------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Sedap ke Makanan Di Kedey Kamek (Kedai Kamek)?

Nyaman kah makanan di Kedai Kamek? Hari ini aku nak buat sedikit posting tentang kedai makan di sekitar Bandar Kuching. Mungkin nanti aku akan masukkan Kedai Kamek Dalam list Senarai Tempat Makan Best Di Kuching. Ahad yang lalu, kakak aku bawa aku pergi kedai kamek. Nak perkena linut katanya. Jadi aku ikut sahaja. Dalam kepala aku fikir mee kolok dengan teh tarik je.


Jadi aku tak nak buat entry panjang-panjang. Lagi pun tiada bayaran diberi kepada aku nak update kedai ini. Haha. Jadi kalau anda nak datang disini. Lokasi kedai dia tak jauh dari Mc Donald Matang. Terdapat banyak makanan tempatan dijual disini seperti linut, mee kolok dan mee laksa sarawak. Bagi aku memang sedap. Sebab makanan wajib dicuba di Sarawak ni kan mee kolok, mee laksa sarawak mahupun linut. Jadi aku suggest anda cuba makanan tersebut disini. Menu yang terdapat disini ada di dalam gambar.


Kalau rasa nak lepak-lepak dengan member. Memang di suggest pergi ke sini. Ada open air, dan ada juga tempat ber aircon. 

Suasana kedai ini memang tenang. Layanan pekerja juga bagus. Memang recommended untuk anda pergi disini. Harga memang berpatutan. Lokasi kedai bersebelahan dengan Sushi King Matang. Sesuai untuk buat gathering and reunion. Portion makanan dia juga banyak. 

Linut :D
Laksa Sarawak


Mee Kolok Daging. Nang Nyaman
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Sedap ke Makanan Di Kedey Kamek (Kedai Kamek)?"

wahhh jauh tu nak pergi sarawak. In Shaa Allah satu hari elsa boleh sampai sana hehe

kira sama species nya lah ya Mrs Velentine. Ambuyat. Im not a massive fan of linut. tu lah tak tau sama ke tidak. Kalau Mee Kolok atau Ayam Ketuk kemek penyet ya tahu kamek :D

ok boleh. Pi lah merantau di Negeri2 dalam Malaysia dulu. Sabah pun best jugak :D

Eh... Boleh cakap sarawak ke? good good Abg Noor Azlan teruskan :D

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top