------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tempat Best Hiking di Kuching. Hiking activity around Kuching.

Assalamualaikum readers pembaca blog sekalian. Hari ini aku nak share sikit tempat best nak hiking di sekitar Kuching. Kepada yang baru mula nak berjinak dalam aktiviti mendaki ini. Keep it up. Teruskan. Aku pun beginner juga. Jadi disini aku nak share tempat best mendaki di sekitar bandar Kuching.  Kepada beginner atau pemula. Anda boleh pergi ke post saya ini untuk mengetahui tip tip beginner mendaki gunung. 



1. Gunung Serapi Kubah National Park 

Kepada beginner atau permula. Aku cadangkan kau mula mendaki gunung Serapi. Sebab apa aku cadangkan tempat ini. Sebab sudah dibina jalan bertar untuk memudahkan pendaki naik ke kemuncak gunung. Bayaran adalah rm10 untuk dewasa warganegara Malaysia. Boleh ikuti post saya ini. Ekspedisi Ke Gunung Serapi Kubah National Park



2. Gunung Gading Lundu

Bayaran Masuk Entrance Fees Ke Gunung Gading National Park

Ya aku tahu Gunung ini bukan di Kuching. Tapi tak apa lah kan. Gunung ini takde lah jauh sangat nak di pergi. Pergi sana mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. Ikut kelajuan kereta anda. Pendakian di gunung ini agak mencabar sebab tidak disediakan track jalan tar. 

Hiking Track

Semua track disediakan adalah tanah dan batu-batu. Apa yang best tentang gunung ini ialah anda akan dapat melihat bunga rafflesia di kawasan Gunung Gading ini. 


Aku belum buat entry ke Gunung ini sebab aku belum jejak kaki lagi ke sini. Insha Allah some day aku akan jejak kaki disini. Aku juga nak ucap terima kasih kepada Kenny Sigat atas perkongsian gambar dia pergi ke Gunung Gading baru-baru ini. Thanks bro.

3. Gunung Santubong 

Track Gunung Santubong yang Mencabar (90 Degree)

Gunung santubong tidak jauh dari Bandar Kuching. Pendakian gunung santubong ini agak mencabar kerana track nya memang curam. Mental dah fizikal kau kena kuat. Member aku banyak tak nak naik gunung ini. Jadi sampai ke hari ini aku belum ada kesempatan untuk mendaki gunung ini. Apa yang best mendaki gunung ini ialah tiada bayaran masuk dikenakan dan pemandangan di puncak gunung memang terbaik lah. 


Aku belum buat entry tentang gunung ini sebab aku belum jejak kaki ke sini lagi. Insha Allah one fine day aku akan ke sini. Terima Kasih Kepada Member aku Bro Nirman atas perkongsian gambar ke Gunung Santubong ini. 


4. Bako National Park 
Ok aku tahu tempat ini tak macam Gunung sangat. Tapi lebih ke bukit. Tapi aku dengar memang best jugak lah untuk mendaki dan meredah hutan di Bako National Park ini.  Tapi cost untuk pergi ke sini agak mahal lah. 


Actually banyak lagi tempat hiking best di sekitar bandar Kuching. Tapi aku masukkan tempat famous orang selalu hiking je lah ye. :)
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Tempat Best Hiking di Kuching. Hiking activity around Kuching."

rasa-rasanya org takut tinggi blh pas sik even ke tempat hiking paling senang? huhuhu. lom penah rasa hiking bena2 gik.

hhaa boleh jak. kedak nait tanggak jak hiking tok. yang penting kita enjoi

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top