------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Hotel Bajet Dan Murah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Assalamualaikum blogger dan pembaca sekalian. Kali ini aku nak share hotel bajet dan murah di sekitar Bukit Bintang. Aku tahu korang nak cari hotel yang murah, selesa, dan selamat. Aku akan kongsikan hotel itu di bawah. Senang sahaja nak cari hotel murah di Bukit Bintang ini. Kau guna trivago pun boleh. Tapi itulah. Kau takut gambar hotel itu indah khabar dari rupa. Kali ini aku nak rekomendasi hotel di Bukit Bintang yang murah dan selesa. Bak kata orang Indonesia tempat seru



Aku lebih suka stay di Bukit Bintang sebab apa ? Sebab sini suasana malam nya sangat lah meriah. Selain daripada suasana malam. Bukit Bintang ini memang senang nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Macam nak bergerak ke KLCC senang sahaja guna free bus yang ada. Hotel-hotel yang aku senaraikan di bawah ini ialah hotel yang dekat dengan monorail Bukit Bintang.  Kalau nak cepat guna Monorail pun boleh.  Ok senarai hotel bajet yang pernah aku pergi sebelum ini : 

Ceria Hotel. Nak CheckOut.

Ceria Hotel.
Ceria Hotel ini agak jauh dari Bukit Bintang. Tapi yang kaki jalan itu aku rasa tak jauh. Bagi aku pun tak jauh. Dalam 0.5km macam itu atau kurang. Kalau lelaki boleh lah lepak-lepak malam dekat bukit bintang. And balik akhir waktu malam. Kalau wanita tak digalakkan sangat. Hotel ini terletak di belakang bangunan berjaya times square. Harga untuk satu bilik rm80 macam itu. Memang selesa, privasi dan puas hati. Kalau kau nak turun KL central misalnya. Memang mudah. Hanya menggunakan monorail. Kau pergi sahaja monorail station imbi. Kalau kau nak ke Hotel Ceria ini dari KL Central. Kau beli Haluan Monorail menuju ke Jalan Imbi which is Station BTS Berjaya Times Square. Kalau kau pandai jalan kaki di area Bukit Bintang, kau boleh sahaja berjalan ke bukit bintang dari Ceria Hotel tanpa menggunakan monorail.

Cardogan Hotel 
Hotel ini tidak jauh dari bukit bintang. Tidak jauh dari kfc bukit bintang. Jalan seminit dua je dah sampai.  Hotel ini agak mahal. Aku letak sebab aku pernah stay sini waktu first bermalam di Kl. Harga semalam untuk satu bilik 3 katil rm140. Mahal bukan ? Tapi selesa, privasi, dan dekat dengan Bukit Bintang. 

Hostel. Agak sempit. 

Palm Lodge Hotel
Ok hotel ini aku baru je pergi awal tahun ini 2016. Memang trip bajet gila lah. Sebab kali ini aku tak ada member lelaki nak join trip ini. Jadi aku ada 2 member perempuan. Pecah kepala aku nak atur bajet hotel. Ye lah nak stay satu hotel sama dengan member aku nak selamat. Jadi aku stay hotel ini sebab ada dorm atau hostel. Hotel ini ada sedia khas hostel lelaki dan hostel perempuan. Disebabkan ramai member lelaki tak nak join trip ini. Aku memilih untuk stay hostel buat kali pertamanya.  Sewa hostel semalam adalah rm17 sahaja. Manakala member aku perempuan 2 orang stay dalam 1 priavte room with double beds rm50 macam itu untuk semalam. Murah bukan ? Tapi.... agak tidak selesa lah stay hotel ini. Tapi selamat. Lagi pun hotel ini untuk tidur dan mandi je kan. Better bawa towel sendiri kalau nak stay hotel ini. 😅. Lepas itu yang duduk hostel. Boleh siap sedia bawa selipar sebab bilik mandi kongsi dekat luar bilik. Kalau nak lebih lanjur tentang hotel ini. Boleh click laman web ini : Palm Lodge Hotel 


Aku tak kisah hotel itu berapa bintang, dia nak 1 2 3 4 atau 5 bintang kah. Asalkan murah dan selesa. Hotel yang aku senaraikan di atas adalah hotel yang aku pernah stay. Tiga-tiga memuaskan tapi paling selesa ialah Hotel Ceria. Banyak lagi hotel yang murah di sekitar Bukit Bintang ini kalau korang rajin geledah laman web trivago. Tapi hotel yang aku senaraikan di atas. Palm Lodge Hotel paling dekat dengan Bukit Bintang Pavilion dan hotel ini berhadapan dengan KFC bukit bintang
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Hotel Bajet Dan Murah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top