------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Aktiviti Malam Hari di Kuching. Night Time At Kuching

Seriously guys, everytime keluar lepak-lepak malam di Kuching. Selalu sahaja tiada idea nak lepak dimana. Actually, there is a lot of interesting place untuk lepak di Kuching during night time. Tak perlu belanja banyak duit. Saya akan senaraikan tempat-tempat best dipergi di Kuching pada waktu malam. Tempat-tempat best untuk dikunjungi di Kuching pada waktu malam.

Pemandangan Kuching Waterfront Di Malam Hari

1. Kuching Waterfront.
Ok. Ini adalah kawasan wajib yang pelancong atau orang tempatan pergi setiap hujung minggu ataupun ketika masa lapang. Kuching Waterfront tempat yang selamat untuk dipergi kerana disana banyak polis dan pengawal menjaga kawasan. Selain itu, terdapat banyak gerai makanan atau kiosk berada di sepanjang jalan Kuching Waterfront. Ada jual souvenir juga. Kuching Waterfront adalah salah satu tempat untuk membeli buah tangan atau souvenir di Kuching. Terdapat banyak penghibur jalanan atau busker sepanjang kaki lima Kuching Waterfront.


Anda juga boleh sewa Beca Kuching. Beca ini hanya terdapat atau available di waktu malam sahaja. Beca Kuching tidak seperti Beca Berhias Melaka. Beca Kuching berlampu lip lap dan anda sendiri yang perlu mengayuh beca tersebut. Bayaran sewa beca dalam RM25-RM30 untuk sejam.



Uptown Civic Center 

2. Uptown Civic Center 
Di Kuching juga ada Uptown atau night market. Jika anda ingin mencuci mata boleh lah datang ke Uptown Civic Center. Disini ada menjual pakaian, alat-alat make up, makanan, minuman dan alat-alat elektronik. Uptown ini dibuka pukul 6 petang hingga pukul 12 malam. Mungkin akhir ikut hari sibuk atau tidak. Kuching Uptown Civic Center ini hanya dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. 



3. Uptown Metrocity
Uptown Metrocity beroperasi pada hari biasa atau weekday. Dibuka dari pukul 6 petang hingga 12 malam. Kepada pencinta makanan, anda boleh cuba pergi ke Uptown ini kerana terdapat banyak makanan-makanan yang enak dan minuman-minuman yang sedap di jual disini. Uptown ini terletak tidak jauh dari McD Matang.  Uptown ini hanya dibuka pada hari Selasa sehingga Khamis. 



4. Taman Sahabat 
Selain dari Kuching Waterfront. Anda juga boleh berkunjung ke Taman Sahabat. Taman sahabat ini tidak jauh dari Shopping Mall the spring. Di taman sahabat ini anda akan berasa berada di Negara China kerana di sana banyak bangunan-bangunan berbentuk bangunan China dibina disana. Taman Sahabat terletak di Jalan Song, mengambil masa dalam 30 minit perjalanan dari bandaraya Kuching. Disini anda akan dapat melihat  Replika Gergasi Laksamana Zheng He yang pada sejarahnya telah mengetuai Ekspedisi Pelayaran Pertama daripada tujuh pelayaran pada 1405~1433 ke Asia Tenggara.



Damai Central Di Waktu Pagi

5. Damai Central 
Jika anda mempunyai kereta sewa atau apa-apa jua jenis kenderaan. Saya cadangkan anda pergi ke Damai Central. Jika anda ingin lari sebentar dari kesibukan bandar Kuching. Anda boleh menenangkan fikiran anda di Damai Central. Damai Central ini terletak tidak jauh dari Gunung Santubong. Damai Central ini juga terletak di tepi laut. Di Damai Central ini juga terdapat banyak kemudahan seperti Kedai Makan dan orang bekareoke. Anda juga boleh lepak di tepi pantai. Kemasukkan ke tempat ini adalah percuma. Jangan salah masuk tempat sudah lah. Guna waze. Terus ke Damai Central. Damai Central terletak jauh dari Bandar Kuching dan ia terletak berdepan dengan Kampung Budaya. 

Terdapat banyak lagi tempat untuk anda berjalan-jalan di Kuching pada waktu malam. Anda boleh menaikki perahu tambang di waterfront. Diseberang waterfront Kuching, ada Kampung Boyan. Disana juga terdapat banyak tempat makan dan banyak kedai Kek Lapis Sarawak. Bayaran perahu tambang tidak mahal. Lebih kurang dalam RM1 untuk jalan sehala. Kalau 2 hala RM2. Anda juga boleh pergi ke ICOM Square. Tempat baru untuk lepak di Kuching. 



Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Aktiviti Malam Hari di Kuching. Night Time At Kuching"

Salam bos..9mac 2017 flight sy prgi ke kuching..tp prgi alone..ada mmber nk join x..if ada email sy waklu6065@yahoo.com

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top