tuaran juga dijamu disini. Dan rasa Mee Tuaran ini seperti Mee Bakso. 



Steamboat Bakar Kota Kinabalu
Kepada peminat makanan steamboat anda juga dialu-alukan untuk datang ke sini. Almaklumlah, Kota Kinabalu ini dekat dengan tepi laut. Jadi senang nak dapat bekalan makanan laut yang fresh segar bugar. 

Anjung Senja
Anjung Senja yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Sembulan Lobster Restoran
Tempat makanan seafood. Kalau penggemar seafood boleh lah bertandang disini. Mesti makanan laut dia segar. 

Kampung Nelayan
Kampung Nelayan ini ialah kedai makan terapung. Terletak di Jalan Kolam, Bukit Padang Kota Kinabalu. Makanan disediakan disini ala-ala chinese style. Harga agak mahal tapi sekali sekala boleh lah kan hadiahkan diri. Tapi kalau percutian bajet. Elak pergi ke sini. Walaupun tempat unik sebab terapung.

Anjung Selera
Anjung selera ini terletak di Bandar KK juga. Banyak kedai kecil di tepi restaurant ini. Jadi banyak pilihan makanan ada sini. 

Pasar Filipina
Pasar Filipina    Banyak orang filipina di Kota Kinabalu. Jadi mesti lah ada tempat makan filipina. Pernah pergi pasar filipina? Aku pernah, tapi tahun 2010 lah. Mesti banyak perubahan di sana. Untuk penggemar ikan bakar bolehlah pergi sini sebab Ikan Bakar yang dijual disini memang sedap dan murah. Tempat makan ini terletak di belakang Pasar Filipina. 

Tanjung Aru 
Tanjung Aru.  Kedai makan seafood juga. Banyak kedai-kedai lain disini sudah tentu banyak menu dijual. Suasana pun meriah. Menu lebih kurang macam Pasar Filipina. 

Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Senarai Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu Sabah"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top