------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

TV 60 INCH" Sharp LED Aku Rosak sebab WireExtension ShortCircuit

Assalammualaikum blogger. Aku nak cerita sedikit pengalaman hidup aku. Sebelum ini pernah terjadi tv rumah aku rosak disebabkan wire extension dia rosak. Jadi time aku on tv. Ada bunyi spark meletup dekat wire extension tu. Yang aku perasan lah tv aku je yang rosak. Kira rosak ni macam rosak TV plasma,led,lcd terkena petir atau kilat lah ye.


Jadi. Aku dengan sedih hatinya cuba hidupkan tv itu dengan plug in socket tv terus ke main plug tanpa guna extension. Serious. Memang tak dapat. Hampa dan ketakutan. Ye lah bukan salah aku. Haha. Terpaksa juga aku laporkan hal tv tu rosak.

Then family aku ok je. Just aku geledah google ada tak cara penyelamat tv ni. Selalu kalau tv led,plasma, lcd macam ini memang kena beli baru lah kalau rosak. Lagi-lagi kalau screen dia pecah. Tapi kali ini aku cari initiative untuk memperbaiki tv tersebut dengan harga yang murah.


IC MotherBoard Sharp yang Hangus. (Tak nampak hangus pun)

Then aku tanya member aku dalam whatsapp. Macam semua tak membantu. Dorang semua cakap mahal lah mer. itu ini sampai down pulak mood aku. Ada yang cakap better beli baru je daripada baiki. Cost baiki lebih sama harga dengan beli baru. Aigoo.
TV yang sedang nazak bertarung nyawa.

Lepas itu aku message abang aku. Abang aku ini memang mahir dalam repair benda elektronik ini. Memang bidang dia. Dia cakap nanti dia atur. Then, dia tengok apa rosak dekat tv itu. Setahu aku lah yang rosak hari itu ialah motherboard tv itu. Memang hangus sebab short*. Jadi abang aku order je dari office rasmi Sharp di area terdekat. Seriously harga dia agak murah. RM500 kalau tak silap. Jadi abang aku berjaya baiki tv tersebut. Kalau hantar repair dekat kedai. Aku tak tahu lah berapa dorang akan charge untuk repair tv itu.


Harga IC Motherboard Tv itu ialah Rm400 lebih. Tapi kalau beli tempat lain mungkin mahal kot. Kalau repair dekat luar. Lagilah mahal. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "TV 60 INCH" Sharp LED Aku Rosak sebab WireExtension ShortCircuit "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top