------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Belajar Bahasa Mandarin 15 Minit : Keluarga Saya

Selepas berjaya menaip Belajar Bahasa Mandarin 15 Minit : Jom Berkenalan, saya pun nak menyambung ke sesi pembelajaran yang seterusnya iaitu Belajar Bahasa Mandarin 15 Minit : Keluarga Saya . Terima kasih kerana masih mengikuti post belajar bahasa mandarin ini. Saya harap anda tidak miss dengan post belajar mandarin saya yang pertama agar anda tidak blur dengan post belajar mandarin saya yang baru ini. Untuk posting kali ini, saya akan mengajar tentang keluarga, pengiraan, pekerjaan seseorang, dan bertanya umur. Jum kita mulakan.


Perbualan di bawah ialah cara menanya seseorang ada berapa orang adik beradik. 

Amir    :  Widya, nǐ hǎo!
Widya  :  Amer, nǐ hǎo!
Amir    :  Nǐ de jiā yǒu jǐ gèrén?
Widya  :  Wǒ de jiā yǒu jiǔ gè rén.
Amir    :  Nǐ de jiā yǒu shé me rén?
Widya  :  Wǒ de jiā yǒu bàba, māmā, yīgè jiejie, sān gè                        gēgē, hé yīgè mèimei.


Saya akan terangkan maksud ayat di atas. 
Nǐ de jiā     | Keluarga Kamu.  Keluarga (Jiaren) Rumah(jia)
yǒu jǐ gèrén?      | Ada berapa orang.
 hé yīgè   | dan seorang (ge refer tu bilangan, seorang, sebuah.)
Nǐ de jiā yǒu shé me rén?      |  Ada siapa juga? Bertanya tentang berapa orang kakak,abang dan adik.
bàba, māmā,jiejie,gēgē,mèimei. | Yang ini saya sudah terangkan di post saya sebelum ini. 

Disini juga saya ingin mengajar cara menghintung basic sahaja. 1-100
Yǐ, | 1  ér | 2   sān  | 3,   sì | 4, wú | 5, liú | 6, qí | 7, bǎ | 8, jiù | 9, shì | 10
Shì yǐ | 11, shí'èr | 12, shísān  | 13, shísì | 14, shíwù  | 15, shíliù  | 16, shǐ qí | 17, shíbā  | 18, shíjiǔ  |19, ér shì | 20
Sānshíyī, sān'èrshí'èr, sānshísān, sānshísì, sānshíwǔ, sānshíliù, sānshíqī, sānshíbā, sānshíjiǔ, sìshí
wushi,liushi, qishi,bashi, jiushi, Yībǎi(100) 
Untuk yang seterusnya ialah 31 hingga 40 (sìshí).  Jika anda perasan hanya tukar nombor didepan (san) dan masih guna puluh (shi) dan nombor belakang nya. Contoh, nombor 53, dalam mandarin nya ialah wushisan 5(wu) puluh(shi) 3(san). lima puluh tiga.

Cukuplah pengiraan sampai ke 100 dahulu agar anda tidak pening. Sebenarnya saya juga lupa. Sebab jarang mengira dalam mandarin. Nanti saya focus kepada pengiraan. Kita focus kepada basic sahaja dahulu.

Seterusnya ialah pekerjaaan. Jum ikut perbualan di bawah. 
Ija : Nǐ de māmā zuò shénme gōngzuò?
Delon : Wǒ de māmā méiyǒu gōngzuò,
tā shì jiātíng zhǔfù
Ija : Nǐ de bàba yǒu méiyǒu gōngzuò?
Delon : Wǒ de bàba shì jīnglǐ
Ija : Tā zài nǎlǐ gōngzuò?
Delon : Tā zài yínháng gōngzuò.

Sekarang saya akan nyatakan maksud setiap ayat diatas sambil anda meneka maksud ayat tersebut.
zuò      |   buat
shénme       | apa
gōngzuò      |  kerja
jiātíng zhǔfù      |  surirumah-housewife
jīnglǐ      |  pengurus
zài nǎlǐ      |  dekat(zai) mana (naili)
yínháng      |  bank

Seterusnya ialah tentang umur. Jum ikut perbualan di bawah. Cara menanya umur dalam bahasa mandarin.

   Syafiq : Nǐ dìnghūnle ma?
   Nisa : Wǒ hái méiyǒu dìnghūn.
   Syafiq : Nǐ jǐ suì le?
   Nisa : Wǒ jīnnián 22 suìle.
   Wǒ 1995 nián chūshēng.
   Syafiq : Nǐ yǒu nán péngyǒu ma?
   Nisa : Yǒu, tā jiào DELON.
   Syafiq : Nǐ de nán péngyǒu jǐ suìle?
   Nisa : Tā 22 suìle.
   Syafiq : Syafiq, nǐ yòu nù péngyǒu ma?
   Nisa :Wǒ méiyǒu nù péngyǒu.

Sekarang saya akan nyatakan maksud setiap ayat diatas sambil anda meneka maksud ayat tersebut.
dinghun le ma     |     dinghun(bertunang) le(sudah)  ma(ayat tanya seperti Kah)
hai mei you        |    belum 
jǐ suì       | Ji(berapa)  Sui(Umur)
jīnnián        |  Tahun Ini
22 suìle       |  22 tahun sudah.
chūshēng       |  Dilahirkan 

Jadi? Macam mana dengan mandarin basic kali ini? Susah ke tak? Kalau susah berehat dulu. Dulu pun saya macam anda. Pening dengan bahasa cina.

Sebelum saya meneruskan sesi belajar bahasan mandarin ini. Eloklah anda hafal semua ayat di atas. Kerana selepas ini saya tidak akan menerangkan maksud ayat yang saya dah terangkan. Practice make perfect. Jom tambah vocabularies mandarin anda. 

nián, --- tahun
rì,  ---hari
yuè,  ---bulan
Mìshū  --- setiausaha
yīshēng  --- doktor
kuàijìshī  --- accountant 
gōngchéngshī  --- engineer
hùshì --- jururawat/nurse
Dàxué  --- University
yīyuàn  --- Hospital
yàofáng  ---  Klinik
míngnián  --- Tahun Depan
qùnián  --- Tahun lalu
jīnnián --- Tahun Ini
Shǔ yī shǔ --- Cuba Kira
bǎi  --- Ratus
qiān  --- Ribu
wàn  --- Sepuluh Ribu
xiānshēng  --- Suami
tàitài --- Isteri

Ok itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang seterusnya. Cuba hafal semua ayat baru dalam post ini. Sebab nanti ada ayat yang saya guna dalam post ini di dalam post yang seterusnya. Susah kalau tak faham beberapa ayat. :Bye for now.

Zaijian. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Belajar Bahasa Mandarin 15 Minit : Keluarga Saya"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top