------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Cara Cepatkan Caj Bateri Handphone Cepat Penuh

Post ini juga menerangkan Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh. Assalamualaikum dan selamat tahun baru. Korang pernah tak mengalami masalah battery lambat penuh?  Time emergency kita nak charge handphone, harap cepat cepat lah full. Tak perlu full. At least naik percentages battery dari bawah 10%. Tapi dah agak lama charge baru 15%. Geram pulak. So bawah ni aku nak share Cara Cepatkan Caj Bateri Handphone Cepat Penuh


1. Setkan ke Flight Mode 
Aku rasa ramai tahu kot macam mana nak set ke Flight Mode. Selalunya tekan button off lama. Akan keluarlah option tu. Time charge hp tu kalau boleh korang letak ke flight mode. Trust me, handphone anda lebih cepat bateri nya untuk penuh jika dicharge. 

2. Tutup terus handphone. 
Ramai yang tak nak guna cara ni. Sebab leceh kena on off telephone. Well, kalau nak better result off je phone tu lepas tu charge. P/s tutup handphone ketika charging boleh menjaga jangka hayat bateri lebih lama tahan. Orang cakap lah kalau kita charge handphone ketika handphone tu on, bateri handphone cepat habis. 

3. Connect adapter charger ke main socket. 
Harap korang faham yang ni. Jangan connect adapter charger korang dekat extension wire. Power dia tak berapa kuat and mungkin hp korang tak dapat tenaga elektrik yang mencukupi untuk charge. Jadi, kalau ada main suis, terus letak ke main suis. 

4. Kapasiti Output charger
Pernah tak tengok dekat Adapter charger korang? Berapa dia punya kapasiti Output Charger? Semakin besar kapasiti semakin lajulah process charging bateri handphone korang. So far, adapter charger yang terbaik aku rasa ialah xiomi punya charger. Memang cepat je batteri aku penuh. Tapi aku guna samsung je. Charger cilok charger kakak haha. 

5. Panjang dan tebal Wayar USB
Panjang dan tebal Wayar USB pun main peranan dalam kelajuan caj bateri handphone korang. Makin panjang wayar tu makin banyak rintangan elektrik untuk sampai ke handphone korang. Jadi gunalah wire yang pendek-pendek sahaja. Tapi wire usb xiomi ni boleh tahan jugak panjang nya. 


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Cara Cepatkan Caj Bateri Handphone Cepat Penuh"

Wahh ilmu baru ni...betul juga tu, kalau on asyik nak pegang n main je, caj pun tak naik-naik...

bagus cara ni. cepat je batery phone penuh.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top