------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tempat Wajib Pergi di Langkawi

Hye assalamualaikum blogger dan pembaca blog amer. Hari ini aku nak share sikit tempat wajib pergi dan tempat menarik di Langkawi. Ye lah ni tempat favourite aku. Kalau member ajak melancong memang aku suggest pergi sini. Murah dan complete. Semua ada. Kalau kau terlepas tempat yang aku cadangkan ini memang rugi rasanya. Sebab bukan nya selalu kita nak jejak kaki di pulau ini. 


Tempat-Wajib-Pergi-di-Langkawi


Aku baru 2 kali pergi ke Pulau Langkawi ini. Memang best. Aku tak sabar nak pergi lagi. Macam-macam aktiviti laut boleh dibuat disana. Ok aku akan listkan tempat-tempat yang anda wajib pergi dan kawan-kawan aku wajib pergi. Haha. 


Eagle Bay atau Dataran Lang. 
Kau tak datang sini umpama kau pergi Kuala Lumpur buat pertama kalinya tapi tak bergambar di menara klcc. Itulah  perumpamaannya . Patung helang yang besar tu sebagai symbol Pulau Langkawi.  Aku dengar patung itu nak dirobohkan. Nasib baik aku sempat bergambar dekat sana. Dataran Lang ini adalah salah satu tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran. Di sini juga adalah tempat best dan menarik untuk lepak pada waktu malam. 

Tempat-Wajib-Pergi-di-Langkawi

Skycab, Cable Car 
Yes. Cable car macam genting tu. Tapi cable car ini best lagi sebab ada view laut. Bayaran tiket naik calble car skycab langkawi itu untuk orang dewasa ialah rm30. Manakala untuk kanak-kanak rm20. Untuk mykad holder rm15 dewasa rm10 kanak-kanak. 

Tempat-Wajib-Pergi-di-Langkawi

Pantai Cenang Langkawi. 
Ok tempat wajib aku akan bawa member aku pergi. Dekat sini kemasukkan adalah percuma. Dekat pantai cenang ni memang banyak aktiviti pantai. Jadi jangan terlepas peluang. Aktiviti pantai seperti jetski, banana boat dan parasailing. Jika kau nak main parasailing, caj yang dikenakan untuk seorang adalah RM60. Untuk Jetski pula, kalau nak main, Rm150 untuk 30 minit. Untuk banana boat RM15/seorang. Kalau dalam 8 orang main dapat murah sikit.

Idaman Suri.
Ini rasa nak skip lah. Haha kalau boleh rahsiakan tempat ini dari pasangan anda. Sebab apa ? Sebab barang dapur dekat sini memang murah. Dah lah murah, berkualiti tinggi pulak tu. Kalau aku ikut family pergi sini mahu berjam jam aku kena tunggu. 

Haji Ismail Group
Hantu coklat boleh lah datang sini. Kepada yang mencari coklat murah untuk dibuat buah tangan. Boleh ke sini beli coklat secara pukal. Serious murah. Harga coklat dekat haji ismail group dengan harga coklat tempat aku duduk (kuching) macam bumi dengan langit. Serious murah coklat dekat Langkawi ini. 

Pulau Dayang Bunting
Pergi sekali je ok lah. Aku dah pergi. Nak pergi lagi maybe mm ok lah. Tapi wajib pergi untuk first timer. Best juga naik boat pergi pulau jauh-jauh dan dapat menyaksikan aktiviti beri makan burung helang.

Tempat-Wajib-Pergi-di-Langkawi
Aku dengan Posing yang pelik.(muzium 3D)
Muzium 3D Langkawi
Bayaran masuk muzium 3d RM30 org dewasa dan RM20 kanak2 dan warga emas.Kalau kau orang Kedah dan kau ada kad student IPT, kau akan dibagi diskaun. Macam aku tak dapat lah sebab aku bukan pelajar dari Kedah

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Tempat Wajib Pergi di Langkawi"

Try buffalo park and kilim geopark pula nanti, hihihi, dulu mai pernah stay langkawi sekejap..

buffalo park tak pernah pulak pergi. maybe ade lalu je hari tu... kalai kilim geopark tu yang ada gunung macam gorilla tu kan?

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top