------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Teh Hijau Bagus Untuk Kulit Muka

Kali ini aku nak tulis article tentang penjagaan kulit muka menggunakan teh hijau. Lately, kawan aku tegur muka aku agak kusam. Dia siap tanya kau ni ada cuci muka pakai pencuci muka tak? Aku dengan penuh yakin dan jujur cakap aku tak cuci muka guna pencuci muka. Aku ingatkan term muka bersih takda jerawat. Muka aku memang sukar sikit nak tumbuh jerawat. Tapi kusam. 


So, kisah ini berlaku before convocation degree aku bulan lalu. Aku takut muka aku kusam waktu diatas stage ambil scroll. Jadi aku terfikir dengan kebaikan teh hijau untuk muka. By the way, aku sudah mula menggunakan pencuci muka iaitu pencuci muka Loreal's Men. Aku tak tahu bagus ke tak pencuci tu. Jadi aku tak nak buat review dulu. 



Ok kita kembali ke kisah teh hijau. Teh Hijau seperti yang kita tahu baik untuk tubuh badan kalau diminum. Jadi aku terfikir apa kata kalau teh hijau tu aku letak dekat muka. So, aku pun letak kat muka. Memang rasa gatal-gatal sedikit lah ya sebab kena dengan daun teh hijau yang sudah dikisar tu. Teh Hijau yang aku pakai adalah teh hijau boh. Kalau nak berkesan lebih, korang guna uncang teh yang baru. Kalau rasa nak jimat, korang bancuh dulu uncang teh itu dan minum. Lepas tu baru korang guna uncang teh itu. 

Cara-cara guna teh hijau untuk masker muka: 
1. Ambil satu uncang teh hijau. 
2. Rendamkan dalam air panas. (letak air sikit je asal satu uncang tu basah sudah mencukupi)
3. Kalau rasa uncang tu dah sejuk. Korang boleh buka uncang tu dah ambil teh dalam uncang tu dan letak dekat muka.
4. Biarkan di muka selama 30 minit (paling baik). Selepas itu basuhkan dengan air bersih. 

Muka akan nampak kurang kusam dan lebih bersih. 

Gambar selepas mengamalkan teh hijau di muka. haha (masa ambil jubah konvo)



Muka juga akan lebih cepat putih sebab teh hijau melajukan process penyembuhan kulit terbakar atau sunburn. Itu research yang aku buat di google lah yer. 

Kalau nak putihkan kulit tangan, boleh lah letak daun teh hijau tu dekat bahagian tangan. :D 

Alhamdullilah selepas amal petua teh hijau di muka ni. Banyak kawan tegur muka aku lebih bersih dan tak kusam. Guna teh hijau je pun. 


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Teh Hijau Bagus Untuk Kulit Muka "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top