------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Uptown MetroCity Pasar Malam Belia N6


Assalammualaikum readers sekalian. Malam tadi disebabkan ada kelapangan masa. Member aku ajak aku lepak cuci mata di Uptown Metrocity. Best lah orang kuching sekarang ini semakin banyak aktiviti malam di Kuching. 

Aku tahu mesti ramai yang belum tahu dimana lokasi sebenar uptown pasar malam metrocity kuching ini? Haa. Biar aku bagi tahu korang. Aku dulu pun tak tahu haha. Habis matang tu aku pusing. Rupanya tak jauh dari Mc Donald Matang. Kalau korang nak pergi uptown metrocity ini. Korang pergi je kawasan Mc Donald Matang. Korang akan jumpa. Area McD atau KFC matang. Dua-dua restaurant ini sebagai penanda tempat Uptown Metrocity ini. 

Dari McD korang Lurus Je sampai jumpa Pizza Hut. Anda Sudah Sampai Ke Destinasi.

Bila buka Uptown Metrocity? Banyak orang tanya soalan yang sama. Uptown Metrocity ini dibuka pada hari Selasa sampai hari Khamis. Start beroperasi pada pukul 6 petang hingga 6 malam. 

Ada banyak barang dijual disana seperti pakaian, alatan makeup, kasut , dan seluar. Selain daripada itu, tempat ini boleh dikatan Syurga Makanan sebab banyak gila makanan di jual disini. Korang pun rambang mata nak beli yang mana satu. :D

Kebanyakkan penjaja yang berjual disini adalah penjaja yang sama berjual di Uptown Civic Centre. Jadi jika ada terlepas peluang membeli barang di uptown civic center pada hujung minggu, anda boleh pergi ke sini pada hari biasa. 

Ok Aku belanja gambar Uptown MetroCity kat bawah. :D











Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Uptown MetroCity Pasar Malam Belia N6"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top