------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Belajar Bahasa Mandarin 15 Minit : Jom Berkenalan


Belajar Bahasa Cina Mandarin Sehari-Hari dan Mudah. Hello pembaca blog Amerjaya. Hari ini saya start blog tentang bahasa mandarin. Zaman sekarang, penting untuk menguasai banyak bahasa untuk meluaskan lagi peluang perkerjaan. Anda juga tahu kebanyakkan kerja diluar sana memerlukan anda bertutur lebih dari satu bahasa. Mahir bercakap dalam bahasa English juga bagus. Tapi lagi bagus jika kita boleh berkomunikasi dalam bahasa ke tiga. Saya Amerjaya, saya hanya mahir bercakap dalam bahasa English, Malay dan Mandarin sahaja. Sudah cuba untuk belajar bahasa arab, bagi saya memang susah untuk beginner seperti saya mempelajari bahasa arab. Harap satu hari nanti saya dipermudahkan.

Belajar Bahasa Mandarin 15 Minit  : Jom Berkenalan 
Kenapa perlu belajar bahasa mandarin? 
1. Senang nak melancong ke negera China, Singapore, Taiwan dan sewaktu dengan nya. 
2. Senang nak berkomunikasi dengan orang cina tempatan.
3. Peluang pekerjaan. 
4. Menambah ilmu pengetahuan dengan tahu banyak bahasa. 


Ok. Hari ini kita mulakan dengan belajar cara berkenalan dalam bahasa mandarin. Saya harap anda yang berminat mempelajari bahasa mandarin ini, tanamkan minat yang lebih untuk mempelajarinya. Bukan hanya untuk exam sahaja. Di UiTM, saya mengambil bidang atau subject bahasa ketiga dan saya pilih bahasa mandarin untuk senang score. 

Kepada pembaca sekalian, jika anda ingin mendengar cara sebutan ayat pinyin contoh gege. Sila taip secara manual tanpa copy paste terus dari blog ini di web google translate. Jika anda terus copy paste, translated Chinese akan susah detect ayat pinyin dari blog ini. Contoh nya gēgē . Dan elak menggunakan huruf besar contohnya Gēgē atau GEGE. Ok kita mulakan sesi belajar mandarin dari dibawah.


Amer :  Xiǎojiě, nǐ hǎo!
Nisa  :  Xiānshēng, Nǐ hǎo!
Amer : Nǐ jiào shénme míngzì?
Nisa  : Wǒ jiào Ni Sa. Nǐ ne?
Amer : Wǒ jiào Amer.

Mudah bukan sesi perkenalan dalam bahasa mandarin. Jika anda berjumpa dengan orang cina diluar sana boleh lah mulakancakap dengan Xiaojie, Ni hao!. 

Ok Saya akan bagitahu maksud setiap ayat di atas. 
Xiǎojiě | Cik
Nǐ hǎo! | Apa Khabar. Tapi lebih kepada Salam Sejahtera. 
Xiānshēng | Encik
Nǐ  | Kamu
Jiào | dipanggil
Shénme | apa
Míngzì | nama
Nǐ ne? | Kamu pula?/Bagaimana dengan kamu? 


Sekarang kita belajar ayat yang seterusnya. 
Fiqa  : Zǎoshang hǎo!
Wan  : Zǎoshang hǎo!
Fiqa  : Wan, hǎojiǔ bùjiàn, nǐ hǎo ma? 
Wan  : Wǒ hěn hǎo, xièxiè. Ni ne? 
Fiqa  : Wǒ yě hěn hǎo. Zàijiàn

Sekarang saya akan nyatakan maksud setiap ayat diatas sambil anda meneka maksud ayat tersebut.
Zǎoshang hǎo | Selamat Pagi
Hǎojiǔ bùjiàn | Sudah Lama Tak Berjumpa  
Nǐ hǎo ma?   | Apa khabar anda?
Wǒ hěn hǎo  | Khabar Baik. Atau Saya(wo) sangat(hen) baik(hao).
Xièxiè  | Terima Kasih!
Wǒ yě hěn hǎo  | Saya juga baik. Juga (ye).
Zàijiàn  | Jumpa Lagi.  

