Muzium Kucing DBKU (Cat Museum)

Ada apa di Muzium Kucing DBKU (Cat Museum)   bukit siol? Berapa bayaran masuk ke muzium kucing? Dimanakah lokasi museum kucing? Itulah pertanyaan yang selalu diajukan pelancong kepada orang tempatan. Museum Kucing ini adalah tempat wajib pergi di Kuching. Kalau anda tak pergi sini umpama tak lengkap percutian anda di Kuching.

muzium-kucing-dbku-kuching
Permandangan Muzium Kucing dari taman bunga. 

Dimanakah letaknya Muzium Kucing. 
Muzium ini terletak di atas gunung tertinggi di pulau borneo. Ok aku tipu. Mesti anda sudah terbayang pendakian yang memenatkan untuk sampai ke Museum ini. Ok kita serius sini. Museum ini terletak di atas bukit area Semariang bukit siol. Bukit yang agak tinggi tapi dapat dinaiki menggunakan kereta. Museum ini senang sahaja nak dicari sebab rupa bentuk museum ini memang unik seakan bentul bulu tangkis badminton.  Tidak jauh dari Giant Semariang. 

Berapakah Bayar Masuk Museum Kucing.
Bayaran masuk ke museum ini adalah percuma sahaja. Cuma, kalau anda semua ingin mengambil gambar menggunakan camera telephone. Anda perlu membayar RM2 atau RM3 di counter pembayaran di pintu masuk museum ini. 

Ada Apa di Museum Ini. 
Dalam museum ini menceritakan sejarah Kucing. Dan mungkin ada sejarah kenapa bandaraya Kuching diberi nama Kuching? Maafkan saya. Saya masuk dalam museum itu hanyalah untuk berfoya-foya sahaja. Dalam museum itu ada menceritakan pelbagai jenis kucing, bukan di kucing di Sarawak sahaja. Tapi kucing di seluruh dunia. Mumia kucing juga ada dalam museum ini. 

muzium-kucing-dbku-kuching
Pemandangan Bandar Kuching Dari Tempat Tinggi. 

Selain dari itu? 
Anda pernah pergi Langkawi naik skycab ? Atau pergi Pulau Pinang naik bukit bendera ? Sama juga dengan bukit Museum ini. Memang tinggi. Sampaikan anda dapat menikmati pemandangan Bandar Kuching dan gunung ganang sekitar Kuching. Tempat ini juga dijadikan tempat photoshoot untuk orang kahwin, family, dan orang graduate sebab pemandangan yang unik dan cantik. Jadi, saya boleh katakan Muzium Kucing DBKU di Kuching adalah tempat terbaik untuk melihat Sky View bandar Kuching. 

Pukul Berapa Museum ini Dibuka.
Saya hampir sahaja terlupa nak kongsikan waktu beroperasi museum ini. Museum ini dibuka pukul 9 pagi . Sebab saya pernah pergi museum ini pukul 10 pagi. Museum ini dan tempat ini tutup pukul 5 petang. Dan disekitar kawasan Muzium ini akan ditutup mungkin pada pukul 6.30 petang. Sebab aku pernah lepak dekat atas ini sebab buat pengambaran video mandarin. Ada pengawal mengarahkan kami untuk beredar sebab tempat itu hendak ditutup.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Muzium Kucing DBKU (Cat Museum) "

Alhamdulillah dah penah sampai. Okay laaa. igtkan ada kucing betul kan. hehe

kalau ada Kucing betul. memang mahal bayaran masuk dalam muzium tu . :D

takda transpot awam pigi sana ka? bas ka van ka.. hehe

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top