Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017

Hari ini aku nak share sedikit sebanyak pengalaman, experience, kisah, mahupun tips semasa menjalani temuduga/interview askar Pegawai Kadet Graduan 2017 selama 3 hari di Kem Semenggo Kuching, Sarawak. 
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017

Assalamualaikum pembaca blog. Hari ini aku nak share pengalaman aku menghadiri interview Pegawai Kadet Graduan 2017. Interview ini berlangsung selama tiga hari dari 26.11.2016 hingga 28.11.2016. Aku akan kongsikan kepada korang apa yang telah aku lalui sepanjang 3 hari itu. 

Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Apa benda lah yang aku bawa banyak sangat ni.

Dokumen yang perlu dibawa ketika menghadiri temuduga 
Yang ini korang boleh baca dalam borang yang diberi oleh pihak ATM di laman web semak status permohonan. Anda dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang ASAL bersama sesalinan fotokopi seperti berikut:(Kegagalan membawa dokumen asal menyebabkan anda tidak layak mengikuti ujian dan temuduga (gagal)). 

a. Mykad (Jika kad pengenalan sementara, perlu mendapatkan
pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

b. Sijil Kelahiran/Surat Beranak. 

c. Ijazah.

d. Transkrip Akademik. 

e. Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf.

f. Sijil Berhenti Sekolah.

g. Sijil-sijil pencapaian akademik dan ko-kurikulum. 

h. 4 keping gambar berukuran pasport terkini.

i. Filem dan laporan X – Ray dada (Laporan hendaklah disahkan oleh
pakar radiologi).

j. Surat pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik oleh JPA kepada
penuntut IPTS/Luar Negara.  (Kegagalan membawa surat pengesahan akan
menyebabkan anda GAGAL untuk dipilih. 

Pakaian Yang Perlu Dibawa semasa temuduga Pegawai Kadet Graduan 2017
Anda dikehendaki membawa pakaian yang secukupnya untuk keperluan sepanjang pemilihan. Peraturan berpakaian adalah seperti berikut: 
a. Melapor Diri. 
(1) Lelaki. Baju lengan panjang berwarna cerah dan bertali leher, seluar slack warna gelap (seluar jeans atau kain jenis jeans tidak dibenarkan), kasut kulit hitam bertumit dan stokin gelap serta potongan rambut pendek dan kemas. 
(2) Wanita. Baju kurung dan bertudung bagi yang beragama Islam dan bersesuaian (baju kurung atau kasual) bagi yang bukan beragama Islam, kasut sarung bertumit berwarna gelap dan stokin.

b. Ujian Bertulis. 
(1) Lelaki. 
(a) Baju kemeja lengan panjang (warna cerah). 
(b) Bertali leher. 
(c) Seluar Slack (warna hitam/gelap). Seluar jeans atau kain jenis jeans tidak dibenarkan.
(d) Kasut kulit hitam bertumit dan stokin berwarna gelap. 
(2) Wanita 
Baju kurung dan bertudung. Bagi yang bukan beragama
Islam baju kurung atau yang bersesuaian. 

c. Ujian Jasmani/Perubatan. 
(1) Baju T – Shirt putih berkolar (bagi perempuan lengan panjang)
(2) Seluar ̔Track Suit’.
(3) Kasut sukan dan stokin putih. 

d. Anda juga dikehendaki membawa pakaian untuk menunaikan solat dan kelengkapan lain serta keperluan harian sepanjang pemilihan dijalankan. 

BARANG-BARANG BERHARGA 
Keselamatan barang berharga termasuk wang tunai, telefon bimbit adalah tanggungjawab sendiri. Penggunaan telefon bimbit di sepanjang sesi pengambilan adalah dilarang sama sekali. Dokumen, sijil-sijil dan mykad anda akan disimpan oleh Sekretariat Pemilihan sehingga tamat pemilihan.

ALAT TULIS
Alat tulis seperti pensil, pen, pemadam dan pembaris hendaklah dibawa secukupnya. 

