------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Cara Cepat Kurus Dalam Masa 2 Hari?




Hye assalamualaikum semua. Hari ini aku nak share sikit cara nak kurus. 2 hari nak kurus ? Seriously ? Kau search 2 hari nak kurus ? Aku rasa kau saja saja google ni. Kepala kau pun tak percaya dapat kurus dalam masa 2 hari. Haha. Takpe2. At least ada initiative nak kurus.  Dulu aku berisi. Dan aku stress macam mana nak kurus. Seriously macam susah macam tak dapat. 

Post ini berkongsi mengenai cara nak kurus tanpa senaman, cara tradisional,dalam masa seminggu, dengan lemon, dan makanan untuk kuruskan badan. 

Kunci utama nak kurus adalah jangan stress. Happy je. And then benda paling bahaya kau perlu elak adalah crash diet. Kalau boleh start kecilkan portion makanan dari hari ke hari. Jangan mengejut. Ada blog yang aku baca 70% jaga makan dan selebihnya 30% exercise. Bertapa pentingnya jaga makan bukan? Ok ini semua basic. Jadi aku nak share beberapa rahsia nak kurus tanpa stress-stress. But it's really take time and it s work.

1. Dalam seminggu target turun 1kg. 
kalau badan kau orang besar atau gemuk. Boleh lah naikkan berapa kilo korang nak turunkan dalam masa seminggu. Macam aku, aku turunkan 1 kg dalam masa seminggu. Lepas sahaja naik penimbang rupa-rupanya aku turun lebih dari 1kg. Kuncinya disini aku tak stress nak capai target tinggi-tinggi. Kan aku dah cakap jangan stress. 


2. Minum air 10 gelas sehari. 
Eh bukan 8 gelas sehari ke ? Macam mana kalau kau pakai gelas kecil? Haaa ikut kau lah. Yang penting kau ambil 1.5litre air sehari. Tak kan tiap-tiap hari nak sukat air. Kau pandai-pandai estimate lah. Sehari aku minum 12 gelas. Selalunya aku minum 2 kali, 3 kali, then aku lose count. Minum apabila rasa lapar atau dahaga. Kalau tak pandai minum air kosong. Paksa diri minum juga lepas tu makan roti ke atau biskut ke untuk menghilangkan rasa pelik air kosong tu. 

3. Teh Hijau
Yes. Teh hijau.  Aku dah lama amalkan teh hijau. Dulu aku noobs. Aku beli teh hijau air kotak yeos tu. Pergh manis dooo. Tapi dah lama-lama baru sedar aku ikut ajaran sesat. Haha. Minum teh hijau ori le. Beli jenama boh atau lipton. Yang jenis uncang teh tu. Pagi minum sekali/seuncang and petang minum sekali.  Elak minum waktu malam sebab kau akan rasa susah nak tidur. 


4. Breakfast oat dan telur.
Bangun pagi ikut sunnah Nabi iaitu minum air kosong secawan selepas bangun tidur(tanpa gosok gigi). Bagus untuk penghadaman. Lepas tu breakfast oat dan telur. Oat dan telur membantu kita untuk terus rasa kenyang dalam masa yang lama. Oat dapat membantu mengempiskan perut  dan menahan lapar. Telur pula bagus untuk pembinaan muscle. Please exercise sebelum ambil sarapan pagi. Sebab aku ada baca research, orang yang makan pagi sebelum exercise lebih cepat gemok berbanding mereka yang tidak bersarapan sebelum bersenam. Sebelum bersenam boleh lah minum air tapi air kosong lah yer.


5. Exercise paling malas. 
Ya aku tahu. Benda ni paling susah nak dilakukan ketika nak turunkan berat badan. Exercise. Malas nak jogging. Siapa kata jogging je dapat kurus ?. Exercise dalam rumah pun dapat.  Contoh exercise yang kau boleh buat ialah. Turun naik tangga. Kalau tiada tangga, kau boleh turun naik kerusi. Ikut berapa lama korang nak set masa. Seminit atau 2 minit ke. Selain tu, push up atau tekan tubi pun exercise yang bagus. Dan exercise yang paling terbaik adalah plank. Kau boleh google macam mana nak buat exercise plank. Memang membantu. Depan tv korang boleh buat Exercise plank ini.


6. Apa lagi erk. 
Banyak sebenarnya tips kurus ni. Kau kena rajin-rajin uji kaji dekat badan kau. Macam aku tip tip yang diatas aku guna untuk turunkan berat badan aku. Tips lain aku cuba amal ialah makan benda pedas, minun lemon detox dan kurangkan ambil gula. Serious aku cakap. Kalau boleh kurangkan ambil gula. Ning baizura pernah berpesan kalau nak kurus, elak ambil gula. Ambil sikit je kalau boleh. Kau boleh google macam mana ning baizura kurus. Dia elak ambil gula aku baca.  Ok itu sahaja lah tips yang aku dapat share dengan kau orang. Yang penting kena semangat. Kena kuat hati itu jangan mudah mengalah. Kalau nak makan sedap. Makan time weekend je. And makesure makan waktu petang sebab metabolisma di waktu siang hari tinggi. Elak makan selepas pukul 7 sekurang kurang nya ok gais. Jiayo. Gambateh. 
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Cara Cepat Kurus Dalam Masa 2 Hari?"

Ni satu teknik nak kasi cepat nampak hasil. Guna apps myfitnesspal dan tengok berapa kalori dalam makanan korang setiap hari. Cuba plan makanan korang sehari jangan lebih 1200 kalori. Gerenti nampak hasil punye. Boleh baca pasal ni kat SadoStreet. Lebih detail.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top