Awas! Inilah Punca Traffic/Visitor Blog Menurun.

Assalammualaikum . Setelah sekian lama membisu. Kini aku nak menaikkan semula traffic blog aku yang semakin hari semakin menurun dan merosot. Kalau dulu bolehlah senang dudok dengan visitor 1Riban sehari. Tapi sekarang menurun ke 500 then turun lagi ke 100. ok. Ada sebab menyebab kenapa visitor semakin susut nilai ? eh ? haha






1. Gatal tangan tukar domain blog.
Haha. Yep. Ini adalah salah satu punca utama kenapa aku punya visitor jatuh mendadak. Sedih dan hampa. Tapi apa boleh buat tahi kambing bulat...  Kepada korang, jangan tukar domain ok sebab domain ni umpama akar atau root untuk mesin pencarian google untuk mengenali blog korang tu dan mudah untuk dijumpa dalam google. Semakin tua umur url atau domain korang tu semakin SEO friendly lah url korang tu. SEO friendly ni macam, korang update post, dan post korang terus masuk dalam page 1 pencarian google.



2. Kurang Berblogwalking.
Haaa. kalau nak visitor ramai kena rajin blogwalking. Join Segmen and contest mahupun giveaway. alahai lama nye aku tak ikut segment2 ini. Ini juga salah satu punca kenapa aku punya visitor blog jatuh mendadak. Sekarang ni ada masa lebih sikit untuk aku join segment2.



3. Kurang update blog.
Ni lah paling malas. Nak update blog. Tajuk dah ada , trip ke singapore, ke krabi, ke langkawi. Tapi disebabkan kemalasan melanda. haaa ... Berhabuk lah blog.



Ape lagi ye punca visitor berkurangan. Banyak lagi lah. Maybe aku tak jamu visitor yang datang dengan seuncang teh dan sekeping roti . Mungkin lah. :D lepas ni kena kerja keras untuk naikan lagi traffic blog ni. Kepada korang yang ada tips nak naikkan traffic blog. share2 lah ke ruangan komen :D thanks


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Awas! Inilah Punca Traffic/Visitor Blog Menurun. "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top