------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

8 Makanan Mencerdaskan Otak Mudah Didapati.




Assalammualaikum wahai pembaca blog sekalian. Aku tahu mesti ramai yang sampai dekat sini sebab dalam minggu exam bukan? Mungkin exam upsr? Pt3? Spm? Mahupun taraf tinggi diploma mahupun degree. Penting memakan makanan yang boleh mencerdaskan otak kita supaya otak kita mudah menyerap apa yang kita nak belajar. Waktu aku study dulu, memang aku amalkan makan makanan dibawah ini untuk terus focus dalam pelajaran.  Jadi disini ada 8 makanan yang dapat mencerdaskan otak kita.

Ikan
Ikan memang amat baik untuk nutrisi otak kita. Di dalam isi ikan terdapat asam lemak omega 3. Asam lemak omega 2 ini banyak terdapat di ikan salmon. tuna, dan sardin. Jadi, kita bolehlah amalkan memakan ikan untuk otak yang cerdas. Sekarang zaman dah moden. Kita boleh beli minyak ikan yang dalam botol tu berbentuk capsule. Kalau nak amal Scott's Emulsion Original yang fish oil tu pun boleh jugak. Tapi rasa dia memang tak boleh jalan lah bagi aku. 

Pisang.

Hampir semua orang suka makan pisang. Pisang sangat baik untuk menutrisi otak kita. Satu pisang terdapat kalium dan magnesium yang berfungsi untuk transmisi saraf di tubuh serta otak kita. Pisang juga boleh menghindari rasa lapar. Kepada yang nak berdiet tu boleh jugak amalkan pisang kalau rasa perut tu sentiasa rasa lapar. 

Bayam.
Bayam sangat baik untuk otak kita. Di dalam bayam mengandungi vitamin B9 yang berfungsi untuk mengingkatkan kadar memori yang diperlukan untuk mecerdaskan otak kita. Tapi waktu study dulu aku jarang amalkan bayam. Atas sebab tak meminati sayur. 

Telur.


Telur sangat baik untuk nitirisi otak kita. Di dalam terlur mengandungi asam amino yang diperlukan untuk nutrisi otak kita. Ada orang cakap, telur separuh masak lebih elok dimakan pagi-pagi untuk kecerdasan otak. Tapi ada cikgu aku cakap dah tak elok makan telur ayam separuh masak sebab cell telur ayam tu ada yang masih active. Erk?

Alpukat.
Setahu akualpukat ni macam kiwi ataupun ciku. tak sure.  Buah alpukat juga sangat baik untuk nutrisi otak. Kerana buah alpukat ini mengandungi vitamin E. Vitamin E ini berfungsi sebagai antioksidan serta mampu melindungi otak dari penuaan diri.Teringat pulak terbaca dalam blog, pokok ciku adalah salah satu pokok yang berhantu. Boleh google lah senarai pokok-pokok yang berhantu. 

Brokoli.
Brokoli baik untuk otak.Brokoli mengandungi vitaminC, antioksidan dan betakaroten yang berfungsi untuk menjaga kesihatan otak.

Coklat.


Coklet baik untuk otak anda. Jadi, jangan jadikan coklat musuh abadi hidup anda. Coklat mengandungi Falvonoid yang mampu membentukan sel saraf baru pada otak yang menambah kemampuan menyimpan ingatan dalam memori otak. Kalau boleh makanlah dark coklet. Lebih sihat. Waktu exam, amer memang sentiasa mengambil coklet ini sebab coklet ini bagus juga untuk otak. Tapi pengambilan tak boleh berlebihan lah. 

Minum air masa yang mencukupi. 

Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air penting untuk menghantar oxygen yang mencukupi di otak kita. Sebab tu kalau rasa mengantuk di petang hari. Bolehlah minum air masak. Mungkin otak kita kekurangan oxygen yang menyebabkan kita merasa ngantuk. 

Bonus. Kismis dan Madu.
Jangan lupa untuk amalkan madu tulen dan kismis. Memang 2 benda ni terbaik untuk otak. Jangan tuang madu dekat sudu keluli tu pulak yer? Pakai sudu plastik untuk elak khasiat madu tu diserap oleh sudu keluli. Kismis, kalau boleh makan time pagi, time sarapan. Jangan makan waktu nak tidur, tak elok. 

Itu saja perkongsian amer pada hari ini.Kalau korang ada tips tambahan. Silalah share di bawah ok :D
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "8 Makanan Mencerdaskan Otak Mudah Didapati."

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top