Rahsia Aku Dekan GPA 3.5 Versi 2016


Rahsia Aku Dekan GPA 3.5 Versi 2016 Serious aku tak tahu nak blog pasal ape. Jangan marah kat aku k. Ok. Aku ni final year student bachelor in administration science. Sepanjang aku belajar diploma and degree ni. Aku hanya mampu dapat dekan satu sem je. Tu pun time degree ni ha. Last semester aku cuba untuk dapatkan dekan. Tapi malangnya :( hampir-hampir nak dekan. And orang cakap kalau takde rezeki memang takde rezeki lah kan. 

Sebab aku gagal untuk mendapat dekan semester lepas disebabkan aku demam pada last paper. Last paper aku adalah Human Resource Managment. Subject yang aku agak minatlah. Dengan berbekalkan carry mark sebanyak 37/40. Aku terus target A subject ni. Apa kan daya lusa nak final exam ini aku pun jatuh demam. Nak belajar ? Memang susah nak masuk ilmu tu. 


Ok. Nak dekan actually agak senang. Korang tak perlu lah aim macam nak dapat 4 flat. Itu mission impossibru. Tapi tak salah letak aim tinggi sikit dari 3.5 tu. Cuba letak 3.6 sebagai sasaran. At least jatuh sikit sasaran korang masih jugak dekan kan. Dekan ini untuk uitm 3.5. Universiti lain, lain pulak pointer untuk dekan nya. 


Ok kita terus ke tips. Aku ringkaskan dan padat yer. 


Niat
Ha yang ni paling penting. Korang rasa gelabah nak belajar tu sebab korang belajar kerana final exam kot. Walaupun itu kebenarannya. Tapi korang niatlah belajar kerana Allah. 


Jaga Kesihatan
Haha. Mesti ramai gelak? Cheh ini baby dalam perut pun tahu. Tak. Manusia kan. Mudah terlupa. Chewah. Time aku final exam tu aku terlupa nak jaga kesihatan. Aku tak ambil vitamin C. Aku tak exercise sebab busy nak pulun belajar. Aku .... suka minum air-air yang manis lepas tu aku tak consume banyak air. Resultnya, aku jatuh sakit atas izinnya juga. Jadi, sebagai pengajaran, time final exam aku minum scoot emulsion which is bagus untuk badan sebab vitamin C. Aku juga minum 8 gelas air suam. 



Tahu masa study belajar yang sesuai 
Ok jaga kesihatan sudah. Ok sini amer nak tekankan tak ramai student tahu masa afdal untuk belajar. Amer time diploma dulu, tak tahu jugak masa afdal untuk belajar. Belajar je lah asal ada masa terluang. Tapi korang tak tahu kalau masa tu tak sesuai untuk korang belajar, apa yang korang baca tu susah nak masuk. Buat apa  baca buku atau note kalau tak paham atau susah masuk kan? Better korang rilek-rilek tengok tv je. Bila rasa dah nak study baru study. Jangan paksa diri melainkan keadaan memaksa. Haha. self-urgency kata orang.  Eh bebel panjang. bila masa study paling afdal kata pembaca dengan nada sinis. SIni aku letakkan sekali gambar-gambar yang memberi panduan kepada korang time bagus nak study. Oh ya kalau boleh elak belajar time asar. Ini aku dapat dari student ANC. Haa dia cakap jangan belajar time asar sebab masa tu untuk beriadah. 



http://36.media.tumblr.com/79e3c09c0f14f7f44801e3414ab1323e/tumblr_n277zrdQdn1ttsefoo1_500.jpg
Sumber gambar : google

Gambar diatas menunjukkan masa yang paling sesuai untuk study. Sila save gambar ni dalam hp untuk rujukan. 




Cuba dapatkan carry mark setinggi yang mungkin

Kepada korang-korang yang ingin nak naikkan pointer sehingga 3.5. Korang harus juga dapatkan carry mark yang tinggi. Test korang buat elok-elok. Sebab selalunya test, chapter yang keluar sikit je tu pun boleh pilih chapter mana nak belajar chapter mana nak skip. Yang tak dapat nak skip chapter, baca je lah semua chapter yang lecturer korang kata keluar tu. Baca semua tapi focus 2 or 3 chapter yang korang rasa senang nak faham. Don't waste ur time and energy all focus untuk test. Kalau dapat baguih naa. Lepas tu, assignment buat elok-elot. Kalau ade copy paste sediakan references cantik2 untuk pikat hati lecturer. Time presentation buat elok-elok kalau boleh afal lah skrip yang awal-awal tu untuk present. 



Baca nota slide dahulu. 

