------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tempat lepak makan di Kuching waktu petang.


Tempat lepak makan di Kuching waktu petang. 
Assalamualaikum pembaca blog sekalian. First time datang kuching ke apa kau ini siap google mana tempat lepak best dekat kuching waktu petang ? Haha. Tempat lepak bagi aku adalah tempat makan lah kot. Ok aku list kan kat bawah tempat best lepak di kuching time petang.

Swee Kang

1. Swee Kang 
Haa kalau nak perkena abc, ice batu, cendol dan banyak lagi menu makan petang best. Pergi lah sini. Mee belacan kat sini memang mabeles. Laksa sarawak kat sini memang terbaik. Rojak sontong nya enak sekali. Haha. 



2. Lok An. 
Lok an tak jauh dari rumah aku. Selalu pergi sana kalau nak makan ice kacang, cendol , abc, abc milo. Makanan pula macam makanan yang terdapat di Swee Kang. Rasanya dua-dua sedap.


Cendol Mami

3. Mami Cendol. 
Recommended makan kat sini. Time petang best lepak sini. Banyak makanan banyak juak disini. Makanan yang ringan-ringan best dimakan waktu petang. Cendol sini memang mabeles. Banyak jenis cendol ada jual dekat sini. Cendol durian lah yang paling special. Jangan lupa minta extra gula apong(gula melaka) dekat owner kedai. Gula apong tu lah yang menaikkan rasa enak cendol tu. 


Virgin Coconut Shake


4. Virgin Coconut Shake Telaga Air 
Ok tempat ini agak jauh dari bandar. Air kelapa dijual disini memang terbaik meletop rasanya. Satu cawan dijual pada harga rm10. Agak mahal. Tapi rasa air nya memang berlemak berisi semua ada lah. 

Ok aku list 4 je. Banyak lagi tempat best tapi aku hanya terfikir 4 tempat ini sahaja. 😅. Kalau kau orang semenanjung. Aku suggest kau pergi ke Dp ice cream. Cuba ice cream gula apong disana. Memang sedap tak terkata. Haha.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Tempat lepak makan di Kuching waktu petang. "

Wah menarik ni. Maaf tanya, semua kedai yg dlm senarai ni halal ke?

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top