------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips dan Cara Makan Banyak Tapi Tak Gemuk



Assalamualaikum pembaca blog. Harap sihat-sihat selalu. Hari ini aku nak share tips makan banyak tapi tak gemuk. Macam mana ?


Banyak jugak orang tegur aku. Best nya Amer makan banyak tapi tak gemuk. Tak gemuk tapi kadang-kadang berisi jugak. Itu pun sebab aku tak follow tips yang aku selalu guna ini haha. Ok aku akan listkan tips tak gemuk aku di bawah.




1. Minum Air Mencukupi. 
Yes. Makesure kau minum air lebih dari 8 gelas sehari. Aku tak hitung. Asal aku minum selalu je untuk elak stress minum air kosong haha. Minum air putih banyak untuk mengactivekan lagi sistem metabolisma badan kau. Badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. 



2. Teh Hijau 2 Gelas Sehari 
Ya. Minum teh hijau memang membantu meningkatkan sistem metabolisma badan. Metabolisma ini adalah aktiviti pembakaran lemak terjadi. Teh hijau memang membantu membakar lemak dengan cepat. Aku amalkan 2 gelas setiap hari. 2 gelas equal to 2 uncang teh. 



3. Makan Oat. 
Masa terbaik untuk kau makan oat ialah watu sarapan pagi. Oat ini membantu korang rasa kenyang pada masa yang lama. 



4. Makan Banyak Pada Waktu Pagi hingga Petang. 
Kalau kau nak makan banyak, silalah pilih makan waktu siang hari. Sebab metabolisma badan memang aktif waktu siang hari membakar lemak. Tapi lepas makan jangan lah terus tidur. Aktif kan sikit badan itu seperti berdiri 15 minit depan tv. Atau berjalan-jalan 10 minit macam itu. 



5. Minum 10 minit Sebelum atau Selepas Makan.
Ini tips yang aku selalu amalkan. Aku tak tahu kenapa. Dato fardhilah kamsah(aku eja sebarang) cadangkan cara ini. Kalau boleh jangan terus minum selepas makan. Tunggu seketika sampailah perut korang hilang rasa kenyang. Then minum. Tips ini boleh mengurangkan masalah perut buncit juga ye kawan-kawan. 



6. Bersenam. 
Bersenam tak semesti nya kau berjogging dekat taman. Dalam rumah pun boleh. Buat lah senaman ringan. Macam push up, pumping, atau squad. Aku selalu buat pumping sahaja. Tapi sebaiknya korang buat senaman plank. Sila google the benefit of plank atau kebaikan melakukan senaman plank. 



7. Jangan Makan Selepas Pukul 7. 
Ada orang kata jangan makan 4 jam sebelum kau tidur. Aku tak tahu. Kalau boleh lagi awal lagi bagus. Makan masa maghrib pub ok jugak. 



That's all. Kalau kau ada tips tambahan silalah tambah. Kalau ikut tips kakak aku. Lepas je dia makan banyak atau makan time lewat malam (sebab lepak dengan kawan). Dia akan minum teh orang kampung. Aku belum pernah cuba lagi teh itu. 😅. Nanti aku buat review pasal teh hijau dan teh orang kampung.
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Tips dan Cara Makan Banyak Tapi Tak Gemuk"

hmm. minum aek byk dah, green tea lebih dari 2 gelas dah, exercise dah, sik makan kol 7 dah, makan oat dah tapi semua ya sikda efek ke kmk hahahah! sobs. nang badan tok sik nyuroh susut kali x'D

oi kitak orang miri kah? Maybe sebab ktk sikda exercise kot? Lupak juak nak masukkan dalam entry tok yang metabolisma ompuan ada slow sikit.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top