Tip Mudah Jimat Minyak Petrol Kereta Terbaru

Hari ini aku nak share sikit tentang tips cara jimat minyak petrol kereta. Harga minyak kereta sekarang semakin hari semakin mahal. Berasa jugaklah kalau kita terus beli full tanks. Berasa jugak lah membayar nya. Jadi aku nak share sikit tentang penjimatan minyak kereta ni. Time aku belajar degree dulu, aku juga pilih topik ini untuk present depan kelas. Jadi aku dah buat research sedikit sebanyak punca kereta kuat makan minyak dan tips untuk menjimatkan penggunaan minyat kereta


Tekanan Angin Tayar.
Makesure korang pamkan tayar bila tayar kurang nampak macam kurang angin. Korang kena tahu kalau tayar korang kurang angin tapi korang bantai je jalan. Memang akan memberi bebanan kepada kereta korang dan membuatkan kereta korang lebih menggunakan minyak kereta. Sebagai contoh, cuba korang kayuh basikal dimana tayarnya kurang angin atau lebih senang tayar pancit. Confirm berasakan penat mengayuhnya? 

Elakkan Membuka Tingkap Ketika Memandu. 
Kalau korang memandu dan henda menggunakan fresh air. Boleh buka tingkap tapi pada kelajuan yang rendah lah macam 60kmh macam tu. Tapi digalakkan untuk tutup tingkap lah sebab kalau korang memandu dan tingkap kereta dibuka. Ia akan memberi rintangan kepada kereta anda. Rintangan angin. Angin akan masuk dalam kereta dan slow down korang punya kereta dan membuatkan kereta anda menggunakan lebih banyak minyak. 

Memandu pada kelajuan yang statik. 
Kalau memandu di highway. Kalau boleh, pandu dalam kelajuan yang statik. Kalau 80kmh teruskan 80kmh. Elakkan terlalu banyak menekan minyak. Kajian ada mengatakan, kereta yang bergerak bawah pada kelajuan 60kmh lebih banyak menggunakan minyak daripada kereta yang bergerak pada kelajuan atas 60kmh. 

Memandu di belakang kereta lain atau lori. 
Pastikan jarak yang selamat . Mengekori kereta lain semasa memandu akan membuat kereta anda tidak terlalu terdedah kepada rintangan angin. 

Isi minyak waktu pagi atau sejuk. 
Aku tak tahu ini mitos atau kebenaran. Orang kata kalau isi waktu pagi atau waktu sejuk, minyak lebih mampat. Kalau isi waktu panas, minyak tu meruap. Itu yang aku bacalah. 

Tutup Aircon. 
Kalau rasa cuaca sejuk. Boleh lah tutup aircon dan buka tingkap sikit. Jangan besar sangat. Waktu saya belajar dulu, saya selalu buat macam ni. Tutup aircon dengan harapan meter minyak tak cepat turun. 

Aku rasa tu je kot yang aku boleh sharekan. Kalau korang ada idea lain macam mana nak jimat minyak kereta. Boleh lah share diruangan komen di bawah ok. :D 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tip Mudah Jimat Minyak Petrol Kereta Terbaru"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top