Pengambilan Jubah Konvokesyen Uitm Ke 85

Assalammualaikum readers sekalian. Brace yourself. I'm going to spam post about my convocation journey. Lately, aku busy dengan urusan konvokesyen aku sambil tiada masa nak update blog. Jadi blog terus diam dalam masa seminggu.

Tujuan aku nak update atau naikkan entry ini. Aku nak jadikan panduan untuk bakal graduan dan juga untuk diri sendiri. Mana tahu satu hari nanti aku nak graduate Master? InshaAllah and aminn. Senanglah aku nak rujuk post ini saja kalau nak ambil jubah. Pengambilan Jubah Konvokesyen Uitm Ke 85

Muka Happy Selepas dapat Jubah.

Apa perlu dibawa untuk pengambilan jubah konvo uitm? 
Ini soalan aku ajukan kepada kawan aku. Aku memang semua benda last minit buat. Esok nak ambil jubah, Malam nya aku sibuk tanya member apa kena bawa untuk ambil jubah. Jadi benda yang perlu ada ialah : 

1. Pengesanan Graduan (Pergi Sini :> PENGESAHAN KEHADIRAN   )
2. Borang Jubah  (Pergi Sini :> Kajian Pengesanan Pelajar *isikan dan print)
3. Salinan Slip/Resit Bayaran Jubah. (Resit dari atm. atau kaunter bankislam atau Print dari ilearn.) 

Itu sahaja lah yang perlu dibawa. 

Barisan Panjang (Siapa suruh datang lewat) hihi

Pukul berapa booth pengambilan jubah dibuka? 
Pukul 8. Kalau kau nak cepat. Better datang awal. Aku hari itu datang pukul 8.15 macam itu. Memang dah macam zombie dah manusia dekat youthfloor. Tidak dilupakan juga. Parking juga terhad pada hari ini. Jadi better terus ke parking lecturer. (selalunya hari penting macam ini polis tak saman kot) 
  
Ramai Gilo Orang. Baris Pun Takda Dah.
Selalunya baris pertama adalah baris untuk membuat bayaran persatuan.

Mana nak bebaris? 
Ada tiga barisan. Barisan pertama bayar yuran persatuan (tak tahu persatuan apa). Booth kedua tempat penyerahan kertas pengesanan graduan lepas itu baru lah diberi kad biru dan pergi collect jubah dan tunjuk kad biru tu tadi. Ok. Aku dari diploma lagi aku perasan UiTM ni suka buat tabung derma kilat tanpa kita sedari. Ye lah dorang suruh bayar ni bayar tu padahal kita tak tahu benda tu wajib bayar ke tidak. Jadi, aku ni jadi kambing ekot je orang lain bayar yuran club entah apa2 tu. dari diploma lagi.  

Then kawan aku yang datang lewat. Dia cakap dia tak bebaris panjang dekat tempat bayar club entah apa itu. Dia just terus skip ke counter booth tempat collect kertas Pengesanan Graduan. Di counter atau booth tu akan bagi satu kad biru dan terus pergi ke tempat collect jubah. Senang je. Dia cakap dia tak bayar pun RM15 yang club atau persatuan entah apa-apa itu. Jadi? Aku untuk kali kedua lah melayang duit ke persatuan itu. 

Tip Size Topi Size Jubah Sesuai dengan kita?
Ok kepada pelajar UiTM tercinta. Kalau kau nak jubah terbaik untuk badan kau. Kau carilah jubah paling sesuai untuk kau. Kalau tinggi kau 1.8m macam aku ni. Jangan kau gedik pulak pilih size M ok. Walaupun kau pakai baju size M. Kalau kau pakai size M memang jubah itu akan nampak singkat dengan kau. Tak lawa lah. Jadi pilih size kena ngan ketinggian korang. Jangan takut kalau nampak gemuk kalau jubah bukan size kita. Aku rasa jubah ni macam free size je. Sama je size dia just dilebarkan lebih tinggi. Check dulu jubah itu sesuai tak ngam tak dengan kau . Kalau ngam. Ok boleh balik. Kalau tak ngam.Kau boleh request tukar. 


Pemilihan topi. 
Waktu diploma aku frust. Sebab aku tak pandai pilih topi. Topi aku time diploma hodoh gile. Dah la kepala aku ni besar. Topi pulak kecik gila tak kena dengan kepala aku. Jadi degree ini aku cari alternatif nak tahu adakah topi ini semua sama saiz? Ternyata tidak. Rupanya topi yang ditocang* lebih besar daripada topi talinya yang tidak ditocang. Jadi kalau kau nak topi mortarboard yang size besar. Kau pilih yang ada tali tocang. Aku lupa pulak nak gambar hari itu. Eh ada. haha 

Hoodie atau Hood (Untuk Student Degree). 
Hari itu aku dapat hood yang kotor atau ada tahi lalat atau ada bintik-bintik hitam dekat hood. Jadi aku tak puas hati. Aku mintak tukar hood. haha. Perfectionist gila kan aku. Aku bayar kot sewa jubah tu. 


Ok nak cakap apa lagi erk? Denda lewat hantar jubah. Alang-alang aku menaip ini. Aku share sekali dekat sikit. Kalau dulu denda lewat hantar jubah. Hari sabtu dan ahad tak dikira. Tapi sekarang sabtu dan ahad dikira juga. Ok tengok cara pembayaran denda jubah seperti gambar contoh dibawah



Kepada adik-adik ku yang nak graduate itu. Tahniah tahniah dan tahniah. Itu saja aku nak ucapkan. :D 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Pengambilan Jubah Konvokesyen Uitm Ke 85"

bro nak tnya konvo usually bila apabila dah lepas dapat last result... musykil sbb aq tertipu dgn member katanya tunggu dapat surat dulu tanpa buat apa2

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top