Tempat Makan Best Di Kuching : Bakso Sedap Di D'Warong Syawal Jalan Semariang Kuching

Assalamualaikum readers. Seharian ini dah semalam aku tak ada update apa-apa dalam blog atas sebab busy mengatur balik design blog ini. Aku rasa sudah tiba masanya untuk back to basic. Kembali kepada normal. Blog biasa-biasa sahaja seperti blog permula. Sudah lama aku tidak bergiat dalam mengatur template blog dan juga menghias blog dengan gadget terbaru. Agak rumit dan leceh sebab banyak coding yang aku sudah lupa. Benarlah kata orang, kalau tiada minat, tak kan terhasillah sesuatu pekara itu. 



Aku tahu aku menyimpang. Aku nak cerita ni. Dari malam semalam member aku ajak lepak makan bakso dekat kedai Jalan Semariang ini. Tapi aku tak minat bakso wei. Haha. Jadi aku tolak mentah-mentah idea dia dan pergi ke kedai yang kami selalu pergi. 

Nak dijadikan cerita. Malam ini aku rasa macam nak perkena bakso. Jadi aku ajaklah member aku ini teman aku makan bakso. Then, sampai je ke kedai bakso D'Warong. Aku terkeliru dan dilemma sebab tahu dekat kedai ini ada jual Mee Kolok Sarawak. pergh my favourite. Terus member aku cakap takpe aku order dua. Nanti bakso kita share. Haha. Kebetulan member aku ini minat sangat makan Mee Kolok Sarawak. 


Apa yang aku nak cakap ini ialah Bakso dijual disini memang terbaik dan sedap. Aku tak tahu lah kalau ada bakso lain area Kuching yang sedap macam ini. Macam-macam campuran dalam bakso ini. Tapi yang aku lebih suka ada meatball atau berbola daging. Serious sedap. Mee Kolok memang tak tahu nak cakap macam mana. Memang sedap. Sekejap sahaja makan dah habis. 

Nisa Hasnan antu Mee Kolok tapi Hantu Bakso jugak.

Aku memang recommend dengan kawan-kawan aku yang lain untuk try test makan kat sini. Aku nak suggest family aku makan kat sini juga some day. Malam ini first time aku makan bakso and alhamdullilah bakso itu tidak menghampakan dan sedap. 

Harga nya memang berpatutan. Teh Tarik and kebanyakkan air yang kami order berharga dalam RM2 untuk satu gelas. Mee kolok pulak berharga RM5. Dan Bakso juga berharga RM5 juga. 



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Tempat Makan Best Di Kuching : Bakso Sedap Di D'Warong Syawal Jalan Semariang Kuching"

Mok Coba eh! huhui komen lok hehehe..

cuba jak. asal sanggup turun kuching ahaha

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top