------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

3 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2017

Untuk kali ini aku nak buat posting tentang Cara Mudah Buat Duit Online Tanpa Modal atau Wang Sendiri.. Mesti ramai antara kita sudah pun mendengar ramai orang atau blogger mahupun trader dapat side income dari dunia internet ini. Ramai yang sudah berjaya. Ramai yang dah keluar dalam tv menceritakan kejayaan mereka dalam dunia internet. Cara menjana duit dalam dunia internet boleh dibelajar di youtube mahupun di blog-blog kerana para blogger tidak kedekut untuk kongsi cara mereka menjana duit online. Ilmu tentang menjana duit melalui internet ini memang luas. Jadi anda kena letakkan penuh dedikasi dan juga menanam minat dalam menjana duit dalam dunia internet ini.

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 

Jika anda hanya ingin mengikut trend semasa untuk menjana duit di internet, lupakan sahaja. Kerana menjana duit online ini perlu kesabaran yang tinggi dan perlu kreatif juga. Tips jana duit online yang saya kongsikan ini boleh dibuat dari rumah sahaja. Nak cakap tips ni cara cari duit cepat? Tak juga, perlu ambil masa juga macam menanam sayur dan buah-buahan. Kena tunggu ia tumbuh dan buah nya masak dahulu sebelum memetik buah atau sayurnya. Dibawah ini saya akan kongsikan 3 cara mudah untuk jana duit online tanpa modal


Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 


Jana Duit Dengan Blog . 

Cara pertama untuk buat duit online ini ialah dengan berblogging. Tahukah anda melalui blog sahaja anda boleh menjana pendapatan?  Mesti anda sudah tahu dunia blogging ini memang banyak memberi duit kepada mereka yang rajin menulis. Semua orang boleh berkecimpung ke dalam dunia blog. Cuma, tidak semua orang pandai membahagi masa untuk berblogging. Sumber-sumber pendapatan melalui blog memang banyak, bermulalah dari sistem PPC atau Pay Per Click, Links Sales, Review, Affliate dan bisness e-book. 

Saya tahu dunia blogger ini memang meluas. Sukar untuk mereka yang baru nak belajar dunia blog ini untuk terjun ke dunia blog. Tapi semua orang mula dari bawah. Jadi, anda juga boleh mulakan membina blog dan kongsikan cerita anda atau tips yang anda tahu di blog anda. Jom belajar bina blog. Untuk blogger permula, saya cadangkan anda untuk mendaftar diri di periklanan nuffnang. Selepas itu, kalau rasa blog anda pageviews sudah menaik dalam 100-300. Anda sudah boleh apply account adsense. Periklanan Adsense memang membayar mahal untuk setiap click iklan. Yang paling best tentang adsense ini ialah, pendapatan kita dibayar dengan nilai matawang USD. Cuba tukar 1usd ke RM. Katakan sehari kita berjaya menjana 1usd. 10 hari kita sudah berjaya menjana 10usd. 

Sebelum anda active dalam dunia blog. Eloklah anda elak untuk membuat posting yang boleh menyebabkan blog anda direject oleh syarikat pengiklanan adsense. Macam mana nak elak permohonan account adsense anda direject atau ditolak? Baca article ini Rahsia Lulus Account Adsense Cepat Dan Mudah. Jika anda ketandusan idea nak buat post apa dalam blog anda, anda juga boleh refer atau rujuk entry saya ini, entry saya ini memberi idea post yang bagus untuk anda kongsikan dalam blog anda dan juga dapat memberi pendapatan yang bagus jika anda post entry berkaitain dengan idea yang saya share itu tadi. Boleh rujuk di sini : Niche Blog Menguntungkan Untuk Adsense untuk 2017.