Student BAS am228 atau bachelor in admin science ni adalah student yang kuat membaca. Tapi tak semua dianugerahkan minat membaca. Macam aku ni? haha. payah payah. Baca pun belum tentu masuk. Lagi-lagi lah course kami ni banyak subject yang buku nya tebal tebal. Dalam satu sem ada 8 hingga 9 subject. Parohhh wei. Jadi disini abang  aku nak suggest kat korang untuk baca slide slide yang lecturer korang bagi. Bacalah slide dari chapter 1 hingga chapter last. Alhamudullilah kalau korang dapat paham. Kira dekan lah tu haha. Kalau korang tak berapa faham dengan nota slide tu. Only then korang baca buku teks tebal tu. Baca tu janganlah baca semua text. Selalu nya mainpoint ada dalam first paragraph. Korang cuba cari mainpoint dia je untuk kepafahaman korang. Nanti dalam exam senang lah nak explain pepanjang once korang dah faham. Kalau dah faham senang jugaklah nak bagi contoh bebanyak dalam essay nanti. Ingat, jangan bazir masa baca buku tebal tu lagi-lagi kalau esok lusa nak exam. Kalau dari awal sem takpelah :D 


Buat nota yang ko sendiri mudah faham. 

Ini membantu. Kalau boleh buat nota yang sesimple yang mungkin. Jangan lah panjang2 nanti korang pulak gabra tengok nota yang korang buat tu panjang. Buat nota pakai keypoint and elaborat pakai ayat sendiri. Faham tak ?  tak paham aku ni mer.(jawab reader dalam nada sini).  Ok aku bagi contoh nota aku.







Seperti yang korang tengok nota aku tu. Setiap  chapter aku cuba letakkan dalam satu page setakat yang aku mampu. Kalau banyak aku terpaksa lah letak page belakang. Inilah cara aku pshyco diri aku untuk belajar. Semakin korang rasa korang dah belajar semua benda walaupun korang hanya tahu general knowlegde pasal setiap topic tu. At least korang tahu. At least korang ada idea nak explain macam mana. Kalau boleh Nota yang korang buat sendiri tu gunalah bahasa ibunda. Bahasa melayu. Kalau nota aku, aku selitkan bahasa sarawak. Memudahkan lagi untuk aku memahami. 


Berdoa dan bertawakal. 
Ok. ini semua orang tahu. Jangan hilang kerbegantungan kita dengan Allah. Berdoa itu senjata mukmin. Berdoa masa sujud akhir solat.  Kalau boleh solat hajat pada malam hari lebih afdal. Jangan lupa untuk minta restu dari ibu bapa dan lecturer. Minta dorang doakan kita dipermudahkan menjawab soalan final exam. Waktu sebelum membuka soalan, lebih eloklah membaca 3 qul dan membaca surah ayatul kursi sampai hati tenang barulah buka kertas soalan. Dan sebelum hantar paper ke pengawas bertugas, eloklah membaca bismilahhitawakaltu.  Lepas abis exam jangan discuss jawapan dengan student lain. Takut korang rasa jawapan korang salah dan korang pun hilang kebergantungan dengan Allah. Lepas exam terus on mode tawakal. :D


Aku doakan pembaca-pembaca blog aku dipermudahkan menjawab paper exam yang akan mendatang :D. Selamat belajar ya adik2 juniorku. 




Bagikan :
+
Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Rahsia Aku Dekan GPA 3.5 Versi 2016"

wuhuuu thanks for sharing! :) btw, ambil BAS di uitm mana?

tahniah.. btw nak tya skrg dekan minimum msih 3.5 or above?

thanks. Yes. Masih sama lagi.. kalau pointer dpt 3.5 (dekan degree dan diploma) utk GPA kita sem tu. dekan lah kita. Kalau 3.49 tak dekan. Kalau untuk master pulak. dekan dia 3.8 rasanya kot.

Thanks for the tips.. belum ada rezeki nak dapat dekan lagi hahaha

Insha Allah nanti ada lah rezeki tu :D maybe course awak susah kot .. aras pemikiran yang tinggi

Kadang kadang ada jugak yg kejar dekan utk ape??utk dibanggakan..salah tu jika hanya mahu org pandang kita.. Allah x suka kita riak..niat belajar kerana Allah..

Kadang kadang ada jugak yg kejar dekan utk ape??utk dibanggakan..salah tu jika hanya mahu org pandang kita.. Allah x suka kita riak..niat belajar kerana Allah..

Dekan tu die kira cgpa ke gpa eh? Konfius la.hehe

Untuk tengok dapat dekan ke x..tengok kt GPA ye??walaupun sem 2 ke sem 3 ke atas ke?

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top