Cara Fasih Bercakap Dalam Bahasa English Dengan Mudah

Tips Bercakap Bahasa Inggeris dengan mudah. Tak apa bercakap english walaupun gagap. Kalau kita selalu amalkan kita akan terbiasa. Bukan terbiasa gagap tapi terbiasa bercakap dalam bahasa english. Bangsa cina lebih suka  bertutur dalam bahasa english apabila mereka bercakap dengan kawan mereka di sekolah. Walaupun penggunaan bahasa rojak, mereka masih juga lebih banyak menggunakan bahasa english. 



Anda boleh guna bahasa rojak untuk memperkasakan bahasa english anda. Orang Singapura juga menggunakan bahasa english rojak (Singlish) dengan harapan untuk fasih bercakap english. Dari situlah mereka mahir menggunakan bahasa english dengan baik dan mereka boleh menukarkan bahasa english tidak formal (singlish) kepada bahasa english formal bila dalam situasi formal seperti interview dan bercakap dalam meeting.

Cuba elak belajar bertutur english sebab nak score exam. Tanamkan minat untuk berlajar bahasa english. Ikhlaskan hati. Necaya anda akan lebih mudah untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Dibawah ini saya akan masukkan beberapa tips untuk fasih bercakap dalam bahasa inggeris

1. Berfikir dalam Bahasa English.
Jika anda mengelamun atau bercakap seorang diri. Apa kata anda cuba gunakan bahasa english. Contohnya ketika memandu, anda berfikir dalam bahasa english. What I'm going to do now? Where I'm heading to? Am I hungry right now? I think I want to eat.  

Cuba elak untuk terlalu focus kepada grammar mistake. Bebaskan diri anda dari fikir grammar. Orang putih semasa kecil, mereka bercakap tanpa menghiraukan grammar. Dari masa ke semasa mereka akan sedar beberapa ayat yang mereka guna agak pelik dan perlu di improvise.

2. Bercakap English dengan Kawan. 
Ini lah masalah orang kita. Kita belajar bahasa english tapi kita tidak mengamalkan nya. Kalau bercakap dengan kawan, terus kawan cakap "eh meluatlah" "wei orang puteh celup". Terus mood kita down. Disini, harus untuk anda mencari kawan baik yang sama minat untuk bercakap english dengan baik. Abaikan mereka yang memerli kita. Kalau saya, saya akan bercakap english dengan kawan melalui whatsapp. Selalunya bila jumpa orang asing, saya lebih gemar menggunakan bahasa english daripada bahasa melayu. 

3. Betulkan Cara Sebutan. (Pronunciation) 
Adakah anda pernah tersalah sebut perkataan dalam bahasa english? Saya pernah. Mula-mula memang malu. Tapi lama-lama sudah terbiasa. Kita orang melayu bukan nya orang putih. Jadi tak semua perkataan kita tahu sebut dengan betul. Jadi apa kata, kalau anda ada satu word english yang anda tak tahu nak sebut, anda buka je applikasi google translate atau laman web google translate, dan taip ayat tersebut dan dengar cara ayat tersebut disebut. Inilah cara saya jika esok lusa ada presentation, jika ada perkataan yang susah seperti insidious, malificient, etc. Saya akan gunakan google translate. Nanti saya akan tekankan isi ini *sebutan. Isi ini agak luas.

4. Memperbanyakkan Vocabulary
Kekurangan pengetahuan vocabulary english dalam diri menyebabkan kita susah untuk berkomunikasi dengan bagus. Ada banyak cara untuk memperbanyakkan vocabulary anda dengan cara hafal lirik lagu dan jikat ada perkataan yang anda tidak tahu dalam lirik tersebut,boleh terjemahkan.  Cara lain untuk memperbanyakkan vocabulary anda ialah dengan menonton filem hollywood. Saya cadangkan anda tonton filem dari United State America. Sleng atau accent mereka lebih mudah untuk di dengar dan difahami. Makesure ada sarikata dalam bahasa english juga sebab agak susah untuk mendengar native speaker (orang english) ketika bercakap. 

5.Menguasai dan Mempelajari Tenses   
Tenses penting untuk mencatikkan ayat kita. Secara umumnya, terdapat 12 tenses yang perlu kita ketahui untuk menguasai bahasa english ini. Untuk yang baru nak belajar bahasa inggeris ini, saya cadangkan anda tahu menggunakan 3 tenses utama ini iaitu present tense (masa kini), past tense (sedah berlalu), dan future tense (akan berlaku). Anda boleh belajar tenses ini dengan menggunakan buku english. Saya akan menerangkan dengan mudah penggunaan tenses ini di post yang akan datang. 

Contoh past tense,  I speak malay at home.
Contoh Simple Past Tense (sudah berlaku)  I spoke malay at home.
Contoh Simple Future Tense (Akan Berlaku) I will speak Malay at home.

6. Be confident
Kalau tiada confident. Memang tak dapat pergi jauh lah English kita. Bertutur dengan baik dalam bahasa english ini memang ambil masa. Tiada jalan shortcut. Saya dulu juga pernah berfikir macam mana kawan saya boleh bertutur dengan baik dalam bahasa english. Ini sebab mereka ada minat untuk mempelajari bahasa inggeris. Berbeza dengan aku hanya ingin lulus dalam peperiksaan. Jadi betulkan balik niat kita.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cara Fasih Bercakap Dalam Bahasa English Dengan Mudah "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top