Semester 4 Degree Bas UiTM Am228


Semester 4
CSC 408 MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM 3
Aku tahu ramai student Diploma akan fikir kau akan buat multimedia lagi yang payah itu macam waktu diploma. Serious tidak. Subject ini memang lain daripada subject yang pernah kita ambil waktu diploma. CSC 408 ini lebih focus mengajar kita cara menyimpan maklumat dalam database. Database kita guna ialah microsoft excess sahaja. Excel ke excess erk. Lupalah.

ELC550 ENGLISH FOR ACADEMIC WRITING 2
Ini untuk acadamic writing. Buat student DPA, kita dah ambik course ini waktu diploma. Just perlu ambil balik sebab subject ini ada upgrade sikit. Cara menulis dengan baik dengan citation and menulis sumber dengan betul.

ADS514 INTRODUCTION TO PUBLIC POLICY 3
Subject ini serious senang nak score. Kalau aku, aku belajar guna slide sahaja. Subject ini mendedahkan cara-cara public policy tercipta, type of public policy yang ada di Malaysia ini. Sebab perlu ada public policy. And process membuat public policy dalam parliament. Maafkan saya, saya dah banyak lupa.

ADS452 ETHICS IN ADMINISTRATION 4
Ethics ini adalah subject paling senang nak goreng. Tapi nak goreng, kau kena tahu apa nak digoreng. Jadi kena belajar juga lah. Tapi memang senang faham subject ini. Please cuba faham chapter 2 itu. Theory. Cari student yang faham theory itu. Sebab, kalau kau tak faham. Susah hati kau nak belajar untuk chapter seterusnya. Jadi, fahamkan betul-betul chapter 2 theory itu yer.

ADM551 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT 3
Subject ni subject senang nak score A. Student DPA dah pernah ambik basic HRM waktu diploma dahulu. Just degree ini lebih meluaslah.

PRO458 PUBLIC RELATIONS 3
Public Relation ini senang. Tapi kalau mind set kau cakap susah. Susah lah jadinya. Selalu nya kita waktu final je baru tersedar yang subject ini senang. Then, rasa macam dah last minit susah nak memahami semuanya. Sebab subject ini banyak juga kena belajar. Ianya senang, just jangan tunggu last minute baru nak focus.

Subject elektif:
Waktu aku belajar dahulu aku ambik subject ADS505 LOCAL GOVERNMENT sebab waktu diploma dulu aku dah ambik subject ini.  Waktu diploma, aku belajar basic semua ada dalam note. Tapi untuk degree ini memang meluas, kau kena explore sendiri, baca journal. And makesure kau dapat semua journal, note, bahan-bahan yang diberi oleh lecturer kau. Kau baca dan faham je. Macam aku, aku baca 2 3 kali. Masuk ke tak ke asal aku dah baca. Ingat lagi, esok hari petangnya pukul 2 paper LG, aku tiada mood nak belajar, sehari-hari aku layan rilek. Keesokan paginya baru lah aku belajar betul-betul subject ini. Alhamdullilah. Aku dapat A. Yang penting kau rajin baca dan cuba fahamkan senang kau nak goreng dalam exam nanti. Aku juga hafal main point mana yang aku rasa selalu keluar dalam exam. Contoh yang aku ingat, characteristic of Malaysia administration before and after independent.

Kawan-kawan aku juga ada ambik ADS503 KNOWLEDGE MANAGEMENT. Tapi aku serious tak tahu apa dibelajar dorang pasal KM itu. Yang aku tahu diorang selalu buat presentation.

Preparation Untuk Subject Research:
P/s  Semester 4 dah nak berakhir. Makesure korang guna waktu ini untuk chop, reserve lecturer menjadi research supervisor korang. Selalunya kita pilih lecturer yang baik and rilek-rilek je kan. Makesure kau cakap awal-awal dekat lecturer tu yang kau nak dia jadi supervisor kau. Kau tiada tajuk research tak apa, itu belakang kira, just sekarang kau reserve je lecturer favorite kau. Sebab lecturer akan ambik 2 atau 3 partner under mereka. Boleh je ambik banyak dari itu, tapi masa mereka itu terhad, and tak adil juga dengan lecturer lain tiada student research under mereka. Tak adil lah kan lecturer lain rilek-rilek.

Lepas itu, waktu semester 4 ini lah kau cari mana-mana student yang rajin jadi partner research kau. Kalau ada best friend. Kau pilih lah best friend kau. Jangan tersalah partner sudah lah. Sebab waktu aku degree dahulu, ada satu partner ni dia last minute berpecah sebab bergaduh. Jadi elak-elaklah terpilih salah partner.


And waktu cuti semester 5 nanti korang akan menjalani latihan praktikal. Korang boleh lah start cari company yang korang nak jalani latihan praktial.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Semester 4 Degree Bas UiTM Am228"

masih simpan notes tak?

maaf . takda. boleh cari di ilearn student portal

Apa beza pentadbiran korporat and sains pentadbiran?
Mana lagi senang dpt peluang pekerjaan?

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top