------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Kurus Cara Orang Malas Berkesan 2017

Cara Orang Malas Kurus Berkesan Nak kurus tapi malas bersenam? Adakah cara kurus dengan makan sahaja? Adakah cara kurus dengan minum sahaja? Dunia dah moden. Macam-macam ubat mahupun suppliment untuk menguruskan badan dijual diluar sana. Persoalan nya selamatkah untuk digunakan? Berkesan ke.

Kepada yang belum baca article Cara Aku Kurus Dan Berkesan Part 1 dan Cara Aku Kurus Dan Berkesan Part 2. Boleh lah terjah baca. 

Selamat tahun baru wahai pembaca blog. Sudah tentu pada tahun baru ini mesti ramai yang sudah berazam untuk kurus. Tapi sayangnya tak semua berjaya kurus dek sebab tiada kelapangan masa dan juga malas. 

Apa yang aku nak share ini lebih kepada cara diet berkesan tapi tak perlu lah berlapar. Cara pemakanan itu penting untuk kurus. Cara yang aku share ini ialah cara nak kurus tanpa membuat senaman yang susah-susah.  Remaja pun boleh guna cara kuruskan badan ini sebab aku pun masih remaja. haha

Jadi disini aku nak share sikit tips kurus tanpa senaman. Just tips ni perlu jaga makanan lah. Tak perlu lah diet sampai tak makan nasi. Kita ni orang asia. Kena makan nasi untuk bertenaga. Entry ini short and simple sahaja. Tak nak bebel panjang-panjang. 

teh-hijau-boh-murah

Amalkan Minum Teh Hijau 
Aku rasa ramai yang dah sedia maklum kebaikkan teh hijau untuk menguruskan badan. Jadi aku tak nak bebel panjang-panjang. Ramai yang malas nak amal teh hijau ni sebab leceh. Cuba biasa kan diri untuk amalkan teh hijau. At least minum 2 cawan teh hijau. Kalau aku 3 cawan sehari lah. Waktu bangun tidur, waktu tengah hari, dan waktu petang. Elak minum teh hijau selepas pukul 6 atau 7 malam. Kalau korang tak nak ada masalah tidur. P/s Aku Guna Teh Hijau Boh. 


Mandi Waktu Subuh
Seeloknya mandi waktu subuh. Time waktu nak syuruk tu. Sebab suhu awal pagi kan sejuk. Kena lagi air paip yang sejuk. Jadi badan perlu membakar lemak untuk meneutralkan suhu badan kita waktu kita mandi air sejuk di waktu pagi. 


Buat Senaman Ringkas 
Aku tahu tak ramai yang ada masa untuk bersenam di taman. Jadi apa kata luangkan masa dalam 5 minit untuk melakukan plank mahupun push up. Push up dalam 10 kali sudah mencukupi. Ataupun plank 1 hingga 2 minit sudah mencukupi. At least badan kita ada terbina muscle sikit.


Minum Air Yang Mencukupi 
Ini ramai dah tahu tapi malas nak amalkan? Kan? Ha aku lah tu. Bila badan dah mula naik baru sibuk nak amalkan. Kalau rasa nafsu makan kau macam buaya. Elok kau minum air yang mencukupi. Selalunya 3 liter sehari ataupun 8 cawan sehari bukan? So cuba amalkan minum 3 gelas pagi. 3 gelas waktu tengahari dan petang dan 2 gelas waktu malam sebelum tidur.  Tapi kalau aku 8 gelas tu tak cukup kalau nak kurus. Tapi jangan terlebih minum air sudah. Jangan paksa diri ok. 

Lebihkan Berdiri Dari Duduk 
Teringat aku bekerja di Quiksilver Outlet Store. Ramai yang tegur aku kurus. Aku pun hairan sebab makan aku tak jaga. Bila difikir balik, aku tak boleh duduk seharian waktu bekerja di Quiksilver.
Kena berdiri. Jadi tu lah punca aku kurus. Aku search google pun. Memang ternyata. Dengan berdiri pada tempoh yang lama juga boleh membantu membakar lemak. 

Breakfast Telur dengan Oat
Kalau nak badan cepat bakar lemak. Bolehlah amalkan sarapan pagi dengan makan oat dan telur rebus. Ambil sebiji telur sudah memadai. Tengahari dan Petangnya boleh lah ambil telur rebus lagi. Telur ni boleh menyebabkan kita terasa kenanyang dan susah rasa lapar. Telur ni bagus juga untuk mereka yang membina muscle. Muscle itu penting untuk mebakar lemak. Mereka yang cepat kurus tu sebab mereka banyak muscle. Sebab tu orang pergi ke GYM cepat kurus daripada mereka yang berlari-laria bekejaran di taman. 

Jangan Makan Selepas Pukul 7 Malam 
Kalau boleh jangan makan 4 jam sebelum tidur. Sebab badan kita tak perlu tenaga yang banyak waktu malam. Jadi elakkan makan selepas 7 malam. Ramai dah tahu, makan malam boleh menyebabkan gemuk sebab metabolisma di malam hari tidak begitu active seperti pagi hari.


Actually, lain orang lain cara nya kurus. Korang kena cari asbab sebab korang boleh kurus tanpa perlu exercise. Kalau aku, aku dah jumpa cara kurus untuk badan aku. Alhamdullilah.
Berat aku maintain je sepanjang tahun 2016 sebab aku dah mula amalkan tip-tip diatas. Tapi ada juga aku fail buat and badan aku mula nait. And aku terus amal balik. Nak kurus ni kena disiplin tinggi, motivation pun kena tinggi jugak. 



Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kurus Cara Orang Malas Berkesan 2017"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top