------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Percutian Bajet Murah Berbaloi Ke Universal Studio Singapore USS

Memandangkan aku tak lama lagi nak pergi ke Singapore buat kali ketiganya. Lebih baik aku start menulis blog tentang trip bajet aku dengan kakak2 aku tok. Trip pertama dengan family parent lah. Kali kedua dengan adik beradik. And kali ketiga ni Insha Allah dengan kawan-kawan. Di bawah aku ringkaskan semua benda sebab aku pun malas nak baca pepanjang ini.

1. Dari Airport Senai ke Hotel.
Trip kali ini ke Johor Bahru, Sampai je Airport Senai, boleh ambik teksi airport untuk ke Tune Hotel atau Zoom In Hotel, Danga Bay. Untuk teksi, kitaorang dicaj RM44 ye one way sahaja. Aku tak tau la murah ke tidak. Sebab aku jarang guna teksi di Kuching mahupun di Klang.

2 .Hotel
Ok. Memandangkan percutian ini super bajet. Mestilah tempat penginapan murah dipilih. Adakah hotel murah di Singapore ? Kalau hotel di Singapore memang aku tak tahu pulak nak suggest yang mana. Kita kan rakyat Malaysia, jadi cubalah sedaya upaya untuk support negara sendiri. Untuk penginapan aku suggest Zoom In Hotel and TuneHotel. Memang Berbaloi. Rate bilik untuk semalam adalah Rm150. Korang boleh dapat murah lagi dari tu kalau rajin godek2 laman web dorang.



3. Beli Tiket Universal Studio Singapore Murah Dimana ?

Ok. Buat yang menginap di Zoom In Hotel mahupun Tunehotel, korang boleh direct ke area lobby hotel Tunehotel tu sebab sana ada tempat Travel Agency Odssey. Kira dorang aturkan perjalanan korang pergi ke USS nanti. Dan untuk tiket USS+Tiket bus untuk seorang adalah RM195 (tiket universal studio murah). Kira murahlah tu. Sebab dah disedia transport sekali.






Actually yang deal pasal tiket ni akak aku yang handle. Sebelum dia pi pergi Johor Bahru, dia dah call Travel Agency ni untuk booking 4 tiket ke Universal Studio Singapore. Takut la, nanti datang-datang ke Johor tiket takde pulak. Ok, untuk korang yang nak plan dan book tiket USS boleh direct call dan booking di no ni ok.. Nombor telefon Travel Agency Odssey, Danga Bay 07-2323092. Korang boleh call dan booking, dan mereka akan mintak deposit ye. Macam akak aku hari tu cuma deposit rm100 je dan whatsappkan je bukti pembayaran ke nombor yang diorang sediakan.



So, bila dah sampai JB, akak aku terus pergi Travel Agency tu dan claim tiket USS.Time nak claim tiket tu, dieorang akan mintak full payment dan mintak kita isikan kesemua nama yang akan pergi bagi tujuan pembelian tiket USS tu. Dieorang akan bagi satu slip merah/putih untuk urusan imigresen Singapore nanti. Korang kena isi borang ni siap2 tau, bagi melancarkan proses korang nak masuk Singapore nanti. Taknak la nanti, time kat kaunter imigresen Singapore nanti, baru korang nak terhegeh2 nak isi form. Nanti, lambat la bas tunggu korang pulak nanti.



Pada pagi time korang nak pergi ke Universal Studio Singapore tu. Kalau Trip korang 7.30 pagi sampai 7.30 petang. Memang masa itu fix dan korang kena punctual. Kalau tak korang kena tinggal. So, pada hari kami pergi ke Universal Studio, pagi tu  kitaorang claim dulu tiket USS dari kaunter travel agency, dan naik bas pukul 7:20 pagi dan tepat 7:30 pagi terus gerak. Sangat strict dengan masa pemandu bas kitaorang ni. Siapa yang lambat memang kena tinggal. So korang kena punctual dengan time ye. Perjalanan ke USS pada pagi tu ambil masa 2 jam juga tau. Aku rasa kalau tak jem kat jambatan/immigration nak masuk Singapore tu memang cepat je kitaorang sampai.


Sebelum ke Singapore, kita akan lalu imigresen Malaysia dulu, untuk scan pasport merah kita tu. Dah lepas imigresen Malaysia, kita akan naik bas balik, dan menuju pulak ke Imigresen Singapore. Time ni, korang kena bawa sekali beg2 dan barangan korang bagi tujuan pemeriksaan. Kat sini, korang nak tak nak kena lalu kaunter manual yang khas untuk slip merah/putih tu. Lepas dieorang cop, kita akan lalu pulak kat pemeriksaan kastam dieorang. Diingatkan ya, bagi mereka yang merokok, korang takbleh bawah lebih daripada 18 batang rokok, dan sekinya ada terlebih satu atau dua, korang akan kena bayar denda 100 dollar singapore untuk setiap batang. Dan satu lagi, chewinggum pun tak boleh ye dibawa masuk.(kalau korang terbawa lebih, better korang bagi lebihan tu kat isteri korang ke or adik2 korang yang berumur 18tahun keatas. Rasanya lepas kot )



Bila dah sampai kat Universal Studio Singapore, Time masuk ni, scan je kod yang ada kat tiket print yang dibagi travel agency tu. Dont worry. Confirm lepas punya.




