Senarai Tempat Karaoke Best di Kuching

Memang blog aku dah jadi jalan-jalan Kuching. Seriously. Setiap kali lepak luar. Memang akan ketandusan idea nak buat aktiviti apa. Nak karaoke, tapi tahu satu tempat ini sahaja iaitu K11. Selalunya k11 fully booked atau full house waktu weekend ini. Jadi aku dengan member terus lupakan hajat tersebut. Jadi dekat bawah ini aku nak listkan senaraikan Senarai Tempat Karaoke Best di Kuching dan agak murah lah ye. Aku mulakan dari yang best. 


1. K11
K11 ini memang sound quality dia gempak. Lagu dia lebih updated. Yang paling penting pakai tema tiada lama tiada baru. Jadi, boleh dikatan semua lagu adalah dalam koleksi mereka. K11 ini banyak cawangan dia di Kuching. K11 ini terdapat di The Hill Pullman, St3 Citadines Hotel, dan Pending. 
Ok ini bayaran masuk untuk hari Isnin sehingga selasa untuk pukul 12-6petang ialah RM13. Manakala untuk cuti pula RM19 dari pukul 12 petang hingga 6 petang. Better korang make a phone call sahajalah dan rajin-rajin juga tanya price atau harga dia. Selalunya kalau aku, aku akan book dulu sebelum datang. Takut nanti datang-datang tapi tiada bilik kosong. Kalau nak suasana yang cantik dan high class, pilih k11 St3. K11 ini dibuka dari pukul 12 tengahari sampai pukul 2 pagi. 

Contact K11 Hill - 6082 252 511
K11 Pending - +60 82-332 211
St3 - +60 82-281 511

2. Kbox City Karaoke
Kbox ini terletak dalam The Spring. Kalau tak silap aku dalam One City ada jugak. Kbox ini aku tak selalu pergi. Mungkin tak banyak pilihan lagu. Tapi kalau korang nak cuba boleh jugak. Dibuka pada pukul 11pagi hingga 1 malam. Kalau nak hubungi mereka boleh melalui nombor ini (Contact no Kbox 60 82-532 727). 

3. Track 7 Karaoke
Track 7 ini terletak di dalam The Hill Pullman. Area hotel. Dekat dengan lobby hotel. Tapi dekat luar lah. Pandai-pandai lah kau bertanya dengan staff hotel dekat lobby tu mana track 7 ini. Korang boleh hubungi track 7 di nombor ini 60 82-412 214. 

4. Pop Wave Karaoke Box 
Tempat karaoke ini dekat padungan. Guna waze kalau nak cari. Aku rasa aku pergi sini dalam 2 kali sahaja. Jadi, kalau korang rasa nak pergi tempat ini sebab dekat dengan korang. Dipersilakan. Boleh hubungi mereka di nombor ini 60 82-230 488.

5. Sing Song Enterprise
Sing Song ini ada terletak di Petra Jaya. Tapi aku suggest korang pergi yang dekat Satok tu. Tempat Sing Song Baru dibuka di satok ini lebih selesa. Harga sekarang ok juga. Rm10 untuk 1 jam. Kalau nak VIP room, bilik lebih besar. Bayar Rm20 untuk 1 jam berlagu. Sing Song Enterprise Satok ini terletak tepi flyover satok. Bangunan Sing Song Enterprise ini bersebelahan dengan Bangunan Bank Islam, Copal, Zawara Satok. 

Sebenarnya banyak lagi tempat karaoke best sekitar bandar Kuching. Tapi aku listkan tempat yang aku pernah pergi je dulu. Aku nak bagi bad review tak sampai hati kan nak downkan business orang. Tapi aku lebih prefer pergi ke K11. Memang selesa dengan lagu nya up to date. Banyak pilihan lagu. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Senarai Tempat Karaoke Best di Kuching"

Amboi siap buat list haha. mesti kaki karok ni :p

yerpp memang kaki karok. tapiii K11 je tempat selalu pergi.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top