------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Kenapa Mulut Aku Berbau? Ada Petua tak nak hilangkan nafas berbau?

Mesti ramai dari kita mengalami masalah nafas berbau dan juga mulut berbau. Perlu untuk kita tahu sebab dan punca mulut berbau atau nafas berbau.
Kepada mereka yang mengalami masalah mulut berbau atau nafas berbau walaupun sudah sering menggosok gigi tapi masih juga berbau. Mesti ada something wrong dengan korang. Ok ikuti penulisan di bawah ini sebab dan cara mengatasi mulut kita berbau

Punca Mulut Berbau
Kafein 
Korang suka minum kafein mahupun kopi? Dah boleh stop amalkan dah. Minum kopi akan menyebabkan mulut menjadi kering dan akan menyebabkan mulut kita berbau. Jadi, berpada-padalah minum air kopi ya. 

Lidah Tidak Diberus dengan Bersih 
Kalau dulu aku ada masalah ini. Aku tak dapat nak berus lidah dalam-dalam sebab rasa nak termuntah. Dan sakit pulak tu. Tapi tahukah anda, punca utama mulut berbau adalah disebabkan cara kita memberus gigi tapi tak berus lidah dengan bersih.  Lidah kita mengandungi lebih banyak bakteria (sisa makanan) dan akan menghasilkan bau pada mulut kita. Jadi, rajin rajinkanlah memberus lidah. Nanti akan terbiasalah tu. 

Gigi Berlubang 
Yes. gigi berlubang. Gigi berlubang menyebabkan makanan yang kita makan akan melekat dengan mudah disitu dan menyebabkan mulut berbau. Jadi, kalau ada gigi lubang tu, seeloknya pergi berjumpa dengan doktor untuk process mencabut ataupun menampal.


Sebab-sebab lain mulut berbau adalah sakit gusi, demam/selsema,tonsil tekak, merokok dan banyak lagi. Tak gosok gigi punca utama mulut berbau

Kalau rasa nafas kita masih berbau. Seeloknya amallah detox lemon. Mungkin dengan cara itu boleh mencuci dalaman badan kita. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kenapa Mulut Aku Berbau? Ada Petua tak nak hilangkan nafas berbau?"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top