------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Cara Mengatasi Laptop Cepat Panas

Cara mudah dan murah elak laptop overheat atau panas.  Hari ini aku nak share sikit cara atau langkah mudah elak laptop menjadi panas. Bahaya kalau laptop panas. Boleh menyebabkan motherboard rosak mahupun battery rosak. So korang tahu lah punca-punca yang menyebabkan laptop cepat panas selepas korang baca entry aku kali ni. 


So untuk menggelakkan laptop kesayangan korang tu cepat rosak disebabkan cepat panas. Jadi aku nak share beberapa langkah untuk elak laptop cepat panas. 

Laptop Asusku Yang Dibeli Pada Dec.2011. Dan masih dapat dipakai sehingga sekarang. Yakinilah Asus.

Kipas Gagal Berfungsi Dengan Baik

Selalunya kalau laptop dah usang dah lama digunakan akan mengalami masalah ini. So, waktu beli laptop, kita selalu ada free gift extenal fan for laptop kan? So, gunalah external fan tu kalau nak guna laptop. Murah pun murah. Macam mana nak tahu kipas laptop kita rosak atau tak berfungsi? Boleh letak telinga kita di area kipas/keyboard. Kalau tak dengar bunyi berpusing. Tandanya kipas korang tu tak berfungsi. Ataupun letak tangan korang dengan area ventilasi atau tempat udara kipas tu keluar. Kalau tak ada rasa haba/angin. Itu maksunya kipas problem. 

Ventilasi tersumbat dek debu. 
Tahu tak ventilasi? Tempat pengeluaran angin atau haba panas laptop. Macam kipas angin dekat rumah kita lah kan yang jeriji tu perlu dicuci sebab berdebu. Macam tu jugaklah kipas laptop kita. Macam mana nak cuci? Ikut kreativiti korang. Kalau aku, aku guna vacuum je(vacuum lantai). Kalau aku rajin aku buka body computer tu. And cuci dari dalam. 

Terdapat Banyak Kotoran Di Pelayang kipas 
Well, once again. Macam kipas rumah. Kalau dah lama tak dicuci memang akan berhabuk. So, tugas korang pergi lah cuci kipas tu. Kali ni tak dapat guna vacuum dari luar. Kena buka body laptop tu. And kalau aku, aku cuci guna cotton bud/pengorek telinga tu. Kalau nak letak air sikit boleh jugak senang sikit debu tu melekat di cotton bud tu. Guna Vacuum kalau rasa macam debu tu jatuh ke bawah. 

Laptop Diletak Di Tempat Yang Salah. 

Aku selalu malam-malam online atas katil. Memang laptop akan diletak atas riba. Dialas menggunakan bantal mahupun selimut. So, disini lah silapnya. Meletak laptop atas selimut, bantal, tilam dan sewaktu dengan nya boleh menyebabkan laptop menjadi panas. Yes, laptop aku menjadi panas bila aku letak atas selimut mahupu bantal. Mungkin bantal tu menutup ruang ventilasi laptop tersebut. 

Elak Main Game atau menggunakan software yang menggunakan prosesor di luar kemampuan. 
Kalau korang perasan, kalau kita main game dalam laptop, memang laptop akan cepat panas. Aku main red alert je. Memang panas. Jadi memang aku siap sedia external fan dekat laptop aku time main game. Kalau boleh elak install software yang terlalu memaksa menggunakan prosesor di luar kemampuan laptop korang. Sebagai contoh software game tu lah. 


Harap Artikel Saya ni membantu menjaga laptop korang ok? :D So far aku tak dapat menerima reason adik aku, laptop dia screen pecah sebab laptop tu panas and diletak dalam almari hostel udara panas.  Mungkin kot. Crack sebab panas. 

Incoming Search :
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cara Mengatasi Laptop Cepat Panas"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top