------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Atur Keyboard Laptopku Rosak Murah Je

Hi Pembaca Amerjaya. Hari ini aku nak share sikit pengalaman aku berhadapan dengan keyboard laptop rosak. Memang aku sangat sayang-sayang sangat dengan laptop ini. Sebab menyenangkan aku nak buat assignment.

Nak dijadikan cerita, laptop aku boleh pula dia rosak waktu aku sibuk nak siapkan assignment. Jadi aku berfikir perlu tak aku beli laptop baru. Ok itu aku tipu. Aku just terfikir, perlu ke aku beli external keyboard yang besar gedabak tu? Dah lah sebelum ni aku dengan member aku selalu je gelak siapa-siapa yang bawa external keyboard masuk dalam kelas. Jahat tak aku? Haa dah terjadi kepada diri sendiri. 

Aku tak nak bawa laptop aku kelas wei. Keyboard rosak. Nak bawa external kang nanti member aku pulak gelak kat aku. dilemma. Banyak jugak kerja aku tertunggak sebab keyboard laptop rosak ni. Aku pun terfikir, tak boleh jadi ni. Aku mesti cari jalan penyelesaian nak baiki atau repair keyboard laptop aku. 

Keyboard aku tak ada lah semua key dia tak dapat ditekan. Just certain key such as enter, space, word A B C. ini aku bagi contoh je lah. Well walaupun tak banyak tapi serious rimas kalau salah satu key tu tak berfungsi. 

Aku membebel panjang untuk  cukupkan 200 patah perkataan. Then aku ada idea datang. tingggg!. Lelong dot com. Ini bukan post promote Lelong ok. Di lelong kau boleh dapat apa-apa sahaja pada harga yang murah. Jadi aku search lah keyboard laptop aku siap search model laptop aku lagi. Model laptop aku ialah Asus a53s. Yes. Jumpa. Aku terus berurusan dengan salah seorang penjual lelong yang jual keyboard tu melalui whatsapp. Dan dia just minta kau ambil gambar keyboard and hantar kat dia. Dia nak pastikan betul tak keyboard yang kau nak beli tu. 

Ada laptop yang jenis keyboard dia melekat terus pada body laptop. Jadi kau kena buka body laptop tu. Macam asus aku. Dia tak melakat dalam body. Dia dapat dibuka tanpa membuka body laptop. So kepada asus or apa2 brand. Kalau keyboard kau jenis dekat luar, kau hanya perlu cungkil je pakai pembaris ke, pakai kad bank ke dekat hujung keyboard itu. Dan cabut. Lepas itu cabut wire dia. Dan gantikan dengan keyboard baru yang kau sudah beli itu. 

Jika ada sebarang pertanyaan. Silalah tanya di comment bawah ok. 

Keyboard yang aku sangkakan rosak. Dengan melipat cable dia. Poofff. Berfungsi dengan baik.


Cara memperbaiki keyboard laptop yang tidak berfungsi sebahagian
Awal tahun 2016 ni. Laptop aku datang gila balik. Certain keys dia tak dapat ditekan. Sama je keyboard laptop tidak berfungsi sebahagian. Waktu aku nak buat second purchase keyboard dengan seller yang sama dari lelong. Time aku bukak keyboard tu. Aku perasan tiba-tiba certain keys tadi berfungsi lepas aku cucuk balik wire keyboard yang aku bukak tadi. Tapi keys lain pulak yang tak berfungsi. Lepas itu, aku cuba longgar-longgarkan goyang goyangkan wire keyboard tu dan last sekali aku lipat (satu lipatan) wire keyboard tu. Alhamdulilah, berkesan. Semua keys berfungsi dengan baik sampai lah sekarang. 

Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Atur Keyboard Laptopku Rosak Murah Je "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top