------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Pengapit Pengantin Lelaki Raja Sehari


Post ini aku nak share tentang aku yang pertama kalinya menjadi pengapit pengantin. Aku nak share sikit pengalaman menjadi pengapit pengantin ini. 


Sabtu yang lalu. Kakak kepada kawan aku kahwin. Aku jarang menghadiri majlis-majlis kenduri kendara sebab entahlah sebab memang tak suka tempat ramai orang. Aku hanya pergi bila ada kawan-kawan rapat pergi sekali ataupun ada majlis perkahwinan cousin mazen aku yang aku rasa aku rapat je aku akan pergi. Sebulan yang lalu aku sudah berfikir nak ajak kawan-kawan sama tema baju untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak kawan ku ini. Tapi tak sangka pula 3 hari sebelum majlis perkahwinan. Aku disuruh menjadi pengapit pengantin. Serious aku cuba cari alasan untuk escape tak nak jadi pengapit sebab tak pernah jadi pengapit. Tapi disebabkan kawan rapat. Tak sampai hati pulak aku nak melarikan diri. Jadi aku kata ya sahaja. Memang bindang terjun punyalah. Sepanjang aku menghadiri majlis perkahwinan orang lain, takde pulak masa aku nak tengok ragam pengantin mahupun ragam pengapit. Sebagai balasan nya? Disuruh menjadi pengapit last minit. 

Ok aku tak nak membebel panjang-panjang. Aku nak kongsikan kat korang yang pertama kali menjadi pengapit. Apa perlu buat kalau jadi pengapit?. Barang-barang yang perlu ada dibawa ketika majlis. 




Baju Pengapit  
Baju pengapit lelaki dan pengapit perempuan haruslah tak jauh warna nya. Jangan sorang warna pink sorang lagi warna kuning. Memang tak match lah. Pastikan baju pengapit match dengan baju penganten. Kalau nak selamat , ambil warna hitam mahupun silver. Baju aku baju pinjam. Nasib baik muat. Kalau tak? Plan aku next year, mesti ada tema baju melayu warna hitam. Perlu sangat. Macam banyak event je perlu guna baju hitam. Makesure baju pengapit tak sama color dengan baju pengantin. Kalau tak? faham-faham lah sendiri. Sportlight untuk pengantin ye.




Datang Awal Ke Lokasi 
Ko kena datang awal ke majlis perkahwinan itu. Kalau boleh ikut sekali pengantin tu pergi ke makeup. Tapi aku terus ke Dewan Kompleks Islam Baitumal Kuching Sarawak tempat persadingan. Dan duduk sementara menunggu pengantin. Aku sempat mengatur samping aku. Agar tak ketara sangat singit. Cara atur samping pun aku kena revise dalam facebook (Tutorial Samping Johorean Hipster Style) sebab last aku pakai samping time raya aidilfitri. Jadi dah lupa. 




Tahu Tugasan Sebagai Pengapit
Aku pun tak tahu apa tugasan pengapit sebelum ini. Aku rasa macam tiada function. Just senyum je kat depan abaikan pengantin hahahaha. Aku ingat nak jadi patung je tapi aku tak sampai hati. Jadi pengapit kau kena bijak. kalau nampak je muka pengantin nervous je. Ajak mereka bersembang. Lepas tu jangan lupa suruh pengantin senyum sebab pengantin nervous lupa pulak nak senyum. Kalau pengantin berpeluh lap-lap kan peluh pengantin. Cara lap perlu ada. Dap-dap. Takut makeup pengantin rosak dibuatnye kalau salah cara lap. Waktu pengantin nak duduk atas kerusi pengantin, makesure alas kerusi sudah dijatuhkan. Selalunya ada cushion atas kerusi pengantin. Better tanya awal dengan keluarga pengantin. Cushion tu untuk alas duduk ke atau letak atas riba. Waktu makan beradat, makesure korang tolong tarikkan kerusi untuk pengatin dan tolak kerusi waktu pengantin nak duduk. Layan mereka macam raja betul-betul lah yer hari tu. Waktu pengantin makan kek. Selalunya tangan pengantin akan kotor. Korang berlakon lah macam ada bekas-bekas kek di tangan pengantin tu dan korang cuba bersihkan dengan tissue. Takdalah korang macam berdiri macam patung kat atas tu. Haha. Selain itu juga, kalau pengantin ada bawa parang haha Keris, korang boleh tolong pegangkan keris waktu pengantin duduk. 