SAJIAN DAN TEMPAT PENGINAPAN 
Sajian dan penginapan akan disediakan oleh pihak ATM secara percuma sepanjang pemilihan. Calon perlu membawa cadar dan sarung bantal untuk kegunaan sendiri. Calon juga digalakkan untuk membawa seterika bagi kegunaan sendiri.



Hari pertama: 26 November 2016. 
Hari pertama aku datang lewat. Sepatutnya lapor diri start pukul 8. Aku sampai sana dalam pukul 8.15 macam tu. Takde lah lambat mana. Just aku rasa macam tak discipline je kalau tak datang on time. Ada gang datang lambat. Afief dengan Nas. Time aku sampai kem transit 671 kuching. Ada seorang pegawai lead aku pergi ke dewan berdekatan. Dekat dalam dewan tu ada ramai dah calon-calon yang sampai awal. Cuak aku wei. 

So benda pertama kena buat ialah register diri. Time register tu bawa ic, sijil lahir, transcript degree, sijil degree, dan sijil spm. Lepas je register. Staff dekat counter register tu akan bagi nombor sebagai pengenalan diri kita. Contoh nombor ialah swk710.

Lepas register. Semua calon akan ditimbang berat, disukat tinggi, check blood pressure. Blood pressure aku gila tinggi pagi tu. Aku tak tahu apa benda lah yang buat aku nervous sangat pagi tu. Mungkin datang lewat kot.  First bacaan aku tinggi. Orang yang check bp aku suruh aku duduk dulu tenangkan diri. Yang aku masih ingat senasib dengan aku ialah Jol membei, Nas gemuruh, dan afief(tersingkir). 

Alhamdulillah second bacaan aku lepas.  Lepas bacaan blood pressure. Aku kena test mata. Tengok mata aku ada rabun ke tak. Tips, kalau boleh jangan tekankan cupboard dekat mata takut mata korang kabur and susah nak baca word perkataan yang ditunjukkan oleh staff di hadapan korang. 

Dah lepas test mata. Ada test buta warna pulak. Test ni serious senang sekali jalan je. Lepas tu ukur lilit badan. Kalau lelaki kena buka baju. Nak tengok kau ada dada badang ataupun dada burung. 

Dah lepas je semua test. Ada yang tersingkir. Mana yang berjaya diberi borang untuk diisikan. Borang itu terdiri daripada borang minta kerja atm, borang kesihatan, borang gigi, dan lain2. 

Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Muka Happy Selepas Pemeriksaan Kesihatan. Dalam Truck 3 Tan

Elok je isi borang. Kami pun dibawa pergi ke klinik keluarga askar yang agak jauh dari kem transit dengan menggunakan truck 3 tan. Tinggi wei truck tu. 

Dekat klinik keluarga atm. Kau akan dicheck dari kepala sampai kaki. Serious aku cakap. Jadi ready je awal. 

1. Saringaan air kencing
2. Check darah 
3. Check gigi 
4. Check kaki, tangan bengkok ke tidak
5. Check kemaluan dan bontot. Nak tengok ada buasir atau ada hernia (angin pasang)

Kalau lepas semua. Alhamdullilah. Tiada lagi penyingkiran selepas ini.  

Lepas je semua medical check up and check gigi. Kami pun disuruh untuk membuat aktiviti seperti berlari, pumping, push up, dan lain-lain. Tujuan aktiviti itu sebab dorang nak check kita punya denyutan nadi. Siapa yang ada asthma tu memang kantoi lah. 

Lepas aktiviti check nadi. Kami pun balik ke kem 671 transit. Makan-makan kat dalam dewan dan disuruh pergi ke hostel untuk berehat dan mandi. Dorm serious selesa. Aku tak sangka dorm dia selesa gila camtu. 


Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Dorm Lelaki Yang superb Selesa. 

Pada sebelah malam pula, Kuching ada gangguan elektrik sekejap. Heaven lah bagi kami boleh dudok lepak lama-lama. Tak lama lepas tu bekalan elektrik dah ada balik. Kami pun disuruh menduduki ujian iq, ujian merancang, dan lain-lain. Serious susah gila ujian dia. Aku yang dah belajar sejarah, geography pun masih terkial-kial* (struggle) menjawabnya. 

Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Black Out. Kita Sembang Minum Kopi Je la.
Tapi alhamdulillah kami dapat menjawab dengan jayanya. Ingatkan lepas habis peperiksaan. Kami diarahkan balik tidur. Jangan bermimpi lah. Captain (x nak mention nama)  tahan kami.  Dia suruh kami perkenalkan diri. Dia tanya kenapa nak jadi askar. Lepas tu dia tak puas hati dia suruh siapa-siapa volunteer berlagu. Sorang pun tak nak. Dia start marah sebab attitude kami teruk sebab tak nak berlagu. 

Macam-macam hukuman lah buat malam itu. Seperti pumping, dan hukuman selainya aku tak tahu nak mention apa namanya. aku conclude kat sini dia guna hukuman palapes. Malam ini juga dia pshyco minda kami. Dia cakap dia nak 4 orang tarik diri sebab nak tengok kekuatan mental kami. Jadi adalah seorang calon ini menarik diri atas sebab yang aku tak nak ceritakan. Itu pilihan dia. Sedih pula aku mengenangnya. So dah layan macam-macam hukuman. Kami pun disuruh bersurai pada pukul 4 pagi.                        

Hari kedua. 27.November.2016 
Hari kedua kami disuruh pakai baju sukan. Sebab pagi tu sepatutnya ada larian 3.2 km dan latihan kepimpinan. 

Nak dijadikan cerita pagi tu hujan lebat. Jadi aktiviti tu dibatalkan. Kami diarahkan untuk menukar baju formal sebab digantikan kepada ujian public speaking atau ujian pengucapan awam. Time public speaking. Cuak juga sebab lama gila aku tak speaking. Tapi alhamdulillah. Panel yang test public speaking kami cakap kumpulan kami bagus. Aku amaze dengan sorang budak ni sebab dia ada slang American. Slang tu bukan dapat dibuat-buat. Kena ada good grammar and confident jugak. Bukan slang tapi accent. 

Lepas je test public speaking. Kami didedahkan persediaan menghadapi interview dengan lembaga atm. Orang-orang tertinggi dalam atm datang interview kami. Jadi tuan penyelia ajar cara perkenalkan diri, cara masuk dalam bilik interview, cara bagi command, semua ada tertib sendiri. Memang penun istiadat ketenteraan lah interview ini. 

Lepas je tuan penyelia habis briefing pasal interview lembaga untuk esok hari. Kami pun diarahkan untuk mengemas dan mengatur bilik interview. 

Lepas dah habis atur susunan meja dalam bilik interview. Kami disuruh balik ke dorm untuk tidur berehat sekejap untuk larian 3.2km sebelah petangnya. 

Petangnya. 
Larian 3.2km diadakan. Bagi lelaki, siapa yang habis larian 3.2km dalam masa 18 minit ke atas dianggap gagal. Manakala untuk perempuan pula siapa yang habis larian 3.2km atas 20 minit dikira gagal. So aku hanya mampu berlari 3.2km  dalam masa 18minit cun. Haha aku tak tahu lah atas ehsan dorang ke apa. Tapi memang aku pecut lah waktu nak sampai ke garisan penamat. 

Lepas je larian. Kami disuruh menjalani ujian tempuh halangan. Macam-macam lah ujian ketenteraan kami lalui. Seperti ujian melompat dari tempat tinggi, ujian panjat dinding yang tinggi, dan berjalan atas papan yang tak berapa nak stabil. Dan bergayut di monkey bar.

Selepas tamat semua latihan ketenteraan itu kami pun dibagi dua kumpulan untuk ujian kepimpinan. Aku tak nak share apa ujian itu. Kasi surprise sikit kat korang. Team yang hebat lagi terbaik ialah team yang diketuai Saidina Ali. Mereka lebih terancang dalam menjalani ujian kepimpinan ini. Tapi group kami pun tak kurang hebat nye. Just nasib kami je yang jadi tikus makmal sebab kami jadi team first memulakan ujian kepimpinan. Jadi group ke-2 ada masa banyak sikit untuk berbincang. Ye tak? hihi apa2pun group saidina ali memang awesome. Yang penting asal sampai ke destinasi sahaja.

