------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Cara Redeem Point MBO Cinema

Cara Mudah Redeem Tebuskan Point MBO Cinema. Assalammualaikum. Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku yang dah redeem point MBO cinema untuk tonton movie free. Hari tu, kawan aku tiba2 ajak lepak. Orang baru terima gaji kan time tu. So, dia belanja aku minum air starbuck. Aku pun rasa segan silu sebab di selalu sangat sponsor aku. Almaklumlah aku ni masih seorang usahawan anggur yang berjaya. 


Thanks Eja. 

Jadi, lepas je selesai menstarbuck. Kami pun pergi tengok wayang secara spontan. So, sebagai membalas budi, aku pun nak belanja dia tengok wayang. Duit aku memang ada waktu tu. Tapi lebih elok lah kalau aku guna member point MBO aku tu daripada tak dipakai. Sebab aku jarang dah sekarang ni nak tengok wayang kat MBO. Almaklumlah dah banyak choices dekat Bandar Kuching. 

Cerita Yang Dipilih. Fantastic Beast Where to find them?

Pendek cerita kita. Aku pun tanya dengan staff dekat counter tu. Macam mana nak redeem point untuk beli tiket movie wayang MBO ni? Dia cakap, just bagi kad MBO je dekat dorang. Tapi aku tak bawa lah pulak. Then, dia cakap, tak yah dok kalut. Bak sini nombor telephone. So, diorang boleh trace membership kita menggunakan nombor telefon je. Not to forget, to collect point juga boleh guna nombor telephone korang jugak ok. Just korang kena ingatlah nombor telefon mana satu yang korang guna untuk daftar member MBO sebelum ni. Not to forget, password member log in. 


Once staff berjaya log in ke account membership MBO korang. Staff akan tanya, nak redeem berapa tiket and nak tengok cerita apa. Mudah je kan? Selama ini aku tertanya-tanya macam mana. Habis google and laman web MBO aku geledah. Takde jawapan nya. 

Cara nak tahu kalau korang dah boleh redeem tiket free dari MBO Cinema.

Tentang Birthday Free Ticket Movie tu. Aku dah dapat dua kali tawaran untuk tengok movie tu. Eh 3 kali. Tapi memandangkan banyak cerita aku dah tengok time tiket free tu diberi. Aku pun malas lah nak redeem tiket free tu. Kalau nak redeem tiket free selalunya birthday treat tu, korang print kan borang yang dorang send dalam email korang tu, and then isikan. Dan bawa ke counter MBO. Sebaiknya pergi ke kaunter online ticket. :D P/s hanya cerita yang ada simbol * (star) sahaja boleh dipilih which is cerita yang dah agak lama dan mungkin dah ditengok. 

Contoh cerita yang korang boleh tengok untuk free cinema ticket (birthday treat).  Ada star hujung nama Movie.


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Cara Redeem Point MBO Cinema "

Contoh dtg jumaat tp nak redeem tiket utk ahad punye cite blh ke bro?

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top