------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Cara Halau Lipas (Petua Halau/Tangani Lipas)

Petua tangani,halau,matikan,elak kejadian lipas. Malam ini malam jumaat. Benda yang selalu bermain di fikiran ialah? Mestilah lipas. Lipas ? Anda kenal binatang ini ? Yang cute2 menjadi dambaan wanita-wanita diluar sana. Haiwan ini amat bagus untuk dijadikan haiwan peliharaan sebab ia membiak dengan lajunya. Lipas bukan malam jumaat sahaja ada. Tapi tiap-tiap malam. Tak adalah tiap-tiap malam. Sekali-sekala akan ada lipas lalu lalang atas badan kita waktu tidur. Mungkin ada serpihan makanan manis melekat dekat badan kita yang kita lupa buang. Kalau Amer, minyak rambut Amer malas nak basuh. Basuh muka sahaja. Lupa pulak minyak rambut itu bau buah-buahan. Memang lipas suka hinggap lah. Jadi aku memang anti betul dengan lipas ini. Aku tak geli just menyampah gila dengan kewujudan mereka ini. 

petua-halau-lipas-berkesan

Bukan dalam bilik sahaja. Ada di mana-mana. Di dalam bilik mandik apatah lagi. Dalam kereta jangan cakap lah. Kalau kereta dijadikan tempat makan-makan keropok, burger dan benda yang senang dimakan dalam kereta. Memang ada lah serpihan makanan jatuh ke atas lantai kereta. Lama sudah aku mencari cara dan petua menghalau lipas ini. Memang susah nak jumpa. Macam-macam ubat lipas aku beli yang spray serai wangi siap beli dari Melaka lagi tu. Memang tak lut. Jadi, aku akan sharekan petua-petua atau tips halau lipas di bawah. 

Letak Daun Pandan 
Aku tahu memang ramai dah tahu petua ini. Tapi mungki ramai antara kita yang salah buat. Kita hanya ambil daun pandan dan letak kat tempat banyak lipas. Salah tu. Kau kena ikatkan pandan tu dan koyak-koyakkan daun pandan itu untuk mengeluarkan bau pandan itu. Lipas memang benci dengan bau pandan sebab wangi. 

Letak Sabun Buku. 
Deria bau lipas ini kuat. Dia dapat cium dari jauh serpihan makanan kita. Jadi memang mudahlah tempat kita makan itu akan dihampiri lipas. Jadi aku cadangkan kau ambil sabun buku dan letak di tempat kau selalu jumpa lipas. Kalau nak berkesan lagi, kau potong dadu Sabun Buku itu biar bau wangi dia semakin semerbak. Lipas alah dengan bau wangi. Dia akan berlari bekejaran seindah bunga di taman. 

petua-halau-lipas-berkesan
Spray Lipas
Spray Buatan Sendiri
Aku kalau nak basuh muka dan gigi waktu malam hari. Memang tak sah bertembung atau bersempak dengan lipas ini. Aku tak dapat tengok. Hati ku geram. Nafsu membunuh aku membuak-buak. Jadi aku ambil gayung dan letakkan dua picit shampoo dan kocakkan atau goncangkan gayung sampai air dalam gayung itu berbuih banyak. Lepas itu kau siram air buih dalam gayung itu ke lipas tersebut. Confirm mati punya lipas itu sebab buih-buih shampoo itu tadi menutup liang pernafasan lipas. Aku merepek apa ini? Cakap buat spray. Dari situlah aku ada idea. Ambil botol spray, dan letakkan shampoo berapa banyak kau nak ke dalam botol itu, dan masukkan air memenuhi botol tersebut. Pastikan kau biar ada ruang sedikit agar sedang kau nak goncang botol spray itu untuk membuat buih yang sihat dan banyak. Apabila kau jumpa lipas, kau spray sahaja lipas itu. Perlu banyak kali spray lah untuk mematikan lipas tersebut. And kalau di tempat lipas selalu datang. Kau spray sahaja tempat itu. Lipas tak datang dah sampailah bau shampoo itu hilang. Macam aku, aku selalu spray dekat tong sampah. Agar lipas itu tak dapat kesan bau sisa makanan dalam tong sampah itu tadi. 

petua-halau-lipas-berkesan
Perangkap Lipas

Perangkap Lipas. 
Perangkap lipas ini kau guna botol sahaja. Botol coca cola atau pepsi. Kau kerat kerat sampai jadi macam perangkap dalam gambar aku syorkan. Letaklah umpan yang paling mengancin yang kau ada seperti emas ke, letak dalam botol itu. Kau boleh letak dalam kereta atau letak area rumah yang mana kau rasa banyak kehadiran makhluk bernama lipas ini. Aku dah cuba tips ini. Takda satu ekor lipas pun yang sudi datang makan kat kedai botol aku tu. Layan hipster rasanya. Tapi aku tengok feedback dekat blog lain atau google. Banyak nye dapat lipas. Siap buat makan dinner lagi. Itu aku tipu. Makan lipas ? Tidak berlaku di Malaysia. 

Jangan Bunuh Lipas dengan Cara Pukul Sampai Penyet. 
Ketika kau sedang best membaca novel. Tiba ada seoker lipas berjoget-joget di tepi kau. Kau pun terus terkejut opocot kau. kau terus menunjuk hero menyelamatkan diri sendiri dengan menghempas novel ke badan lipas tersebut. Papp. Pecah badan lipas tekeluar isinya warna putih. Dulu aku suka bunuh lipas dengan cara ini sebab aku tiada idea macam mana nak bunuh binatang ini dengan cepat. Guna ridsect dia sempat lari. Tapi now aku guna spray shampoo buatan sendiri itu. Ok back to our topic. Elak membunuh lipas dengan memukul lipas dengan barang. Sebab apa? Sebab, kalau badan lipas itu pecah. Ada ulat atau cacing kecil yang tidak nampak di mata akan keluar dari badan lipas tersebut. Cacing tersebut mungkin akan masuk ke dalam kaki anda tanpa anda sedari. Tak percaya sila baca google. Ini ilmu google dan pernah viral seketika lalu. 


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Cara Halau Lipas (Petua Halau/Tangani Lipas)"

hahah mun kmk hempas k penyapu. tp mun ridsect ada mmg pake ridsect lah xD

hahaha. bahaya oii empas pakei penyapu. ada ulat cute mute sik nampak di mata mungkin masuk ke kaki kita... kmk baca google lah haha. ridsect pun bagus juak tp angol cium bau ridsect

Hahahaha gempak betul pakai penyapu. Takut sgt ni.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top