------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Semester 5 Degree Bas UiTM Am228



Semester 5 (selamat datang ke Final Year Student)
ELC590 ENGLISH FOR ORAL PRESENTATIONS 2
Subject ini aku hancur sehancurnya. Aku dapat C sahaja. Sebab salah pilih tajuk presentation. Kalau dapat diulangi masa. Memang aku nak peform. Jadi juniorku. Pilih taju presentation yang terbaik dan informative ok? Kalau kau ragu-ragu dengan tajuk itu, kau tanya dengan lecturer kau yang mengajar subject itu. Mistake aku dulu aku taku nak tanya lecturer aku tu. Dia tu dah lah strict. Aku boleh pulak ponteng kelas dia sepatutnya aku present hari itu. Tapi aku ponteng pergi trip ke Singapore. Boleh pulak dia tak bagi aku present aku dapat kosong je, tapi aku guna kemanisan mulut. Alhamdullilah di bagi chance untuk present lagi. 
Kisah aku escape kelas dan ke Universal Studio Singapore


ADS511 RESEARCH METHODOLOGY & DATA ANALYSIS 4
Dah pilih tajuk untuk research? Kalau belum tak apa. Jangan nak nervous sangat lah yer. Kau cari je tajuk research yang kau nak itu. Rilek-rilek. Kalau tiada idea, kau cilok idea research kawan-kawan coursemate kau. Kalau kawan kau buat research contoh lah Youth Voting Behaviour at UiTm. Kau buatlah Youth Voting Behavior at Satok, Kuching atau tempat tinggal kau. Jangan kau guna tajuk aku bagi ini. Ini adalah tajuk research aku. Serious susah and alhamdullilah supervisor aku bagi idea sikit ubah tajuk. ADS 511 ini mengajar korang cara key in data dan analyze data dalam software SPSS. Data yang akan di key in adalah data dari questionnaire korang nanti. Semester ini kau perlu buat chapter 1 2 and 3. Maksure chapter 1 kau cantik kebabomm. Chapter 2 literature review kau cantik dan lawa. Dan chapter 3 kau super menarik. Baru lah supervisor kau nak bagi A.


ADS512 PROJECT MANAGEMENT 4
Project Management ini mengajar korang cara membuat project yang lebih systematic. Waktu aku belajar dulu, group aku disuruh buat project lawatan ke bandung. Dah buat dah proposal tapi tidak disokong oleh Ketua Programme. Just mampu berhuhu sahajalah. Selain itu, korang kena belajar AOA, ABA serious aku dah lupa benda itu. Make sure korang faham-faham betul ok. Sebab itulah yang membantu korang dapat A dalam subject ini.


ADS652 PUBLIC FINANCE 4
Public Finance senang je. Belajar dan fahami. Kau akan belajar tentang latest budget yang dibentang dalam negara. Apa inti sari kadungan budget 2016 yang terbaru itu. Mungkin ada soalan final exam keluar mengenai Bajet 2016. Just get ready. Tapi subject ini memang senang nak difaham lah. Kalau nak senang lagi, belajar lah dari kawan-kawan korang.

ADS504 MALAYSIAN ECONOMY 3

Subject Malaysia Econmoy ini tentang ekonomi dekat Malaysia lah. Aku jawab subject ini dengan menggunakan ilmu dari Public Finance juga. Macam apa yang berkaitan aku gunakan saja sebagai contoh. Malaysa economy ini korang akan belajar pasal taxes yang ada dimalaysia. Kegunaan taxes itu. Lepas itu korang akan belajar pasal Middle income family. Dan juga korang akan belajar tentang inflation.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Semester 5 Degree Bas UiTM Am228"

hi senior! kmk baruk jak start sem 5 & madam dah mintak article pasal research ya hahahahahaha. masalahnya kmk tok gk blur mok buat apa. smh. ada tips sik gine nak start pileh tajuk? T_T

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top