Sudah habis semua ujian. Kami semua dipanggil  ke kawasan monkey bar. Di bawah monkey bar itu ada takungan air belumpur. Pergawai yang bertugas mengarahkan kami untuk menyelam seratus peratus ke dalam air lumpur tu. Memang terpaksa selam lah ye. Siapa yang sayang baju putih tu menangis tak berlagu je la.
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Muka Happy Selepas BeRendam Dalam Air Lumpur

Selepas habis aktiviti mandi lumpur, kami disajikan makanan kudapan petang hari dan air teh halia. Selepas itu kami diarahkan balik ke dorm dan mesti ada di dewan pukul 8. 

Malam. 
Datang ke dewan dengan penat satu badan. Kami dikejutkan dengan test lagi. Test apa kah itu ? Boleh tak aku tak nak share. At least ada sikit kejutan kat korang. Test English, test physic macam tu, test flight tentang aviation camtu. Aku tak nak terang lebih detail. 

Lepas itu kami dipanggil ke bilik interview untuk raptai interview lembaga esok hari. 

Lepas habis raptai kami disuruh pergi ke dewan semula. Ingatkan lepas ke dewan sekejap kami disuruh balik ke dorm untuk tidur awal sebab ada interview esok hari. Sekali lagi aku nak cakap. Jangan bermimpi. 

Kami dibagikan ke pada 4 kumpulan. Setiap kumpulan kena buat 1 persembahan dan menyanyi 2 lagu. 

So, kami pun berbincang dengan lajunya sebab dorang tak bagi banyak masa untuk berbincang. So lagu , aku pilih lagu favourite kareoke aku lagu memori berkasih. And satu lagu lagi dari jol menbei. Dia nak kami satu group nyanyi lagu kau ilhamku. So kami pun mempersembahkan persembahan cerita pendek kami yang tiada isi langsung. Asal buat persembahan je sudahlah. Lepas itu nanyi dua lagu. Diikuti group lain. Dah habis semua group buat persembahan. Ingatkan dah boleh balik. Hmmm jangan bermimpilah merr. 

Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Nas buat apa tu ? Haha. Lain Kali bawa speaker siap-siap. Aktiviti Menyanyi Ramai-Ramai. Jomblo Happy. 

Kami semua disuruh duduk semula di tempat asal. Setiap daripada calon disuruh berdiri dan disuruh menyanyi. Cuak aku. Aku berdoa je dalam hati. Please janganlah nama  aku dipanggil menyanyi. Alhamdulillah. Malam itu yang aku ingat aku, jol, and ejan je yang terlepas dari disuruh menyanyi. 😅.  Lepas je aktiviti menyanyi itu. Pegawai tanya soalan-soalan yang selalu ditanya waktu interview lembaga esok nya. Banyak je yang dorang sembang depan itu akan ditanya oleh lembaga esok. Tapi disebabkan mengantuk. Aku menjadi super duper blur tahap gaban. Muka aku je nampak cergas. Tapi dalaman kalah gila. Aku tak nak nampak sangat muka aku mengantok sebab siapa yang mengantuk dorang akan suruh korang buat lompat bintang lah lompat palapes lah. Better aku berlakon cergas je. 
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Happy Semuanya. Walaupun dalaman mengimpikan bantal yang empuk.

Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Pukul 3 pagi ni. Semua Cergas? 

