------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Trip Bajet Ke Pulau Langkawi

Hye assalamualaikum pembaca blog sekalian. Aku kena up entry ini sebab aku selalu pergi langkawi. Then aku lupa macam mana nak jaga berlanja dekat sini. Jadi aku nak kongsikan sikit tips trip bajet ke Pulau Langkawi. Kalau flight untuk orang semenanjung tiada hal. Tapi aku orang kuching ? Hahah. Tunggu tiket murah dulu. Aku baru sahaja pergi langkawi tahun ini jadi bolehlah dijadikan trip bajet langkawi murah 2016 dan 2017. Ini adalah pengalaman kali ke dua aku bercuti di Langkawi. Aku cadangkan korang yang nak pergi sini. Cuba dapatkan pakej percutian ke Langkawi untuk yang pertama kali sampai disini. Senang sikit nak bergerak. 

Trip Bajet Ke Pulau Langkawi 
Kereta Sewa 
Sebelum ke tempat penginapan. Benda paling penting kau kena fikir ialah kereta. Macam mana nak dapatkan kereta sewa murah ? Jangan risau kereta sewa dekat Pulau Langkawi ini memang murah sebab kereta dekat sini kan murah. Tapi penting untuk kau cari kereta lebih murah. Kena pandai lah ya. Kau geledah facebook kereta sewa murah di Langkawi atau search blog tentang kereta sewa murah ini. 

Hotel atau Hostel atau Homestay
Apa beza hotel dengan motel erk? Aku datang sini selalunya menginap di hotel sahaja. Tapi hotel bajet lah. Kalau kau pandai, geledah sahaja laman web trivago. Ada hotel ini aku book awal-awal. Charge untuk satu bilik rm50 sahaja. Hotel yang aku maksudkan itu ialah Hotel Bahagia. Kalau pergi dengan family besar boleh lah sewa homestay. Maaf, saya belum ada pengalaman menginap homestay di Pulau Langkawi. 

Packages Pulau Dayang Bunting. 
Haha pulau basah ada ke. Aku main sebut je. Selalunya family aku main terjah je dekat pantai chenang langkawi. Mesti ada orang offer package murah ke pulau dayang bunting. Selalunya, Kos Island Hoping, iaitu trip ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Dan Bagi makan helang adalah RM250. Kalau kau pandai cari, ada yang offer lebih murah dari harga itu. 

Aktiviti Pantai Cenang

Aktivit Pantai Cenang  
Ok. Kalau kau nak aktiviti pantai seperti parasailing, banana boat dan jeski. Aku suggest kau pergi ke pantai chenang. Dekat sana banyak games aktivit pantai. Tips nak murah. Kau pergi ramai-ramai. Kalau banana boat kau boleh share bayar dengan member lain. Jika kau nak main parasailing, caj yang dikenakan untuk seorang adalah RM60. Untuk Jetski pula, kalau nak main, Rm150 untuk 30 minit. Untuk banana boat RM15/seorang. Kalau dalam 8 orang main dapat murah sikit. 


SkyCab Langkawi dan Museum 3D Langkawi 
Kalau nak murah. Pastikan kau dengan family kau bawa MyKad. Kalau tiada kad pengenalan. Kau terpaksa bayar harga orang tanpa mykad yang mahal. Oriental Village adalah tempat kalau kau nak naik SkyCab dan nak pergi muzium 3d langkawi. Bayaran masuk muzium 3d RM30 org dewasa dan RM20 kanak2 dan warga emas.Kalau kau orang Kedah dan kau ada kad student IPT, kau akan dibagi diskaun. Macam aku tak dapat lah sebab aku bukan pelajar dari Kedah. Bayaran tiket naik calble car skycab langkawi itu untuk orang dewasa ialah rm30. Manakala untuk kanak-kanak rm20. Untuk mykad holder rm15 dewasa rm10 kanak-kanak.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Trip Bajet Ke Pulau Langkawi "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top