Cara Renew Lesen Memandu Cepat dan Mudah

Cara Pembaharuan Lesen Memandu Zaman sekarang semua nya mudah. Tak perlu pergi jauh. Dengan adanya Utc. Semua urusan kita menjadi mudah. Dapat ke renew lesen di Jpj Utc? Yes dapat. 

UTC KUCHING

Macam mana nak tahu lesen kita dah mati ? Jawapan nya senang. Kalau ko dah birthday. Lesen kau automatically mati. Kalau lesen p tu kena tunggu 2 tahun kan. 

Macam mana nak renew lesen kalau habis lesen P? Process nya hampir sama. Just korang perlu ready duit lebih je nak bayar sebab staff Jpj tu akan atur tarikh expired lesen korang terus ke tarikh hari jadi korang. 

Cara tukar atau renew lesen baru: 
Pergi ke JPJ terdekat. Atau pergi je Utc yang terdekat. Sebab jpj di Utc tutup akhir pukul 9 kalau tak silap. 
Untuk yang pertama kali nak tukar lesen baru ni (lesen P), korang ada 2 pilihan iaitu
i. Tukar lesen di pejabat pos. Dengan syarat tiada perubahan alamat dan gambar. Pejabat Pos akan renew lesen korang ikut alamat dan gambar yang terdapat di dalam Ic korang. Kalau nak renew lesen memandu di pejabat pos, korang kena bawa ic, lesen memandu asal dan slip lesen. 
ii. Boleh dilakukan di branch Jpj terdekat sekiranya ada perubahan alamat atau gambar. Kalau-kalau korang dah pindah rumah alamat dah lain. Kalau pergi jpj, korang perlu bawa ic dqn lesen memandu asal yang dah expired tu. Kalau korang ada perubahan gambar , korang boleh bawa gambar sendiri (background putih) atau boleh terus snap gambar kat situ. ( camera tak lawa lah selalunya). 

Charge untuk setahun tempoh active lesen ialah Rm30. 

Pergi jpj. Ambil nombor giliran. Pergi kaunter apabila nombor dipanggil dan buat pembayaran. Berapa tahun korang nak. Kalau aku, aku terus renew untuk 3 tahun. Which is rm90. Lepas bayar, tunggu turn nak ambik gambar. Tak lama lepas tu lesen baru siap. 

P/s. Kalau lepas ni lesen korang dah expired. Korang boleh terus renew di pejabat pos. Tak perlu lah tunggu lama dekat Jpj ni semata-mata nak renew lesen je kan.  :). Zaman dan moden. Thanks Pm kita dengan membina Utc ni. Memang terbaik.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cara Renew Lesen Memandu Cepat dan Mudah"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top