Jika blog anda memiliki pageviews yang tinggi. Tidak mustahil ada syarikat jual beli online seperti lazada, zalora, dan sewaktu dengan nya ingin bekerjasama dengan blog anda untuk periklanan. Mereka mungkin berminat untuk beriklan di blog anda dan sanggup untuk membayar anda untuk mengiklankan produk mereka. Depend atau bergantung dengan kehendak mereka. Mungkin mereka akan bayar RM100 untuk satu review tentang produk mereka.


Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 

Buat Video Dengan Youtube.

Cara kedua menjana duit online ini ialah dengan menggunakan youtube. Ramai orang Malaysia sekarang sudah active dalam dunia youtube untuk membuat vlog (video log). Tapi, tak semua mereka tahu yang mereka juga boleh menjana income melalui youtube. Sayangnya. Pekara mudah yang perlu anda lakukan untuk mendapat income melalui youtube adalah mendaftar youtube account anda di google adsense. Banyak tutorial mengajar cara untuk apply atau mendaftar adsense account for youtube. 

Jika anda tiada idea nak post video apa di youtube account anda. Anda boleh post cara memasak ikan talapia 4 rasa. Anda juga boleh post cara membaiki laptop. Anda juga boleh post cara mencuci aircon dengan betul. Anda juga boleh post cara memakai necktie dengan betul dan mudah. Anda juga boleh post beberapa hack atau cara senang untuk membersih kereta, kipas, microwave dan sewaktu dengan nya.

Anda kena bijak membuat title video anda. Buatlah title yang mengundang atau membuatkan orang mahu click video anda. Sebagai contoh, cara atau trick ikat necktie/tali leher 15 saat sahaja. Mesti orang akan curious/ingin tahu betulkah dalam masa 15 saat dapat ikat necktie? Anda juga boleh letak cara kupas bawang merah 1 minit. Lagi mengundang curious atau perasaan ingin tahu orang ramai. 

Apa yang saya dapati, video permainan kanak-kanak seperti lego, mainan kereta, mainan kapal terbang dan sewaktu dengan nya memang mendapat views yang banyak. Ini mungkin disebabkan budak-budak mereka banyak meluangkan masa di youtube. Selepas tonton cerita cartoon upin-ipin mesti ada suggestions video lain tentang mainan keluar di tepi video upin-ipin itu tadi. Jadi jika anda seorang ibu-bapa yang memiliki banyak mainan anak-anak yang best seperti hotwheels dan tracks hot wheels. Bolehlah share di video youtube. Sebagai idea, anda boleh buat video cara memasang litar track lumba hotwheels atau cara memasang lego star wars. 

Nak edit video mudah? Belajar guna window media marker. Window media maker ialah software yang selalu ada dalam laptop kita (jika pengguna microsoft) dan software iniadalah software edit video paling mudah untuk digunakan. Jika anda creative, dengan menggunakan window media maker sahaja video anda boleh kelihatan gempak. Jika anda nak buat topic atau video yang boleh generate atau memberi banyak income, atau bolehlah membuat video berkenaan dengan topik ini. Senarai topik yang memberi pendapatan yang banyak. Topik itu untuk blog, anda boleh innovasikan topik itu ke vlog anda. 

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 

Pelaburan Saham dan Forex Trading

Cara terakhir yang saya lakukan untuk menjana atau buat duit online ialah dengan trade forex. Tips yang terakhir ialah Pelaburan Saham dan Forex Trading. Ramai yang takut untuk menceburi bidang trading ini. Sebab risiko dia tinggi. Eh kejap? Tadi saya cakap buat duit tanpa modal bukan? Ya, untuk pemula dalam dunia trading, XM.COM, akan memberi duit kepada anda sebanyak RM134 atau 30USD untuk anda mula melabur. 

Saya sudah menggunakan duit itu waktu saya mula melabur dahulu. Macam mana saya belajar trading? Saya hanya ikut kelas di youtube sahaja. Percuma. Youtube boleh mengajar anda macam-macam. Jika anda ingin daftar diri menjadi seorang trader, bolehlah daftar diri anda di XM.COM. Selepas mendaftar mereka akan deposit RM134 ke account forex anda. Duit itu hanya untuk anda trade forex. Dan duit itu tidak dapat di ambil dan transfer ke bank account anda. Cuma duit yang anda untung atau profit dalam dunia forex sahaja boleh di transfer ke bank account anda. 



