------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Perlukah Menukar Domain Blog Ke Domain Sendiri atau Dot Com.

Tukar Domain Dari Blogspot.Com ke Dot Com. Sebelum ini aku pernah menukar domain blog aku ke dot com. Tapi selepas itu aku berhenti menggunakan dot com. Aku dapati memang best menggunakan domain sendiri kerana nampak lebih proffesional. Tapi banyak je blogger famous yang masih menggunakan domain blogspot.com. Ok sekarang aku nak tulis mengenai "Perlukah menukar blog ke dot com?" Dalam blog ini juga ada berkongsi tentang Cara Mengganti Blogspot.Com dengan Domain Sendiri.
 Menukar Domain Blog Ke Domain Sendiri 

Benda yang paling penting dalam dunia blog ini adalah kemahiran penulisan kita. Jika penulisan kita tak bagus, life blog kita tidak akan dapat bertahan lama. Jadi mantapkan penulisan kita. Tambahkan ilmu untuk penggumaam ayat yang mantap. Aku suka melalukan blogwalking ke blog famous untuk melihat cara penulisan mereka. Aku akan guna pakai cara penulisan mereka. 


Perlukah tukar domain sendiri seperti AMERJAYA.COM
Nampak cantik dan lebih professional. Nampak ringkas dan versatile. Tapi duit poket juga dimain nya. Ramai blogger sekarang yang mula menggunakan domain sendiri. Persoalannya apakah itu perlu? Kalau anda rasa anda lebih selesa dan menambahkan keyakinan dalam dunia blog dengan ada domain sendiri. Dipersilakan. Kalau aku, aku akan guna domain free blogspot.com ini sebab aku tak perlu bayar rm30 setiap tahun untuk renew domain. Banyak benda dapat dibuat untuk RM30 itu. Tapi kalau anda rasa RM30 itu agak kecik untuk anda, anda boleh lah tukar domain tersebut. Sekarang, sewa domain tidaklah semurah RM30. Kerana nilai mata wang kita semakin menurun. Jadi mungkin setahun dalam RM40. Saya suka menyewa atau membeli domain di Go Daddy. 

Cara Menukar Domain Blog 
Jadi anda sudah berfikir panjang dan nak menukar juga ke domain sendiri. Banyak juga faedah dan kebaikkan memilikki domain sendiri. Sebelum ini aku juga telah melakukan banyak research tentang kebaikkan memiliki domain sendiri ini sebelum memiliki domain sendiri. Kebaikkan yang anda perolehi jika anda menukar domain sendiri, alamat atau url blog anda akan nampak lebih pendek, kemas dan mudah dihafal dan diingati. Url blog anda akan nampak lebih profesional. (amerjaya.com). Anda lebih bersemangat untuk menaip blog sebab url blog dah lawa. Saya tiada tutorial nak tukar domain sendiri. Jika anda berniat nak menukar ke domain sendiri. Anda bolehlah ikut cara di blog ini, sila layari laman web ini : http://www.wikicara.org/2015/09/cara-menukar-domain-percuma-blogspot.html

Anda cuma perlu ada debit card atau online bank untuk membuat transaksi. Anda mungkin akan di charge secara automatik setiap tahun untuk domain tersebut. Jika anda nak berhenti melanggan domain tersebut, anda hanya perlu click berhenti melanggan di account domain anda tersebut. 

Saya sudah lama meninggalkan kehidupan memiliki domain sendiri. Jadi agak payah untuk saya menerangkan satu persatu. Dan buat masa ini saya lebih selesa dengan menggunakan domain blogspot.com. 




Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Perlukah Menukar Domain Blog Ke Domain Sendiri atau Dot Com. "

bayar domain setahun sekali bro..kita ok lagi

ada juga blogger yang bayar hosting (wordpress) secara bulanan..

cuma income mereka dari blog memang kaw-kaw tu

Yeap. Setahun sekali. Hmmm. untunglah siapa yang sewa hosting tu... xpelah.. guna apa yang ada je Bro Hanafi. :D ... nanti2lah fikir tukar domain tu.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top