Kurus Dengan Lemon Detox Berkesan

Cara aku kuruskan badan dengan cepat dan berkesan. Cairkan lemak degil anda dengan lemon detox. Sekarang ni aku tengah mengamalkan lemon detox. Sebab aku nak maintainkan berat badan.
Tak nak lah berat naik. Detox lemon ini bukan untuk kuruskan badan je. Tapi banyak lagi khasiat yang lain. Selain daripada menguruskan badan, lemon detox ini dapat menyingkirkan toxin jahat yang berlebihan dalam badan yang boleh menyebabkan jerawat, masalah bau badan dan juga masalah lingkaran hitam, dan kantung mata. Post ini lebih kepada feedback aku atau review aku tentang diet dengan Lemon Detox Untuk Kurus. So inilah resepi lemon detox mudah dan murah. 

kurus dengan lemon detox
kurus dengan lemon detox


Cara menyediakan air lemon detox. 
Sepanjang aku mengamalkan lemon detox ini. Terdapat dua cara iaitu menggunakan air panas dan menggunakan air sejuk. Hiriskan lemon itu dan letakkan dalam jug dan tuangkan air dalam jug tersebut.
1. Jika kau nak guna air sejuk atau air suam. Kau boleh letak je air lemon tu dekat atas meja je. Tapi selalunya orang letak dalam peti ais lah kan. Kalau aku, aku letak dalam petiais kalau guna air suam. 
2. Jika guna air panas, letakkan di atas meja. Jangan letak dalam peti ais. Senang lemon tu larut dalam air panas tu. So, kalau aku guna air panas aku akan letak je atas meja. Sampai 2 hari. Tapi aku takut pulak basi. Tapi makin lama air tu, makin sedap pulak rasanya. Rasa macam air lemon jus dalam kotak tu pulak. Tapi kalau dah rasa 1 hari lemon tu berendam dari air panas tu. Eloklah letak dalam peti ais untuk mengelak basi.

kurus dengan lemon detox
kurus dengan lemon detox

Cara minum air lemon detox 
1. Bangun awal pagi, selepas minum air masak segelas atau dua gelas. Baru kau minum air lemon detox. Aku tak tahu lah bagus tak kalau minum air lemon dulu baru minum air suam. Tapi better minum air suam dulu  lah yer. Ikut sunnah. 

2. Minum at least 3 cawan sehari. Pagi, tengahari, dan petang. Elak minum waktu malam takut susah nak tidur. 

Kebaikkan lemon detox. 
1. Menyingkirkan toxin jahat dalam badan.
2. Memudahkan badan Menyingkirkan bahan kumuhan. 
3. Badan tidak berbau ketika berpeluh. Peluh tak berbau*. 
4. Badan berasa ringan. 
5. Berat badan turun. 
Dan banyak lagi kelebihan lemon detox ini. Seperti memberi vitamin c kepada tubuh badan. 

Bahaya minum terlalu banyak air lemon detox.
Aku ada baca article ni yang mengatakan bahaya minum air lemon dalam jumlah yang banyak. Jadi berwaspadalah dalam pengambilan air lemon ini. Salah satu keburukanya ialah, enamel gigi kita terhakis sebab acid lemon itu. Jadi, kalau gigi kita terhakis, maka gigi kita akan lebih sensitif dengan makanan sejuk mahupun panas. Jadi, berwaspadalah. Minum guna straw untuk mengatasi masalah ini. Tapi still jangan berlebihan. Kalau aku cuma minum 3 gelas sehari.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Kurus Dengan Lemon Detox Berkesan"

Betul tu.. Apa je yang kita ambil, tak boleh berlebihan..

yeap. Minum sedang2 je. Mahal kot lemon tu :D

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top