Ramai trader sekarang cuma menggunakan telephone bimbit mereka sahaja untuk berdagang atau trade. Dalam sehari, jika pandai anda boleh jana 10usd hingga 20usd untuk beginner.  Dunia forex amat meluas, jadi saya cadangkan anda untuk belajar di youtube dahulu. Selepas anda mahir cara membeli dan membuat sale di trade forex. Anda bolehlah start follow video Geo Azrul. Dia akan mengajar anda cara menggunakan trade forex fibo musang, bbma Oma Ali, dan sewaktu dengan nya.

Selain dari teknik trade diatas, jika anda rasa malas untuk belajar teknik-teknik tersebut. Anda boleh mengikut signal dari group-group facebook yang berkongsi signal trade. Ada yang mahir membaca trade akan berkongsi signal mereka di group-group forex facebook. Jika mereka yang mahir trade tahu masa sesuai untuk membeli atau menjual saham, mereka akan kongsikan signal ke dalam group facebook itu tadi. Selain group facebook, di telegram juga ada group yang akan kongsi signal trade. Anda boleh cari forex signal group Malaysia di facebook. Nama groupnya ialah Signal, Analisa & Berita Forex Percuma.


Jadi itu sahajalah perkongsian saya untuk tips dan cara jana income atau pendapatan online tanpa modal. Sebenarnya banyak lagi peluang membuat duit dalam dunia internet ini, tetapi 3 cara diatas sahaja paling mudah dan senang tanpa guna duit pun untuk menjana duit. Selepas ini saya nak berkecimpung dalam dunia youtube. Masih lagi ketandusan idea nak buat video apa. Kena belajar dulu cara effektif buat video yang boleh memberi banyak views ataupun tontonan.


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "3 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2017"

Terima kasih atas perkongsian.. Banyak pula cara nak buat duit online ni kan? antara nak dan tak nak je.. Semoga sukses selalu :)

tu la. blog aawak kenapa tak dapat nak comment ?

BRO, AJAR SY BUAT FOREX

maaf. saya belum expert dalam dunia forex. saya hanya trade ikut signal otai sahaja. maaf sekali lagi.

as salam..thanks for sharing...jika ade yg berminat nk trade forex boleh hubungi sy bila2 msa..24/7...melalui whatsapps 0199586256

Terima kasih di atas info nya tuan... jom kita gunakan teknologi canggih buat duit... 👍

Saya masih gagal lagi nak dapatkan akaun google adsense , harap ada tukang buat akaun ni, senang sikit

Macam 1 & 2 tu okeylah tapi buat duit dgn forex tu biz guna modal bang..ingatkan free.

Macam mana nak daftar dengan nuff ang?

Assalamualaikum. cara terbaik buat duit dengan blogger.co m bagaimana?

Saham dan forex tu saya tak pernah cuba lagi. Kalau nak buat kena ada ilmu yang cukup baru boleh berjaya.

Salah satu cara online adalah menerusi questra world dan AGAM. Dari cni kita boleh convert dgn bitcoin utk transaksi sah tanpa sempadan. Pindahan kurang 10minit. Hanya register n aktifkan akaun.

Buat duit Secara online Tanpa sebarang modal Sila Pergi ke link ini
http://sms.protask.site/?ini_ref=262164

Saya blogging guna adf.ly, register free, tapi tak akan kaya2 pun hehehehe
https://join-adf.ly/481411

3 benda di atas tu memang boleh buat duit... tapi kena rajin la.. bukan hari ni buat esok terus dapat duit..
saya pernah buat duit melalui blog je, youtube dengan forex tak pernah.. nak kena belajor... blogging pun dok merangkak lagi.. huhu... Nice post

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top