Belajar Bahasa Inggeris Melalui Hobi

Tips mudah belajar bahasa inggeris dengan hobi baru. Ok tadi saya dah buat entry macam mana nak bercakap fasih dalam bahasa inggeris. Sekarang saya nak kongsikan kepada anda macam mana saya improve my english atau menambah baikkan english saya.
Dulu bahasa inggeris saya memang terabur. Confident sangat english baik padahal grammar sana sini salah. Basic grammar pulak tu. Selepas je saya sambung degree saya pun menanam minat untuk belajar bahasa english ini dan automatik tahu grammar error grammar mistake atau kesalahan tatabahasa. Ok beberapa hobi saya yang boleh membantu saya mahir dalam bahasa english seperti di bawah: 

1.Menonton filem barat. 
Saya memang suka tonton filem barat seperti  White Chicks, Harry Potter,Xmen dan lain-lain. Cuba ulang balik ayat yang disebut pelakon tersebut. Dengar cara mereka pronounce ayat tersebut. Tanpa sengaja anda akan hafal ayat tersebut dan pandai menggunakan ayat tersebut.

2. Tonton video english di youtube
Terdapat banyak video belajar bahasa english di youtube. Cara penerangan juga memang mudah nak faham. Jadi anda kena lah bijak cari video yang anda selesa dan mudah faham. Ada yang mengajar guna britisih accent agak susah nak faham. Saya memang minat british accent. Jadi tiada masalah untuk saya mendengar British Accent. 

3.Belajar Grammar   
Tak kisahlah kalau anda sudah belajar. Buat revision. Semakin banyak anda banyak, semakin mudah anda faham. Cuba mahirkan diri dalam basic grammar rules. Mudah untuk kita membina ayat tanpa sebarang kesalahan tatabahasa

4. Pilih accent digemari. 
Ok. I gotta admit this. Sebab accent lah menyebabkan saya lebih serious dalam bahasa english ini. Saya nak bercakap dalam British Accent dengan grammar yang betul. Tak nak lah cakap English tapi grammar tunggang langgang. Ada accent sendiri memang akan menaikkan confident anda untuk bertutur dalam bahasa English. Cari accent yang kena dengan anda. Mungkin American Accent? Irish Accent? Australian Accent? 

5. Menyanyi Lagu Inggeris 
Banyak lagu bahasa inggeris yang sedap didengar. Anda boleh buka laman web top40-charts com untuk melihat atau mengetahui lagu terbaru dari barat. Cuba dengar dan menyanyi bersama. Dari situ, tanpa anda sedari, anda telah belajar ayat baru, dan belajar pronounce ayat baru.

6. Belajar Vocabulary  
Cuba belajar 5 hingga 10 ayat baru yang anda tak pernah dengar seperti maleficent, malice, nostril, river bank, flames, bash, dash, crush, crack, insidious
dan lain-lain.

Saya rasa ini sahaja hobi yang saya amalkan untuk improve inggeris saya. Maaf jika ada penggunaan bahasa rojak di dalam post ini. Sebab saya Sarawakian, jadi tak semua ayat saya guna bahasa melayu. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Belajar Bahasa Inggeris Melalui Hobi"

Tips yang bagus ni...InsyaAllah akan dimanfaatkan, suka pula pasal cari accent sesuai tu, tak terfikir selama ni,asyik kagum dengan org yg ada accent je.

accent tu boleh belajar Mai. Saya suka dengar accent British. macam lebih polite dan versatile. Kalau tengok Adele atau Harry potter bercakap, memang cantik je tune mereka pronounce tu.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top