------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Dapur Kampung Tempat Makan Best Di Kuching

Tengah malam. Selepas pergi Chicken Hartz Buffet Sarawak Plaza. Kami yang masih nak lepak. Terus memilih untuk lepak di Dapur Kampung Satok/Haji Taha. Dapur Kampung adalah salah satu restaurant yang buka dan beroperasi pada waktu malam sehingga lewat malam.


Jadi sesiapa yang mencari kedai makan atau restaurant yang buka lewat malam tengah malam atau 1 2 3 malam. Boleh lah berkunjung ke restaurant atau kedai makan ini. Kalau nak contact Dapur Kampung. Bolehlah hubungi mereka melalui nombor ini. +60 17-270 2411


Apa yang best disini? Tempat yang uniq terletak di tepi pantai. Pantai lah sangatkan. Bukan pantai tapi tepi anak sungai. (Sungai buatan seperti Sungai Melaka itu just sungai ini lebih kecil.)

Menu yang disajikan lebih kepada masakan Indonesia. Pekerja disini juga kebanyakan nya orang Indonesia. Mereka semua memang peramah.

Kedai makan Dapur Kampung ini beroperasi dari pukul 5 petang sehingga pukul 3 malam. So, malam tadi aku lepak sampai kedai itu ditutup. Mereka kemas meja barulah aku dan member balik.

Sorry sangat-sangat sebab aku tak ada ambil gambar makanan. Tapi aku nak cakap makanan sini memang sedap lah. Tapi aku jarang makan sini. Aku lepak sini sebab nak lepak minum-minum air sahaja.

Jadi aku nak share sikit menu yang ada di kedai Dapur Kampung ini.




Dimana letaknya Dapur Kampung ini? 
Korang boleh guna waze and type Dapur Kampung. Tapi kalau nak guna peta ini boleh jugak. Kedai ini tak jauh dari Mom's Laksa Haji Taha.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Dapur Kampung Tempat Makan Best Di Kuching"

Haritu pergi kucing mcm krik2 tmpat makan. risau tak halal semua. Lepasni boleh usha sini balik lah kalau p sana.

ok banyak lah tempat makan kat Kuching. Just periklanan je tak kencang. Nanti dtg sini boleh lah rujuk blog amer.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top