------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Strategi Lariskan Jualan/Perniagaan Di Instagram

Tips Dan Teknik Naikkan Sales Bisness di Instagram dan Strategi Lariskan Jualan/Perniagaan Di Instagram 

Assalammualaikum. Sebagai seorang pemerhati. Aku tengok usahawan business online macam cendawan tumbuh. Ye lah tak perlu bayar tapak kedai untuk berniaga. Cost pun murah. Ramai kawan-kawan aku lepasan degree yang mula berjinak dalam dunia niaga internet ini. Ada yang full time ada yang buat part time. 



Aku pun banyak idea creative di kepala nak buat business. Atas sebab faktor kewangan dan juga faktor tak nak menanggung risiko. Aku takut nak memulakan apa-apa business. InshaAllah maybe next year. Untuk tahun 2016 aku mula berjinak dalam dunia forex. Banyak buku aku telaah. Banyak video yang aku tengok dunia sebenar forex. Memang meluar forex ni. Jadi aku berhenti setengah jalan. Nanti nantilah. 


Banyak medium internet kita boleh gunakan untuk promote dan tingkatkan jualan kita. Salah satunya ialah Instagram. Kalau facebook ramai dah tahu macam mana cara nak boostkan sales melalui facebook. Jadi kali ini aku nak focus dekat Instagram. 




Menurut Engadget.com ‌Instagram 49 kali lebih bernilai daripada Facebook dan mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna bulanan yang aktif. Memang rugi sangat kalau anda tidak ambil peluang untuk buat bisnes dengan Instagram.

Ikut Tips Dibawah: 
Letak Details Anda yang complete dekat About Me Instagram. 
Ini adalah untuk menambah keyakinan dan kepercayaan customer untuk purchase product anda. Selain itu, anda juga boleh letak link blog, link facebook, di about me instagram korang. Atas sebab yang sama untuk meningkatkan keyakinan pelanggan anda. Perkenalkan Business anda, anda jual apa, product anda didapati dari mana. Apa yang special dengan product anda? Kenapa pelangga perlu beli anda dan bukan daripada peniaga lain? Cara untuk hubungi anda jika pelangga berminat dengan product yang anda jual.

Contoh
Kasut Airmax Empuk Dalaman  
Grade AAA macam Ori Empuk Bak Tilam #airmaxmurahrm
Whatsapp/Wechat 010-9299393  
Laman Web Rasmi Kami  (airmaxempuk.com)


Foto-Foto Yang Menarik 

Nak upload gambar dalam Instagram korang tu. Makesure gambar lawa. Edit meletop. Kalau boleh background Plain. Kalau tak ada background plain boleh buat mini photobooth sendiri. Blog guna tutorial buat mini photo booth untuk ambil gambar product. Semakin banyak likes yang korang dapat untuk gambar tu, semakin banyak yang akan melihat gambar itu dan kalau account instagram korang tak private, gambar itu akan timbul di Discover insta pengguna lain. P/s Jangan lupak letak watermark dekat Gambar korang. Untuk elak aktiviti plagiat dan kes kecurian. Kalau ada kes kecurian at least dorang promote sekali business korang sebab ada LOGO atau NAMA korang dekat watermark dalam gambar tu. Watermark tu untuk nampak gambar korang lebih unique dan versatile. 

Anjurkan Contest Atau Giveaway
Sebagai seorang blogger tegar seperti aku. Untuk menaikkan blog aku ini. Memang aku buat Contest atau Giveaway pada mula-mula aku berblogging dulu. Itulah sebab blog aku dapat 3k followers. Tapi sayang dah turun jadi 2k sebab google buang mana-mana account yang tak active. 

Banyak cara nak anjur Contest seperti, repost gambar ini(selalunya gambar promote business korang), siapa yang dapat banyak likes untuk gambar tersebut akan menang contest. 

Untuk Giveaway mudah lagi. Korang bagi mana-mana product korang. Ikut kemampuan korang. Buat satu post (post gambar) dengan title repost this picture, tag or mention 2 or 3 of your friends on the comment below and comment here done repost.). Ikut kreativiti korang lah nak attract pengguna instagram cara mana. Kalau nak cari pemenang, korang boleh guna laman web random . org   Korang just perlu listkan nama peserta yang join ikut nombor. Siapa yang first join tu dimulakan dengan nombor satu. Sampai last peserta contohnya nombor 100. So dalam laman web random org tu korang letak nombor peserta pertama dan peserta terakhir untuk buat cabutan. 


Promosi Jualan Secara Soft-Selling
Kalau Aku lah, aku bosan follow instashop yang 24 hours nak post pasal product dorang. Rasa nyemak je dekat home insta aku. Jadi aku unfollow. Kerugian berlaku disini. 

Jadi korang tak perlu lah nak asyik-asyik up post product korang. Cuba minimize kan product korang dalam satu ada dua post. 

Selain daripada post product. Korang boleh post aktiviti business korang seperti post lah aktiviti postage atau aktiviti pembungkusan mahupun aktiviti feedback dari customer . Ikut kreatif masing masing. 

Buat 2 Ways Communication 
Aku selalu je tengok pemilik insta shopper tak cukup tangan nak reply satu satu comment pengguna. Sayang wei. Customer datang ni. Kena serve. Rugi tak serve. Kalau pelangga komen dekat post kita maksudnya mereka sudah mula berminat.  Cepat reply comment mereka untuk membuat engagement dengan pelanggan anda. Takut-takut, customer korang tu pi geledah instashop yang lain dek kerana korang lambat reply. 

Penggunaan Hashtag # yang kreatif dan sesuai. 
Teringat aku nak beli jubah and kurta elrah raya tahun ni. Memang aku search #kurtamilan #elrah memang banyak result yang keluar ke Instashop yang ada jual kurta tu. Tapi sayang banyak dah tiada stock. Sayangnya. Imagine kalau ada stock. Customer willing to pay at higher price. 

Jadi korang, letaklah banyak-banyak hashtag tapi berpada padalah ye. Hashtag macam #kasuthargamurahrm #kasutairmaxmalaysia murah. 

Oh ya. kalau boleh korang letak something yang ada kena mengena dengan Malaysia. Sebab aku cari hashtag #kasutmurah #bajumurah. Yang banyak keluar instashop Indonesia. Jadi korang kena bijak lah dalam hal ini. Bersaing dengan peniaga dari Indonesia. 


Guna Instagram Persaing
Tip ni cantik sikit. Pernah tak dengar quote meniru secara sihat untuk berjaya. Aku tak tahu mana ku dengar quote tu. Macam dasar pandang timur tu. Kita tengok kemajuan Jepun dan cuba ikut cara mereka. Itu ibarat meniru secara sihat untuk berjaya lah kan?

So, kalau korang jual kasut airmax lah katakan. Korang follow lah insta yang jual kasut airmax itu. Kalau boleh, korang buka latest gambar yang dorang post (paling afdal). Korang follow je pengguna-pengguna yang likes gambar tu dan comment gambar tu. Confirm-confirm tu pengguna yang aktif. Dan mungkin juga berminat untuk membeli product anda. Kasut Airmax. 

Aku rasa tu lah sebab ramai instashop private account dorang. Selain tu nak tarikkan minat pelanggan untuk follow back insta kita. Mereka curious apa yang dijual kita. Adakah benda yang dijual kita special pada harga yang murah? Siapa tahu kan. 


Good Luck. 


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Strategi Lariskan Jualan/Perniagaan Di Instagram "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top