Aim dorang malam itu ialah tahan calon sampai pukul 5 pagi. So pukul 4.50 camtu dorang dah start tanya soalan cepumas. Siapa dapat jawab dorang boleh balik dorm tidur. Aku yang malas berfikir. Aku biar je calon lain jawab. Walaupun aku tahu jawapan kepada soalan tu. Tapi kepala aku memang blur dah waktu tu. So at last tinggal aku sorang je yang belum dapat jawap soalan. Tak ku sangka. 2nd last ialah Habibah. Pening dah pegawai tu nak cari soalan untuk aku. Semua soalan aku tak tahu jawapan. Di tanya berapa banyak lampu dalam dewan ini. Aku dengan slow nya mengira. Terus time off. Masa tamat. 😑.  Selagi aku tak balik selagi tu lah dorang tak balik. Aku tahu dorang pun mengantuk jugak. So last-last dorang Tanya apa nama lori yang aku naik pada hari first day tu. Dengan blur nya aku jawap truck 3 tan. Dorang pun gelak. Ini soaaln paling bodo punya aku pernah tanya. Kalau kau salah jawap aku tak tahu lah apa lagi. Aku dengan blur nya tanya. Betul ke jawapan tu ? Dah boleh balik ke saya tuan? 😂. So aku pun disuruh balik. Tak lama lepas itu dorang pun balik jugak ke dorm.


Hari Ketiga. 28.11.2016 
Interview lembaga. Nervous cuak. Takde masa nak prepare. Interview start pukul 9. Aku tidur pukul 5 lebih. Nak belajar tentang askar memang tak sempat dah. Sempat hafal script kenalkan diri je. 

So masuk dalam bilik interview. Aku orang first masuk. Jadi aku yang kena ketuk pintu and cakap. Good morning,  mem. Permission to enter, mem.  Nak cakap benda simple tu Nervous jugak. 

So lepas je interview. Soalan ditanya bertubi tubi dari 8 orang panel. Aku masuk dalam bilik tu ada dengan 5 orang calon lain masuk serentak. Dalam bilik interview itu ada 8 orang panel. Memang nervous gila. Dengan kau tak cukup tidur. Memang idea datang dan pergi. Sampai aku blur, apa soalan panel ni tadi. Aku nak jawap tapi tak tahu/lupa soalan dia. Mula-mula tahu tapi roh aku terkeluar melayang sekejap then aku lupa. . 

Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Mengatur Semula Susunan Meja seperti asal.

Lepas je habis interview kami pun keluar dari bilik iv itu dengan muka ada senyum maa. Selepas habis semua kumpul di temu duga. Kami diarahkan untuk mengemas balik bilik interview seperti sediakala. Selepas itu kami berhimpun semula di dewan dan nombor kami dipanggil seorang demi seorang untuk mengambil semula dokument penting dari Pegawai di counter pendaftaran dan pemulangan nombor id kepada mereka. 

Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017

Selepas itu kami pun diarahkan untuk makan. Menu hari ini cukup terbaik. Ada kuah laksa sarawak tapi bee hoon nya entah kemana. Selepas makan, kami pun bersurai. Sebelum bersurai. Ada sesi bergambar sekejap. 
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017

Banyak lagi ingin ku tuliskan disini. Tapi tiada idea nak mengarang apa. Kepada semua calon yang berjaya lulus semua ujian waktu temuduga hari itu. Aku ucapkan tahniah. Semoga kita semua lulus Interview. Seramai 24 orang calon yang bertahan dan berjaya sampai ke peringkat akhir. 

Aku tak nak lah share tips sangat sepanjang temuduga. Sebab aku rasa unfair kalau korang junior tahu selok belok interview ini. Biarlah korang di surprise kan dengan pelbagai kejutaan sepanjang temuduga ini. Tapi bagi aku memang seronok lah temuduga ini. Sebab aku ingat interview ini macam aku pergi kem BTN di Sempadi. Rupanya tidak. Best lagi kem transit ini. 


Aku harap aku dapat berjumpa lagi dengan semua calon yang berjaya 24 orang tu di academy TUDM, TLDM mahupun TDM. 
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
With Inas, member aku classmate time degree. Aku cuba brainwash dia suruh pergi. Hari jemat sebelum Iv baru lah dia confirm pergi iv tu. Nasib dia nak pergi jugak. Kalau tak melepas tunggu next Iv. And nora. Malam hari kedua baru aku kenal dia. Terer english. Jadi aku terus ambik kesempatan suruh dia buat script pengenalan diri untuk aku. haha. 
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
With Sarjan Nizam. Pegawai yang paling sempoi tak penah perang pshycology kepada calon. 


Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Handphone siapa ni wei? Haha. Begambar di pintu masuk transit dengan Hafiz tepi aku, dan yang duduk tu Nading aka Botak. Terima kasih Botak pinjamkan aku duit RM1 waktu aku dahaga macam di padang pasir first day interview tu. And berdiri pakai baju biru tu overall dia lah Mem Kami haha Leader kami dengan nama yang unique dan mudah diingat Saidina Ali. Tapi first aku cuba ingat nama dia dengan berlagu Ya ali baba. Ya alliii baba. Tu la aku tak lupa nama dia. Yang peluk tubuh tu Zul Palapes. Boleh Panggil Apes je haha.
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Muka-muka yang berjaya sampai ke hari terakhir interview. Ada yang sudah balik. 
Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017
Posing aku yang kekok abaikan dan kenalkan Jol Men Be, Junior aku dekat UiTM Kota Samarahan. 



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
45 Komentar untuk "Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan 2017"

SBH668. Semoga semua calon dari Sarawak pun berjaya mengikuti kursus 9 bulan nanti. Amin :D

Fuh lengkap penerangan ni..hebat2...

Well done!!! semoga bejalan dengan lancar semua.. usaha dah ada. tawakal jka gik kinek.

Siapa tangan bengkok tak lepas ke ?

amin. semoga Calon Dari Sabah Juga bverjaya mengikuti kursus 9 bulan nanti.

kalau terlalu obvious bengkok. mungkin tak lepas kot.

Hai....nak tanyakan...klu utk laporan xray tu buat d klinik swasta boleh kan?

Kalau pada borang permohonan xde sijil berhenti sekolah memang takde peluang dipilih temuduga ke? Sijil berhenti saya dah hilang T.T

Hai Tiara bakal Leftenan Muda... Yerp. boleh. Saya buat xray dekat klinik swasta. Makesure ada laporan xray sekali dari dr tu. Kalau tak, akan mengalami kesulitan waktu process interview nanti Report xray tu slalunya tentang organ-2 kita or tulang kita dalam keadaan yang baik ke tidak. And ada tandatangan doktor dekat bawah report tu. :D

tu saya tak tahu lah. Kalau boleh better awak pergi ke sekolah awak dulu. Dan request dorang untuk keluarkan sijil berhenti sekolah baru untuk awak. :D

Assalamualaikum saudara,nk tnye klu ade parut kesan jahit kt tgn takpe ke? Lg 1 pemeriksaan gigi tu die nk tgok mcm mne ye? Tq

Waalaikumsalam.... kalau parut tu rasanya ok kot ... sebab tangan saya pun ada parut kesan jahitan...

untuk pemeriksan gigi tu. dia nak tengok gigi kita ada yang missing tak... maksud nya dah ada yang dicabut .. lepas tu nak tengok ada gigi berlubang ke tidak.

tu je. selalunya kalau gigi missing 1 atau 2 je. lepas dah...

salam. maaf bertanya, klu ketinggian 164 cm sahaja agak agak boleh lepas ke? sebab saya ingat nk mohon utk TD. klu TD ni at least minimum requirement (yg latest) 170 cm.. huhu.

wasalam. Tinggi saudara ni dapat minta TUDM and TLDM. Tak salah mencuba. Saudara mungkin ditawarkan untuk join Tudm atau TLDM. Kalau rezeki ada, dapat lah TDM tu. :D

Assalam.. Tq ats info y diberikan,, so dh rasa lega sikit pasal tu.. Just nk thu, based on ur iv experience klu lari 3.2km dlm mse 18mnit tu mmg non stop ke,, klu ade stop kejap2 Agak2 blh dpt bwh 18 mnit x? Lg 1 rmi ke y xlepas mse larian ni? ☺ tq

pergi je mencuba nasib bro.. Masa larian 3.2km tu banyak je yang berjalan sekejap nak ambil nafas. makesure jangan terus berjalan lah. Sambung belari kalau rasa dah bertenaga. Makesure bro training siap2 dulu berlari 3.2km sebelum pergi interview.

soalan bro tentang ada tak yang lepas larian ni. Saya tak tahu nak jawap macam mana. Sebab kalau boleh buat lah yang terbaik.

