3 Sebab Kenapa Susah Nak Kurus

Assalammualaikum blogger dan pembaca blog Amer sekalian. Hari ini saya nak kongsikan 3 Sebab Kenapa Badan Susah Nak Kurus. Padahal dah buat banyak exercise, dah buat senaman yang banyak, dan dah jogging setiap hari. Saya pernah mengalami situasi ini dimana saya juga mengamalkan Fat Burner Mega 2.0 tetapi masih juga tidak kurus. Jadi disini saya akan kongsikan 3 sebab mengapa berat badan kita susah nak turun
3 Sebab Kenapa Susah Nak Kurus
3 Sebab Kenapa Susah Nak Kurus 


1. Tidak Sarapan Pagi. (BREAKFAST). 

Saya terpaksa besarkan word breakfast itu sebab kebanyakkan orang yang nak kurus ini memang tak suka nak breakfast. Tahulah perasaan nak kurus tu berkobar-kobar, anda pun terus rasa nak diet. Nak makan tapi takut gemuk. Pernah dengar istilah breakfast like a king? Sarapan waktu pagi penting untuk memberi tenaga yang mencukupi kepada badan untuk membakar lemak. Jadi, jika tiada makanan, macam mana badan nak ada tenaga untuk membakar lemak? Tidak mengambil sarapan pagi juga boleh menyebabkan anda mudah merasa lapar. Atau istilah lainya famish. Famish ini bahaya kerana anda akan lebih cenderung untuk makan lebih banyak daripada pengambilan makan anda setiap hari. Jadi disini saya syorkan untuk makan telur dan oat diwaktu awal pagi. Dua makanan ini paling terbaik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan dalam badan. Telur juga akan membuat anda sentiasa berasa kenyang sepanjang hari. Terpulang kepada anda hendak mengambil berapa bijik telur. Tapi paling bagus sebiji telur. Kalau anda seorang yang nak bina badan. Bolehlah mengambil telur rebus dalam kuantiti yang banyak seperti 2 ke 3 telur. Makan telur berlebihan juga tidak bagus kepada badan.

2. Tidak Memberi Badan Berehat. 

Saya tahu semangat nak kurus berkobar-kobar. Jadi anda pun buat exercise siang pagi dan malam. Sebab nak kurus dalam masa terdekat. Percayalah badan juga perlukan rehat. Anda juga perlu memberi masa untuk rehat kepada badan. Waktu anda berehat, badan juga membakar lemak tanpa anda sedari. Bagilah masa untuk badan berehat, untuk badan membina muscle, dan memulikan tissue badan yang tercedera sewaktu anda melakukan exercise berat. 


3. Makan Waktu Malam 

Sebab yang ketiga. Makan berat waktu malam. Ramai yang masih tak percaya yang makan malam boleh menyebabkan masalah kegemukkan. Badan lebih cepat gemuk jika kita makan waktu malam sebab metabolisma badan di waktu malam kurang aktif. Metabolisma ialah sistem badan yang membakar lemak berlebihan di dalam badan. Disebabkan metabolisma badan kurang di waktu makan, makanan yang anda makan di waktu malam akan disimpan terus menjadi lemak lebihan. Itulah sebab badan susah nak kurus. Saya banyak melihat kawan saya yang makan banyak selepas melakukan senaman. Kalau makan tepat pada waktunya tidak apa. Tapi kalau makan berat waktu pukul 9 hingga 12 malam memang susah lah nak kurus. Kena makan 4 jam sebelum tidur. 



Saya harap 3 sebab ini dapat dibuang jauh-jauh dalam hidup anda jika nak kurus cepat. Kepada lelaki, badan anda memang mudah untuk kurus sebab badan lelaki metabolisma mereka tinggi sebab badan mereka ada lebih banyak muscle. Boleh juga baca artikel saya yang lain mengenai cara kurus ini. Cara Cepat Kurus Dalam Masa 2 Hari?.Sekarang saya lebih mengamalkan cara kurus orang malas dan berkesan. Saya juga suka mengamalkan minum air detoks lemon untuk kurus
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "3 Sebab Kenapa Susah Nak Kurus "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top