ANC Burger Batu Kawah Tempat Makan Best Kuching

ANC Burger Batu Kawah Tempat Makan Best Kuching Semalam Plan nak lepak makan di My Village Barok. Ye lah senang aku nak buat review makanan di My Village Barok. Atas sebab berfikiran logic. Malam semalam ialah PH.
Mungkin ramai orang bertandang ke restaurant tersebut lagi-lagi pelancong dari semenanjung. Jadi kami lupakan hajat untuk makan ke My Village Barok. P/s My Village Barok adalah tempat wajib pergi di Kuching Sarawak. Makanan yang harus diorder ialah Nasi Ayam Penyet dan Umai. Serious sedap. Sambal nye pedas. Minta extra kalau nak pedas. 

ANC BURGER BATU KAWAH

ANC BURGER was establish to create a more exciting food culture and to meet the demand for good burgers and services. We are a family friendly restaurant

Sebagai backup. Kami pun pergi ke ANC. Kedai Makan ANC Burger ni berhadapan dengan McDonald Batu Kawah sahaja. Lokasi agak senang diterjah. Lama sudah kedai ni beroperasi. Dan dah lama juga berhajat nak ke kedai makan ni. Tapi tu lah aku ni bukan peminat burger sangat. Biasa-biasa sahaja. 



So, apa juga ada dijual di ANC Burger? Semua pilihan menu adalah burger sahaja ya. Untuk side dishes cuma ada kentang sahaja. Bintang yang diberi? Kalau korang peminat burger beef. Aku memang suggest korang pergi sini. Beef dia boleh tahan sedap. Tapi burger ayam nya? Aku belum pernah order. Kawan-kawan ku order beef jugak. So aku tak tahu nak buat review tentang burger chicken dia. Mungkin sedap? 


Food presentation dah cantik dan gempak. Kalau beli ala carte/ burger sahaja. Lebih murah. Concept macam mcd. Kalau nak tambah air and french fries kena topup rm4.  The price and the portion of food is worth it.
Pekerja kedai memang peramah and friendly. Lepak-lepak santai disuggest pergi ke sini. Boleh tambah banyak lagi beverages seperti milo panas mahupun teh tarik. Mungkin sik cukup tenaga staff. Offer air dalam tin lebih cepat. Apa yang aku nak cakap lah rasanya memang mengalahkan MCD. untuk beef. Memang berbaloi baloi lah. So lepas ni, kalau rasa craving for mcd. Maybe aku akan direct pecut ke ANC burger je. Lebih berbaloi. 


Antara Menu Burger di ANC Burger. 

Burger Yang Aku Order. Fat Boy Slim.


BullsEye

Kalau nak tahu lokasi ANC Burger Batu Kawah Kuching ini boleh lah terjah facebook rasmi ANC Burger ini.
Location : DD 108,, Lor Persiaran Bandar Baru Batu Kawah 1A, Bandar Baru Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.  No telephone or contact no ANC Burger ini ialah 014-631 3376/ +0 82-572 554. Kedai makan ANC Burger ini beroperasi pada puku 5 petang sehingga pukul 12 malam. 


Jangan risau. Dijamin halal. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "ANC Burger Batu Kawah Tempat Makan Best Kuching"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top