------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Resepi Biskut Famous Amos Raya : Dapur Lelaki

Resepi Biskut Famous Amos/ Coklat Cip Mudah, Murah Dan Cepat. Minggu lalu kakak aku buat biskut coklet cip atau nama famous dia biskut famous amos. Memang sedap tak terkata. Waktu raya 2016 dulu, aku ada pergi rumah kawan aku ini, dia hidang biskut famous amos. Memang sedap gila biskut dia. Aku makan tak ingat dunia. Sampai adik kawan aku siap bagi bungkus dalam plastik lagi untuk makan dalam perjalanan balik. Tak malu nya aku. 

Nampak terlebih hitam mungkin terletak banyak milo/vico.

Disebabkan aku craving sangat untuk makan biskut ini. Aku pun minta resepi rahsia ini dari dia. Memang dia tak nak bagi resepi tu. Kakak aku pun ada resepi tu. Tapi macam leceh je aku tengok. Tapi i'm going to share the recipe that my sister used. Tak nak share resepi adik kawan aku ni sebab dia cakap itu resepi rahsia dia. Jadi aku kongsikan resepi kakak aku guna tu ye. Sebab resepi dia sedap lagi aku rasa. 



Aku guna milo/vico untuk menggantikan serbuk koko. Sebab nak cut cost. Malas nak beli serbuk koko. Let's cut it short. Bawah ni resepi biskut famous amos. 


Resepi Biskut Coklat Chip Mudah
Sumber: Cik Puan Afina

Bahan-bahan:
300 gm butter   (Aku guna 1 bungkus butter)
80 gm gula aising (diayak)   (Aku guna gula biasa dan di blend)
90 gm gula perang (jika diayak lagi bagus)(optional) (aku tak guna gula perang)
1 sudu kecil serbuk koko (diayak)  (Aku guna serbuk milo 4-6 sudu)
1 sudu kecil soda bikarbonate (diayak)  (aku tak guna soda bikarbonate ni)
1 sudu kecil baking powder(diayak)
125gm coklat chips (aku tabur je banyak mana aku nak hahahaha gelak jahat)
320 gm tepung gandum - diayak(agak-agak) Kalau rasa macam adunan dah tak melekat. Elok lah tu.

Cara-caranya:
1. Pukul butter, gula aising dan gula perang hingga berkrim. Saya guna senduk kayu je. Sapa yang ada mixer pun boleh guna mixer.
2. Masukkan serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder dan gaul sebati.
3. Masukkan coklat chips. Gaul rata. (masukkan almond yang dah di toast kalau nak lebih sedap)
4. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati. (Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat. Elak terlebih tepung boleh menyebabkan biskut menjadi keras)
5. Masukkan adunan dalam piping bag. Pipekan secara membukit sebesar saiz 20 sen. (Saya guna 2 sudu sahaja. Kalau guna tangan pun boleh.)
6. Bakar suhu 160°c selama 18 minit hingga 20 minit. Guna api atas bawah. Kalau oven anda jenis panas kuat boleh kurangkan suhu ya. Bergantung pada oven masing-masing.

Kalau tiada gula aising. Kau ambil gula yang kau selalu guna untuk bancuh milo itu, lepas itu kau blend lah gula itu. Jadilah gula aising. Untuk resepi rahsia adik kawan aku itu, dia tak guna gula perang. 

Untuk serbuk koko, aku guna serbuk milo je. Rasanya tetap sedap je. Alamak, baking power aku tak letak juga. Tapi masih juga rasa sedap. kalau ada baking powder, boleh juga letak. 

Letak almond selepas letak chocolate chips
Kalau nak sedap lagi, beli almond yang sudah siap di toast dan dicincang. Macam aku terlebih rajin lah pulak beli almond original itu. Tepaksa toast sendiri atas kuali. boleh belajar dalam youtube cara untuk toast almond.  Letakkan almond yang dah dicincang itu ke dalam adunan selepas memasukkan coklat chips.

Sebelum simpan dalam bekas. Anginkan dulu biskut ini seperti diatas. Tu biskut yang kakak aku buat.

Yang coklat tu aku yang buat. And yang tak berapa nak coklat tu kakak aku yang buat. 

Guna sudu sahaja. Kerja nak cepat haha. Jangan lupa letak tepung di permukaan loyang. Untuk mengelak biskut lekat di loyang.

Bakar ekot suhu yang dinyatakan di atas. (biskut kakak aku) 

Untuk resepi biskut famous amos ni, aku main agak-agak je buat. The power of agak-agak. Aku rasa aku ada bakat terpendam membuat biskut ni. Haha. Dulu aku ada cuba buat tart telur dan menjadi. Cuma aku tak guna cuan nya. Jadi, nampak tak lawa lah. Aku just bake atau masak benda yang aku craving sahaja. 



Kalau anda rasa was-was dengan resepi saya sebab nampak mengelirukan. Boleh cuba resepi blogger ini. Resepi Biskut Famous Amos by LuarTeko

Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Resepi Biskut Famous Amos Raya : Dapur Lelaki "

macam nyaman jak rupa. bahan2 pun kira senang carik. rasa nak molah jak. tunggu raya lok, boleh rujuk resepi tk. :D

serious resepi biskut famous amos atau coklat cip ini memang mudah untuk dibuat..

Amer nak buat lagi dan lagi lepas ni. Ternyata sedap. haha

:D bahan mudah didapati dan murah

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top