Anda boleh start menghafal ayat-ayat mandarin di atas. Sebab semua yang saya ajar untuk baru-baru ini adalah basic. Jika anda sudah ada basic. Mudah untuk anda memahami ayat lain. Kita teruskan dengan ayat mandarin yang lain. 


Ija : Xiānshēng, xiàwǔ hǎo!
Delon   : Xiǎojiě, hǎojiǔ bùjiàn!
Ija : Tā shì shuí? 
Delon   : Tā shì wǒ de hǎo péngyǒu
Ija : Tā shì nǐ de nú péngyǒu ma?
Delon   : Nǎ li yǒu/Bùshì, tā bùshì wǒ de nú péngyǒu.

Sekarang saya akan nyatakan maksud setiap ayat diatas sambil anda meneka maksud ayat tersebut.
xiàwǔ hǎo  
Tā  | Dia
shì   | ialah-adalah
shuí   | Siapa
wǒ de   | Saya punya
hǎo péngyǒu   | kawan baik
nǐ de   | kamu punya
nú péngyǒu   | teman wanita-girlfriend
Nán péngyǒu | teman lelaki- boyfriend
Nǎ li yǒu  | mana ada
Bùshì   | bukanlah.  Tidak (bu).  Shi(ialah). 

Jadi? Macam mana dengan mandarin basic? Susah tak? Kalau susah berehat dulu. Dulu pun saya macam anda. Pening dengan bahasa cina. Tapi saya berbeza, saya membesar di sekolah menengah banyak pelajar cina. Jadi saya bergaul dengan kawan cina. Saya juga minat menonton drama mandarin dari Singapore dan Taiwain. Tapi mandarin taiwan susah sikit nak faham. Umpama bahasa Melayu dan Indonesia lah. 

Sebelum saya meneruskan sesi belajar bahasan mandarin ini. Eloklah anda hafal semua ayat di atas. Kerana selepas ini saya tidak akan menerangkan maksud ayat yang saya dah terangkan. Saya harap anda juga mahir dengan cara penyebutan. Tak apa kalau tak mahir. Kita bercakap macam orang cina juga, tak semua perkataan bahasa melayu yang mereka dapat sebut dengan baik. Sama juga dengan kita, tak semua perkataan mandarin yang kita dapat sebut dengan baik. Itu mungkin sebab lidah mereka lebih lembut dari lidah kita. Tapi practice make perfect. Selepas ini saya akan berhenti mengeja pinyin dimulakan dengan huruf besar. Kerana untuk permudahkan anda google translate dan dengar cara pronounce atau sebutan ayat pinyin tersebut. Google translate tak dapat detect ayat pinyin jika di type huruf besar. 

Jum tambah vocabularies mandarin anda. 
Jiejie  | Kakak
gēgē  | Abang
bàba  | Ayah
māmā  | Ibu
mèimei  | Adik Perempuan
dìdì  | Adik Lelaki 
dàjiě  | Kakak Sulung, Kakak Tua
dàgē  | Abang Sulung, Abang yang paling tua.
Nǐmen,  | Kamu Orang- You guys
tāmen,  | Mereka
wǒmen,  | Kami
rén,  | Manusia, Orang
rènshi,  | Kenal, Mengenali
wǎnshàng,  | Petang


Ok itu sahaja. Jumpa lagi di post yang seterusnya. Mahir dulu dalam bab berkenalan ini. Sebab nanti ada ayat yang saya guna dalam post ini di dalam post yang seterusnya. Susah kalau tak faham beberapa ayat. :D 

Zaijian. 

Gambar Diambil Dari:
http://www.freepik.com
https://pixabay.com
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Belajar Bahasa Mandarin 15 Minit : Jom Berkenalan "

nice sharing..teringat masa study mandarin dulu..blogwalking & done follow here..

actually banyak lagi entry mandarin saya dah tulis.. belum ada final touch... nak buat dialog cartoon dia lagi... best belajar mandarin. THanks roshar :D

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top