------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tempat Makan Best Di Kota Samarahan


Tempat Makan Best Di Kota Samarahan
 Assalamualaikum pembaca sekalian. First time datang kota Samarahan ke ? Ataupun student uitm atau unimas yang sudah mati akal nak makan dekat makan. Ok zaman aku study dulu banyak je tempat makan best di kota Samarahan. Tapi tempat makan dalam uitm kampus 2 pun best jugak. Tapi tu lah makanan cepat habis and baris panjang. Ok aku akan listkan senarai tempat makan best sekitar kota samarahan. 



1. Oten (rasa indah oten)
Mungkin anda atau kau dah pergi tempat ini. Tapi memang aku suggest lepak sini memang best. Banyak pilihan menu. Harganya pun okok. Tak tahu jalan ? Guna waze lah bro. Pakai je jalan depan summer tu. Lurus je sebab kedai tu tepi jalan raya. 



2. My Kampung Restaurant 
Aku tak tahu masih buka ke tak my kampung tu. Tapi serious best lepak sini. Aku selalu kalau break hour selalu lepak sini. Kepada penggemar nasi campur boleh lah datang sini. Memang banyak menu disediakan . Rambang mata. Harganya pun boleh tahan murah and tak sangka semurah itu. Lokasi restaurant ini ? Sama building dengan bcck desa ilmu atau kedai borong sweetheart. Lokasi kedainya di corner bangunan. Hujung sekali menghadap perumahan. Pandai2 kau orang lah nak cari. 

Lamb Chop di Dapur Mak Wa

3. Dapur Mak Wa
Tempat ini best jugak. Nasik goreng nya sedap. Makanan Westen pun boleh tahan. Selalunya kalauaku lepak sini aku akan order nasik ayam butter. Sedap. 


Gambar aku dengan classmates pergi ke Samarahan Country Club.

4. Samarahan Country Club Restaurant. (Cafe di Club Goft Unimas)
Makanan sini sedap-sedap. Harganya murah. Tapi pastikan kau ada bawa kad student semasa datang ke restaurant ini. Ada student price. Menu untuk student semua harga rm5 kalau tak silap. Serta air sekali. Mee mamak dekat sini memang sedap. Sebab restaurant ini lah aku jatuh cinta dengan mee mamak. Aku cuba cari mee mamak yang senyaman ini. Tak jumpa doo. Tips lagi, kalau nak portion besar atau banyak. Elak order benda yang sama. Nanti mereka masak secara sekali jalan. 



5. Warung 2000 
Ok warung ini memang dah lama wujud.  Makanan pun boleh tahan sedap. Dekat warung ni banyak stall vendor hawker apa tah ada dekat tepi kedai. Jadi kau orang banyak choices lah nak makan apa. Warung 2000 ni terletak depan summer mall. Seberang summer mall je. 



6. RNJ 
Betul ke ejaan tu. Haha. Lama gila aku tak pergi makan sini. Sebab harganya ada  boleh lah tak berapa murah. Kalau nak makan sini, makanan favourite aku selalu order ialah ayam penyet. 



Sebenarnya banyak lagi tempat makan best di kota samarahan. Tapi aku tak berani nak listkan sebab tak banyak yang dapat bertahan dengan lamanya. Sekejap je buka lepas tu tutup buat selama-lamanya. Jika kau orang ada idea tambahan tempat makan best di Kota Samarahan. Sila share di ruangan comment. Insha Allah owner blog akan terjah dan review restaurant anda ok. 



Selain tempat makan. Banyak tempat jual makanan untuk kudapan tengahari dan petang di kota samarahan. Kalau nak beli cucur pelbagai jenis pada harga yang murah. Bolehlah pergi gerai cucur di desa ilmu. Terletak di depan kfc/kedai amer jaya/one stop.  Jangan salah kedai yer. Memang sedap cucur disitu. Ada 2 gerai. Kau boleh pilih gerai mana satu kau nak. Dua dua sedap. Kalau nak pergi tempat syurga makanan dekat kota samarahan, kau boleh pergi ke jeti feri kota samarahan di tanjung bundong tidak jauh dari dewan suarah kota samarahan. 



Uptown Kota Samarahan juga tempat yang best dan dianggap syurga makanan untuk orang kota samarahan. Memang banyak jenis makanan dan minuman dijual di Uptown kota Samarahan. Uptown ini akan bukan pada malam weekend sahaja. 


Anda, kau orang, korang. Thanks.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tempat Makan Best Di Kota Samarahan"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top