Ok, apa yang menariknya di Universal Studio Singapore ni? So far aku rasa view kat dalam USS ni memang cantiklah macam di luar negara. Eh? haha memang luar negara. Teruja juga tengok interior USS ni. Fefeeling kat hollywood pulak. Haha. Apa game atau permainan yang best kat sini?? meh, aku listkan game yang MESTI korang main (khas untuk dewasa la). Takmau list game kanak-kanak sebab aku takde bawak kanak-kanak. Kalau korang ada bawak anak-anak dont worry, sini memang syurga permainan kanak-kanak. Just game untuk dewasa je aku rasa kurang kot, Sebab 2 permainan utama dieorang iaitu Rollercoaster tu ditutup buat sementara. Dengar cerita ada yang jatuh time main tu. Tak tau la betul ke tidak. Betul la kot.

P/S: Kalau korang dah beli tiket, dah boleh masuk Universal Studio Singapore, Jangan segan2. Semua mainan dalam kira dah free. Korang boleh main berkali2. 

P/S: Kalau korang nak cepat, better korang pilih Single Ride untuk menunggu barisan. Kalau grouping memang lama lah korang kena tunggu ye tak. 


Ok ni, game yang korang bleh main:

1. WaterWorld @ The Lost World
2. Jurassic Park Rapids Adventure @  The Lost World
3. Canopy Flyer @ The Lost World
4. Revenge of the Mummy @ Ancient Egypt: (indoor roller coaster)
5. Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle
6. Enchanted Airways: Far Far Away.


4. Tempat Makan / Restaurant Halal Di Universal Studio Singapore. Murah dan Bajet?

Ok, dah puas main, mesti penat dan lapar nak makan kan. Kat dalam USS ni, jangan risau ada beberapa restoren halal disediakan khas untuk pengunjung Islam. Antara restoren halal adalah:

1. Oasis Spice Cafe (dekat dengan game Mumia @ Ancient Egypt) : Makanan Middle Eastern Specialties, ala2 briyani la.
2. Mel's Drive-In @ Hollywood : All American Favouriteslike Burgers, Fries and milkshake
3. Marty's Casa Del Wild Food Court @ Madagascar : Southeast Asian Favourites such as Nasi lemak and Beriyani.
4. Friar's @ Far Far Away: Variety of Seafood Baskets and soft serve Ice-cream
5. Goldilocks @ Far Far Away: Homemade special recipe chicken.


Untuk trip kitaorang ni, kami pilih untuk makan di Oasis Spice Cafe di area Ancient Egypt. Kat sini korang ready je la sekitar 50 Spore Dollar untuk seorang makan ye. Harga sepinggan Beriyani kambing je 13.80 dollar dan kalau convert ke Ringgit Malaysia RM37.24. Hmmm.. Sekali je la aku makan ni. Haha. Air pula, aku pilih Heaven & Earth Green Tea yang berharga 3.5 dollar. Adehh. Tutup mata ja la bayar. Haha.




Senarai Menu. 

Tips percutian ke USS Singapore ni, sebenarnya korang boleh cut cost kat makan sebenarnya. Korang bekal je sandwich, or roti gardenia, dan sebotol air seorang. Kat dalam tu nanti, habis je air, korang boleh refill air kat waterfilter yang ada disediakan di setiap tempat.


Kat sini, kalau nak solat, tempat solat pun ada disediakan. Salah satu berdekatan dengan Ancient Egypt. 


REFERENCES (BAJET ACADEMIC WRITING)
CITED ON http://luarteko.blogspot.my/2015/05/trip-percutian-bajet-ke-universal.html?m=1


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Percutian Bajet Murah Berbaloi Ke Universal Studio Singapore USS "

Jumpa sarawakian blogger :)
jom join giveaway http://perantaumasa96.blogspot.my/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal.html

wah terima kasih! boleh buat rujukan kalau nk pergi nanti. heee :D

woaa . dah lama tak pegi USS. rindu pulak. haha
followback :) http://putrinurizzafatin.blogspot.com/

Assalamualaikum..jom join segmen liyana

http://beautifulofiman.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-blogwalking-by.html

liyana dah follow blog ini ^_^

Belum pernah g uss lagi :( tq share boleh buat guide klu nk g nanti

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top