Kurus dengan Teh Herba Orang Kampung dan Teh Hijau

 Hari ini aku nak kongsikan tips, kebaikan, testimonial, dan cara Kurus dengan Teh Herba Orang Kampung dan Teh Hijau Boh. Tanpa disedari aku juga nak memberi feedback dan review Teh Herba Orang Kampung dan Teh Hijau boh. Adakah produk ini berkesan menguruskan badan. Pembaca blog dan pelawat blog. Mungkin anda tertanya-tanya keberkesanan teh herba orang kampung dan teh hijau berkesan atau tidak untuk menurunkan berat badan. Hari ini aku nak review 2 produk ini. Teh herba orang kampung dan teh hijau boh. 

teh-herba-orang-kampung
Teh Herba Orang Kampung

Teh Herba Orang Kampung
Kita mula review tentang teh herba orang kampung. Aku tidak pernah consume atau minum air teh hijau ini sebab aku tak nak banyak sangat amal benda lain untuk kurus. Aku ada kurus cara sendiri. Bak kata orang, lain orang lain caranya. Kau orang bolehlah cuba amalkan tips aku kurus. Iaitu Tips dan Cara Makan Banyak Tapi Tak Gemuk dan Cara Cepat Kurus Dalam Masa 2 Hari?. Dan mungkin juga anda ada masalah perut buncit? Anda boleh baca article saya ini Tips dan Cara Kempiskan Perut Mudah dan Murah.

Aku nak bercerita tentang kakak aku. Kakak aku ini pengamal setia Teh Herba Orang Kampung. DIa selalu suruh aku pergi beli Teh ini dekat mana-mana kedai jamu. Kakak aku ini nak masuk training polis. Menjadi satu keperluan untuk dia menguruskan badan. Jadi apa yang aku tengok rahsia dia kurus adalah dengan meminum teh orang kampung. Apa yang aku perasan dengan perubahan dia ialah badan semakin susut atau kurus, timbang menurun dari 90 hingga ke 85. (Berat sekarang waku training 75kg). Tahniah.

Kesan sampingan minum air teh ini ialah anda akan kerap ke jamban untuk membuang air besar. Kakak saya selalu akan minum teh orang kampung ini selepas dia puas makan untuk cheat day. Esok harinya umpama dia melepas membuang semua yang dia makan malam semalam. Untuk melajukan proses pembakaran lemak. Kakak aku ada juga jogging dan buat exercise sikit. Memang teh orang kampung ini memang membantu kakak aku turun berat badan. Kakak aku ada juga membuat review tentang Teh Herba ini kalau nak baca sila Click Sini. Kakak aku siap letak gambar sebelum, dan selepas dia mengamalkan teh orang kampung ini. Bak kata dia, teh herba orang kampung ini juga boleh menyelesaikan masalah bau badan. Dia membuang toksin dalam badan dan membuang bau badan. 

teh-hijau-boh-murah
Teh Hijau Boh


Teh Hijau
Aku sudah lama minum air teh hijau ini. Dulu aku cari teh hijau lipton. Tapi aku tak jumpa. Yang aku jumpa boh sahaja. Jadi aku belilah teh hijau boh. Memandangkan teh ini berkesan menurunkan berat badan aku. Aku pun terus minum air teh hijau boh ini. Aku tahu waktu final exam berat badan aku mudah naik. Selepas final exam aku akan amalkan minum teh hijau. Serious memang berkesan. Orang sekeliling akan tegur. Eh dah kurus dah kau sekarang. Padahal kau rilek je tak stres pasal berat badan. Makan pun macam biasa. Tapi tiba-tiba orang cakap kita kurus. Kau pun tak perasan berat kau turun atau kurus.

Jadi aku cadangkan kepada kau untuk mulakan amalan meminum teh hijau. Aku waktu aku rasa aku gemuk je aku minum air teh hijau ini. Kalau rasa dah kurus aku berhenti. Kalau nak amalkan. Minum 3 cawan (1 cawan / 1 uncang teh) dalam sehari. Tapi aku kalau rasa malas. Aku akan minum 2 atau 1 cawan sehari. Pagi dan petang. Jangan lupa minum air kosong yang banyak juga. Cara membuat teh hijau ini senang sahaja. Kau ambil satu uncang teh letak dalam cawan (semakin besar cawan atau gelas semakin bagus) dan letakkan air panas. Biarkan teh itu berendam dalam air panas. Kalau dah sejuk boleh lah minum. Ini untuk memastikan teh itu sebati dengan air panas itu tadi. 


Maafkan penggunaan aku dan kau dalam entry. Rasa kekok dan awkward bila menggunakan bahasa saya dan awak. Jika ada pertanyaan. Sudi-sudilah comment dekat bawah. Free je tak perlu bayar. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
13 Komentar untuk "Kurus dengan Teh Herba Orang Kampung dan Teh Hijau"

bagusnya tips nie. BV suka je minum teh, tapi teh biasa2 je atau teh ais lemon :D

Teh orang kampung mmg berkesan, kalau jenis sembelit mmg sesuai minum ni, hihihi.

Dulu mak Ain minum la teh ni. Skrg dah jarang la nmpk org minum.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

Lama x nampak teh orang kampung ni...green tea tu mmg selalu je minum :)

tapi teh hijau memang sedap diminum . lagi2 kalau sejuk

owhh baru tau.. ingatkan untuk kurus je hihi

Mak Ain dah sihat kot. tu lah stop minum..

sama la kita. minum teh hiaju je :D

sy mmg ada masalah nak membuang...teh org kg mmg bagus tuk setel masalah...sy mmg amalkan....berat badan pun leh turun gak....

saya tak amalkan teh ni. lagipun teh herba kampung ni mahal sikit. jadi saya amal teh hijau boh je :D

Ulang alik ke tandas tak kalau first time minum teh orang kampung tu?

Nak tanya yang teh herba orng kampung tu satu uncang blh pakai brapa kali ye?

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top