terima kasih atas responnya. sgt mmbantu. terima kasih skali lagi :)

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

Ada sarjan in charge ari tu cakap bulan 2 keluar result. Bulan 1 ada jugak. Tak pasti. maaf. tiada jawapan muktamad

Maaf mencelah..saya dpt khabar keputusan keluar hujung bulan Januari ini..melalui email

harap Keputusan result Pegawai Kadet Graduan ATM TUDM TLDM mahupun TDM 2016 atau 2017 keluar hujung bulan januari 2017.

dah tak tahu nak buat apa sekarang sebab dah ada tawaran masuk master... malas pulak nak belajar . tu lah gedik apply haha.

Sbb tahun lpas pon hujung bulan Januari jugak kluar result..moga ada rezeki kita smua di ATM..

Insha Allah. semoga berjaya semua nya. :D

Assalam.. Klu blh sy thu,,result y klua utk hjung bln ni termasuk dgn semakan utk y apply pegi iv ke? Or ble blh semak result utk dpt iv or x,,sbb mcm dh xblh msuk web tu,,so xdpt info.,. Mohon penjelasan,tq

maaf . saya tidak tahu. dan saya tiada info berkenaan tarikh rasmi keputusan dikeluarkan. Harap maaf.

salam, bro aku nak tanya. bab tinggi diorg ketat x? kalau tinggi 160 lepas x untuk TLDM? klu BMI and fzikal yg lain lepas kecuali tinggi mcm mana ye?

salam, bro aku nak tanya. bab tinggi diorg ketat x? kalau tinggi 160 lepas x untuk TLDM? klu BMI and fzikal yg lain lepas kecuali tinggi mcm mana ye?

rasanya tak. sebab dalam iklan tulis minimum ketinggian lelaki ialah 1.62m ...

Semoga berjaya bro..
Salam dari calon Kem Sg Udang.

salam. maaf bertanya, sudah tahukah keputusanya atau masih menunggu?

baca ketinggian yang mereka mahu. kalau tudm ke tinggi hang lepas. hang cuba lah.. kalau tinggi hang tak capai minimum ketinggian. tak perlu je datang. banyak yang tak lepas BMI ari tu

terima kasih :D jumpa di academy askar haha sebut je

hye. so far keputusan TUDM (belum rasmi) sudah keluar. Keputusan rasmi untuk TLDM dah keluar. just tunggu TDM punya result lagi.

hahaha. org lain punya result kita pulok yg debor. lol. dia result kita boleh jadi dia tempatkan kita kat mna2 kan? mksud saya boleh di TDM, TUDM atau TLDM kan? selalunya la kan, based onkos degree atau bagaimana?

untuk kptusan yg bwrjaya kali ni pihak atm col atau buat semakan dalam jom masuk tentera jgk??

semua keputusan untuk TUDM TDM TLDM sudah keluar hari ini. Saya belum semak lagi dekat laman web tu. Tapi saya dah terima salinan pdf group whatsapp. Saya rasa saudara mesti ada dalam group G.0 2017 tempat saudara pergi IV

Owh Daud bukan candidate ke ? Tak. Mereka yang tentukan kita dapat TDM ke TUDM ke TLDM. Tapi selalunya kita akn diberi pilihan 3 choices. Tapi ATM ni depend jugak lah. tak tau nak cakap apa. Ada yang x mtk darat mtk tudm, dapat darat. Untuk Pegawai Graduan ini untuk degree sahaja.

tahniah saudara krana berjaya..:D..
saudra dpt TDM ka? bila lapor diri ke pusat latihan?

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus

tak. saya tak dpt TDM... lapor bulan 3 ni

Aishah... follow saya dekat instagram. amerjaya. dm saya. tak boleh bagi no phone sini.

belum lagi nk jadi calonnya. haha. sebab saya dh nk habis degree. tinggal last sem. so, nk apply for this year la. huhu. sebab jarang atau x pernah jumpa lagi org blog blog for pegawai graduan. anyhow, good luck and tahniah sebab dh dpt tempat utk lapor diri tu.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top