Bawa 1 Pek Kecil Tisu.
Tisu adalah benda wajib ada dengan korang sewaktu menjadi pengapit. Kegunaan tisu adalah untuk lap peluh pengantin yang gabra lagi-lagi kalau tempat tiada aircon. Selain itu, tisu tu berguna juga waktu pengatin kerat kek dan bersuap kek antara pasangan. Takkan nak guna kain buruk lapkan tangan pengantin.

Senyum Lah Selalu.
Sentiasa senyum. Jangan muram. Kau atas pelamin. Semua mata melihat pengantin and tak mustahil mata juga ke arah pengapit. Jadi senyum. Pengantin dah manis senyuman tapi pengapit muka ketat memang potong stim je. Walaupun kau rasa penat berdiri lama. Makesure muka korang senyum. Korang kena ingat, lensa camera berkerja 24 jam waktu persadingan. Takkan nak muka ketat masuk gambar atau live streaming. 

Jaga Penampilan Pengantin  
Ini hari bahagia dan hari besar pengantin. Kau perlu focuskan pengantin dari diri kau sendiri. Jangan selfish lah kan. Nak lap peluh sendiri je taknak lap peluh pengantin biar makeup pudar. Kalau rasa cara duduk pengantin macam tak betul. Betulkan. Actually aku tak tahu cara duduk pengantin yang betul. Nanti lah aku timba lagi ilmu. Lepas tu, kalau muka pengantin ketat atau nervous.  Ajak mereka berbual. Ranjin-rajinkan melihat pengantin dan lihat apa yang tak kena. Betulkan jika ada yang tak kena. Macam tengkolok tersingit ke. Atau rantai pengantin lelaki terbalik ke. (Sila rujuk gambar untuk lihat rantai pengantin lelaki). Banyak lagi korang kena concern atau betulkan seperti kain pengantin tersangkut ke, butang baju tersalah ke, sampin senget ke dan lain-lain. Makesure pengantin kelihatan cantik dan handsome sepanjang majlis.

Aku rasa tu je tips aku nak share kan kot. Majlis ini diadakan di dewan. Jadi agak teratur sikit. Jadi sebagai pengapit aku tak rasa penat sangat. Sebab sekejap je. Tak lama. Kalau majlis perkahwinan diadakan di rumah. Aku rasa agak chaos sikit lah. 

Dan, lain rasanya menjadi pengapit kepada stranger. Completely stranger. Haha. I'm sorry fiq if you read this post. I really don't know who's your brother-in-law are. I even ask someone to stalk him for me. At least I know something about him so that I've idea what to talk when I stand beside him at the bridal dais/pelamin. But, thanks god he's quite friendly and he really thanks me because willing to become best man although it's quite last minute. Usually, the groom will selects his best pal to serve as groomsmen. So, I ask him where is his best friend. Well, his friend  met with an accident, he said. 


So, alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar. Dan family shafiq pun berpuas hati(satiesfied ke). Jadi saya pun lega hati. Takut-takut je mencacat gambar perkahwinan kakak kawanku iaitu Shafiq's sister. 


Kawan-kawan aku banyak pulak gelakkan aku waktu aku jadi pengapit kat atas. Ye la tengok ragam orang first time jadi pengapit. Memang agak nervous. Tapi nervous aku dapat dibuang sebab aku dah biasa berdiri depan orang ramai. Aku just blur tak tahu nak buat apa je. Nasib baik pengapit perempuan ada. Aku just tanya je, Mah, cushion ni nak jatuhkan ke? Imah, dah makan ke belum? haha. 

To Finas and his beloved husband Daus Omar, Congratulations on your wedding . Wishing you two a lifetime of happiness. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat. Harap satu hari kelak kitak duak akan jumpa post nikah kitak duak tok rah blog amerjaya tok. Resepsi Majlis Perkahwinan #finazfirdaus 

Hadiah dari pengantin kepada diriku. haha. Makan lah kau sampai kenyang. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tips Pengapit Pengantin Lelaki Raja Sehari "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top